Ahad, 8 Ogos 2010

Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!

Aku tak pernah membuat pelaburan yang tinggi dalam membeli buku atau novel melainkan pelaburan terpaksa seperti dalam pembelian buku teks untuk subjek - subjek tertentu sewaktu dalam pengajian di universiti sekarang. Novel yang selalu aku beli pun rasanya tidaklah menjangkau melebihi RM40. Sewaktu aku terlihat naskhah ini yang tersusun rapi di rak, hati aku memang sudah terpaut!

Aku memang meminati kisah Natrah, gadis kecil yang selalu menghiasi dada - dada akhbar pada waktu - waktu tertentu. Tapi, kisah di akhbar sahaja memang tidak cukup untuk merungkai apa sebenarnya yang terjadi kepada Natrah dan si pelaku yang terlibat di sekitarnya. Jadi, aku dengan beraninya membuat pelaburan besar dengan membeli buku ini dan apa yang aku berani cakap pelaburan aku sangat - sangat dan sangat - sangat berbaloi.




Nama:
Natrah(1937-2009)
Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha
Cinta. Rusuhan. Air Mata


Karya:
Fatini Yaacob


Bilangan Muka Surat:
474


Harga:
RM75.00


Sinopsis Ringkas Kulit Buku:

Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu pada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura (1950)


Ulasan Penulis:

Aku sebenarnya berhasrat membaca buku nih sewaktu cuti panjang atau cuti hari raya nanti tapi entah kenapa! Mungkin kerana kebosanan berada seorang diri di rumah dan tiba - tiba terpandang buku ini yang dibalut kemas dengan plastik MPH membuatkan aku tergerak hati untuk membaca dan tanpa aku sangka pembacaan aku yang bermula pada pukul 2 petang tadi berakhir pada pukul 10 malam ini sambil disertai dengan aktiviti lain. 

Sungguh tak sangka dapat menghabiskan karya ini dalam masa tak sampai sehari. Melalui pembacaan aku tadi setiap muka surat mempunyai auranya tersendiri dalam memberikan aku sesuatu nilai yang buat aku sangat - sangat ingin meneruskan pembacaan. Disertakan pula dengan gambar - gambar dan imej - imej tertentu memang buat aku tambah teruja.

Melalui pembacaan buku ini aku belajar banyak benda dan ilmu aku dalam hal sejarah semakin bertambah. Aku rasa pengetahuan aku sangat bertambah membaca buku ini. Aku mengenali banyak tokoh - tokoh sejarah yang aku tak pernah tahu pun atau kurang ditonjolkan sewaktu membaca buku teks sejarah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 seperti Karim Ghani, Mohd. Taha Kalu, Sardon Jubir, Dr. Burhanuddin Helmy, Darus Sherrif, John Eber dan sebagainya walaupun sebenarnya mereka ini adalah antara orang penting dalam menggerakkan semangat nasionalisme dalam masyarakat Melayu seperti Karim Ghani misalnya.

Buku ini juga memberikan aku jawapan terbaru mengapa sebenarnya pengaruh Dato' ONN berkurangan dan kredibiliti Tunku Abdul Rahman meningkat. Aku juga mendapat jawapan sebenar tentang bagaimana boleh berlakunya Rusuhan Natrah dan bagaimana bersatunya masyarakat Islam di Tanah Melayu sewaktu itu walaupun masing - masing berbeza fahaman politik, kedudukan mahupun serba - serbi kekurangan dari segi pengangkutan dan kelengkapan.

Buku ini juga menceritakan tentang kisah cinta antara Natrah dan Mansor Adabi yang terhalang gara - gara kuasa orang Asing yang mendahului kuasa tempatan di dalam pemerintahan Malaya sebelum itu. Atas nama menjaga imej sendiri sehingga mereka iaitu sang penjajah ini sanggup mengorbankan jiwa si gadis kecil hingga menimbulkan trauma yang bukannya sikit - sikit.

Bagi aku kisah ini cukup menyayat hati bukan sahaja kerana kisah cinta yang terhalang antara Natrah dan Mansor Adabi, bukan sahaja kerana perkahwinan yang sah di dalam Islam dibatalkan oleh undang - undang durjana, bukan sahaja kerana kasih sayang antara anak dan ibu dipisahkan tetapi lebih daripada itu. Bagaimana kehidupan seseorang yang cukup indah tiba - tiba hilang kerana percaturan manusia yang lebih mementingkan imej mereka tanpa mempedulikan kesannya terhadap orang lain.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarang Fatini Yaacob kerana menghasilkan naskhah yang cukup hebat dan penuh dengan nilai - nilai yang semakin hilang dalam jiwa kita rakyat Malaysia. Dan apa yang penting dan paling pasti, pelaburan terhadap buku ini sangat - sangat berbaloi dan akan disimpan sebagai rujukan kepada anak - cucu kelak.

Kepada yang belum membaca silalah baca karya hebat ini. Mungkin bagi anda RM75 itu terlalu banyak tapi rasanya sangat berbaloi berbanding menghabiskan duit untuk perkara yang sia - sia. Selamat membaca!


15 ulasan:

  1. kan bagus waktu sejarah dulu baca buku ni xdelh aku slalu rasa nk tdo masa blaja sejarah dulu...

    BalasPadam
  2. owh..natrah..
    menarik gak kisah nie,,
    tapi aku tak beli kot..hehehehe

    BalasPadam
  3. oh..aku tahu cerita ni..hmm..zaman tu mmg org melayu sgt berpegang teguh dgn islam.Tapi itu dulu!hmmm...


    bro!nape cepat sgt blog ko diupdate!mcm bullet! aku miss banyak..penat nak catch up~hehehehehe

    Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)

    BalasPadam
  4. dah khatam ke novel ni?
    mcm berat je jln ceritanya

    BalasPadam
  5. syah : tapi kalau orang xminat sejarah sebagus mana pun buku xkan disentuhnya..kan?

    natrah : sangat menarik

    iqbal : itu hanya salah satu topik dalam buku nih...ko kena baca untuk tahu lebih lanjut pasal apa sebenarnya yg cuba disampaikan dalam buku nih

    kieyu : yups..dah habis dah baca

    BalasPadam
  6. oh..ni la buku yg ko kta tu/..he3

    BalasPadam
  7. best ke weyh..?
    aku xmmpu nk beli..
    haahahahaa...pnjm boleyh..?
    bce kt online ade x..?

    BalasPadam
  8. dah beli tapi tak selak lagi. haish.

    BalasPadam
  9. dahlama tak dengar tentang natrah.. dulu2 waktu kecik2 dulu, duk dengar jugak.. huhu

    BalasPadam
  10. Haha.. Bab sejarah nie aku ada kantoi sikit.. Dulu pun belajar setakat nak lulus.. Kalau ada buku nie mungkin budak sekarang lebih minat dengan sejarah...

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. sy ada novel nie, klu berminat lh pm sy @ terpakai.novel@yahoo.com / maszael@yahoo.com

      Padam
  12. dlm proses utk membaca.....mmg sgt bgus~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com