Milah Hot Tapi Aku Lagi Hot!

Perhatian : 
Sekarang jiwa gua memerlukan muzik yang berentak rancak jadi kepada pembaca semua silalah tekan button stop di bawah entry untuk menghentikan bunyian muzik!

2 hari gua bermati - matian membaca buku yang gua klasifikasikan sebagai 'kitab syaitan' sebab baca sehelai pun boleh buat gua tertidur. Rakan - rakan gua yang lain memanggil buku itu sebagai 'kitab sihir' dan ada juga yang menyukai buku tersebut. Apa - apapun bahagian terakhir semalam memang gua suka baca. Tak tahu kenapa! Tak rasa bosan seperti dua bahagian sebelumnya dimana gua akan menguap 5 kali sesaat ditambah mata yang sentiasa berair yang secara tiba - tiba menjadi kabur. Hebat sungguh penangan buku ini.

Jadi, selepas gua selesai membuat rumusan berkenaan 3 bahagian yang dibaca tu maka tibalah waktu untuk pergi ke cyber cafe bagi mencetak tugasan gua. Bapak skema punya ayat! Hahahaha! Okay! Tukar jadi tak formal lah! Lepas gua dah print tu pun member gua bawa motosikal tu pergi merata sampai ke seksyen 17 semata - mata nak cari burger. Kenapa burger?

Gua dah cakap dah tak ada orang jual burger pepetang buta macam nih. Tapi, gua ada bagi satu cadangan tentang tempat yang jual burger waktu - waktu macam nih. Tapi, dia tak nak pergi plak - MCD! Hahaha! Sempatlah gua melintasi satu pangsapuri yang baru - baru nih dengar ceritanya ada orang bunuh diri. Nasib gua tak duduk dekat situ. Sudahlah tempatnya sunyi nak mampus. Buat balik pukul 2 pagi lepas tu nampak pula hantu tu main acah - acah terjun dari tingkat berapa belas tu memanglah gua demam seminggu.


Aku Rembat Dekat Google Jer Nih Tapi Ada Hubung Kaitlah Dengan Entry Nih.

Hah! Lepas tu gua lalulah satu sekolah nih. Tak pastilah sekolah rendah ker menengah ker tapi gua rasa sekolah menengah. Gua terpandanglah tembok sekolah tu yang kelihatan cantik dicat warna oren. Tiba - tiba gua terpandang satu ayat yang bapak besar punya dekat tembok sekolah tu ~ MILAH HOT TAPI AKU LAGI HOT!

Memang gua bantai gelak tengok benda tu! Gua tak tahu kenapa tiba - tiba gua tergelak. Gua terfikir juga siapalah si Milah nih. Budak sekolah ker? Pekerja kilang ker? Setiausaha ker? Makcik jual nasi lemak ker? Apalah yang Milah dah buat pada si penconteng tu sampai dilepaskan geramnya pada Milah dengan memahatkan nama si Milah tu dekat tembok sekolah tu. Adakah cintanya ditolak? Atau adakah si pencontengnya ialah budak perempuan yang cemburu dengan aura hot yang dimiliki si Milah? Hahaha!

Apa - apapun gua tak ada handphone canggih nak snap gambar tu! Haih! Nak beli hp barulah tapi lagi 2 tahun kut! Kahkahkahkah! Kepada budak - budak sekolah atau yang sudah berumur yang suka melaksanakan hobi macam nih gua sarankan beli satu buku kosong lepas tu curahkanlah kreativiti kalian di dalamnya. Hehehehe!


P/S : 
Rasa Macam Nak Sembur Tembok Dinding Sekolah 
Tu Dengan Memahat Nama Gua Bersama Lisa Surihans! Hahaha!

16 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. siapakah lisa? hahahha

    jangan sebut lisa surihani lak~ ngehahahhaa

    BalasPadam
  2. ahahaha.nampk sgtorg yg tulis 2 x hot

    BalasPadam
  3. angau betol ko dgn lisa surihans kan...
    hahahaa

    BalasPadam
  4. hahahha.. aku pasti milah pasti hot kat situ... hahahha... bila nak kahwin dgn lisa ni hans??? dh lama daku menunggu.. hahahha..

    BalasPadam
  5. highlight hang..tak beragak weyh

    BalasPadam
  6. milah hot . name classic tp bleh glamor..klaka kan. ade gak y dengki kan milah 2.

    BalasPadam
  7. aku jumpa kembar lisa surihani tadi.. ehehe

    BalasPadam
  8. Hahahaha Milah Hot
    tidak hariz lagi hot dari milah
    ekekeke

    lisa i miss u :P
    ekeke

    New Entry Prof-Hariz
    Yang Hidup Pasti Akan Pergi

    BalasPadam
  9. milah jugak yg famous
    bukan mudah nk ada nama kat tembok free2

    BalasPadam
  10. hahahahaha.
    patri je nama kau besaq2
    tak pun kau buat la acra tulisan nama kau dengan lisa surihans tu.

    btw, kau pernah post entry pasal resdung tu ek???aku terpanggil untuk buat entri tu selepas kwn aku tagged video kat aku kat facebook...huhuhu..seram weyh!!!!

    BalasPadam
  11. wahhh..best gak 'lukis mural' kat dinding sekolah tulis macam2 ea...hahahahaha

    BalasPadam
  12. lamat tak singgah blog ni...
    kalau kau tulis nama kau & lisa surihani tu,comfirm..kau lagi hot hari milah! hahahhaa...

    BalasPadam
  13. zman skola dlu mmg suke conteng2 ni haha

    BalasPadam
  14. benda apa yg ko baca sampai keramat tido menghantui ko?haha

    vandelism dah makin teruk kat malaysia ni...jgn terkejut kalau 1 hari nanti nama ko pulak naik!hehehe

    BalasPadam
  15. adeh.. mula2 baca entry.. ingat kan hans yang hot.. rupanya aku tertipu.. hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama