Selasa, 24 Ogos 2010

Melepas Duit Beribu - Riban! Apa - Apapun Jom Layan Video Terbaik Rajnikanth! Mungkin Berguna Untuk Mat Rempit!

Gara - gara terlalu busy jadi tak sempat nak join contest Hidup Seorang Blogger anjuran blog denaihati.com yang menawarkan hadiah beribu ringgit tu. Selalunya aku tak pernah miss join contest yang dia anjurkan tapi sebab semester nih memang busy gila sampai aku terlupa nak buat entry. Memang bukan rezeki aku kali nih. Apa - apapun, moga berjaya untuk teman - teman blogger yang lain.

Hah! Semalam sebab tengah bosan - bosan feeling mengantuk sebab kenyang makan buffet tu tiba - tiba perkarangan apartment aku meriah dengan orang ramai yang menyerbu satu tempat nih. Tempat tu ada keluar asap - asap lagi. Rupa - rupanya jeep terbakar gara - gara budak - budak kecil nih main mercun depan surau. Dah tak pasal - pasal datang sepasukan bomba dengan lori airnya tu. Fuh, memang meriah gila! Kalau aku ada camera memang aku dah snap dah gambar malam tadi tapi sayang aku tak ada. Ada sesiapa nak hadiahkan DSLR ker camera digital ker? Boleh email saya untuk minta alamat! Kehkehkehe!

Patutlah bomba datang padamkan cepat - cepat. Takut nanti jeep tu meletup! Tapi, kalau semalam jeep tu meletup macam best - best pun ada juga. Mesti macam dalam adegan aksi filem Tamil punya yang Jeep meletup pastu melambung ke atas tu. Hohohohoho! Memang budak - budak yang main mercun tu kena marah sudah dengan makcik - makcik tu.

"Makcik nak khusyuk terawih pun susah! Nih sebab hang pa semua lah nih gatai teloq dok main mercun! Orang nak sembahyang hang pa pi main menatang nih! Aku balun sekoq - sekoq kang baru hang pa tau langit tu tinggi ka rendah!!" (dialog imaginasi jer tapi yang betulnya memang makcik tu marah budak - budak tu pun)

Sebab tempat kejadian tu dekat dengan surau apartment jadi ramailah yang keluar tengok tu bertelekung, berkain pelikat, berkopiah dan berbaju melayu. Sampai dekat aku...!! Hahaha! Dengan seluar pendek ala - ala nak pergi pantai dengan baju t-shirt pendeknya! Memang agak kontra sikitlah disitu. Kehkehkehkehkeh! Tak kisahlah! Janji dapat tengok jeep terbakar.

Yang member aku sorang tu pula suka jeep tu terbakar sebab diorang kata jeep tu memang dah lama tersadai dekat situ. Jadi, dalam masa yang sama jeep tu dah curi parking tu dari orang yang betul - betul memerlukan parking. Kehkehkehe! Entahlah apa nasib jeep tu sekarang! Mungkin sudah dijual di kedai besi buruk! Wallahualam!


P/S : Fuh! Pam Angin Dekat Shell Rosak Pula! Nasib Housemate Aku Tolong Hantar Aku Beli Pam Angin! Risau Betul Aku Tadi Takut Motosikal Aku Pancit Pula!



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

5 ulasan:

  1. hahhaha~~bongok siak!!!adoi!!penat aku tawe!

    BalasPadam
  2. Haha.. Two thumbs up untuk rajinikanth...

    BalasPadam
  3. huhu..
    gatai teloq tue ape abg hans???
    hahahahah

    BalasPadam
  4. abes tu jeep tu tak meletop ke?
    tu la,
    lain kali pergi terawih.
    jangan duk membuta kat umah je.
    wahahahahahahaha

    X)

    BalasPadam
  5. haha...kalau ada adegan meletup tu, mmg masuk paper hari ni.. jeep meltup sangkut kat atas pokok :D

    Pendapat anda?
    Awak, boleh pakai purdah tak?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com