Selasa, 17 Ogos 2010

Letihnya Kena Injection!!

Lepas habis kelas aku terus serbu Klinik Uitm. Ramai betul orang hari nih! Tunggu punya tunggu akhirnya angka giliran aku dipanggil oleh suara akak dalam mesin tu. Amboi! Segar bebenor suaranya kak! Puasa ke idok tu? Ekekekeke! Padahal  suara mesin! Memanglah segar sentiasa.

Bila doktor tanya aku sakit apa maka aku cakaplah aku kena alahan kulit. Bila aku sebut pasal pepijat durjana tu dekat doktor sambil menyingsing baju ke lengan memang terkejutlah doktor tu. Terus dia cakap,"Kenapa kamu tak datang awal dapatkan rawatan dekat sini?" Muka macam marah - marah sayang tapi suara lembut. Jadi, aku anggap itu sebagai kasih sayang lah. Hohohoho!


Lepas tu dia cakap aku mesti kena injection. Aku tak ada masalahlah pasal tu cuma risau pasal puasa aku jer. Nasib tak batal puasa sebab tak melibatkan sebarang rongga dalam badan. Tapi lepas kena inject tu rasa kebasnya tu bukan main lagi. Memang letih betul lepas kena inject nih tapi kurang sikit rasa gatalnya. Alhamdulillah.

Jadi, aku ponteng kelas dan sekarang masanya untuk tidur. Doakan supaya luka - luka di tangan dan kaki aku nih cepat sembuh dan hilang dengan segera. Amin!


P/S : Letih!



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

23 ulasan:

  1. sian nye kt ko...
    get well soon ye..?

    BalasPadam
  2. makan obat..

    opsss!!! pusa..
    no
    no
    no..

    lama tak jenguk sini:)

    BalasPadam
  3. semoga cepat sembut hans
    erh sekarang PK dan 24 jam..
    selamat berpuasa :D

    BalasPadam
  4. smoge luka 2 cpt smbuh ok..nsb baik bile besar ni xpnh lg knee injection..tkot je kne injection ni..adoi

    BalasPadam
  5. eleh~ alasan xnak g kelas r tuh~ mcm takleh pegi klinik malam kang~ wakakakaka

    online bleh plak ek? aq report kat cikgu ko~ har har har

    BalasPadam
  6. makan ubat k....









    masa berbuka nanti....

    BalasPadam
  7. semoga cpt sembuh..sy pon smlm pergi klinik..jgk!

    BalasPadam
  8. cian...pasni pijat takut nak gigit dah :)

    BalasPadam
  9. take care weyyy

    sebbaik tak kena kat bon**t
    ha ha ha

    BalasPadam
  10. kena inject time puasa tak batal ke?

    BalasPadam
  11. aku pernh kna gak
    sngt sakit..aku seminggu baru kebas

    BalasPadam
  12. get well soon encik hans!hehek~

    BalasPadam
  13. hoo.... alahan sampai luka-luka ke?? da teruk ni hans..

    BalasPadam
  14. i pn br nk g klinik gak. demam teruk amat. nk mintan injection gak ar.

    BalasPadam
  15. semoga panjang umur adik tiri ku hahaha

    BalasPadam
  16. bro, moga cepat sembuh
    slamat berbukak utk hari ke-7
    genap sminggu kita berpuasa

    BalasPadam
  17. Very Interesting!
    Thank You!

    BalasPadam
  18. aku pnh sekali je msk c2, bkn sbb aku tkt tp aku malas sbb jauh.hehehe

    lg pun xde pgwai kshtn yg ensem2.hehehe

    BalasPadam
  19. take care beb!
    laen kali tido atas poko jela..
    kena gigit kerengga tak pe..:p

    BalasPadam
  20. harap2..da xde alahan lagi. jaga kebersihan...mndi selalu. hehe!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com