Sekitar Malam Sebelum Berpuasa

Semalam kawan kelas diploma merangkap jiran blok sebelah ajak pergi tarawih. Mula - mula ingat tu semua ajak - ajak ayam jer sebab agak susah nak mempercayai ajakan - ajakan yang baik macam nih. Rupa - rupanya memang betul ajakan ini memang ialah ajakan. Hohoho! Aku pun join jer lah sebab memang hati nih rasa nak pergi sangat.


Nak dijadikan cerita kami peri solat tarawih dekat masjid biru shah alam tu. Fuh! Ramai gila beb! Beratur kereta nak masuk dalam masjid tu. Punyalah meriahnya semalam. Tiba - tiba terfikir kalau setiap hari tak kira bulan puasa ker bulan apa pun mesti best kalau tengok masjid meriah dengan ramai orang datang berjemaah kan? Memang pertama kalilah aku bertarawih dekat masjid nih. Luas! Sejuk! Senang cakap selesa lah.
 Aku ingatkan kawan aku nih nak habiskan semua rakaat tapi dah dia nak buat 8 rakaat jer sebab nak pergi beli barang dapur dekat Tesco. Aku nih sebab dah menumpang orang jadi terpaksa ikut jer lah. Ikut hati memang nak habiskan semua rakaat. Lagipun Imam baca surah tak panjang mana pun. Cepat jer habis. Yang tak sangka tu lepas habis solat sunat tarawih yang ke-8 rakaat tu, semua berpusu - pusu keluar macam baru habis solat jumaat. Haih! Macam - macam!

Aku semalam pakai kain pelikat pergi masjid. Kalau tahulah kawan aku tu nak pergi Tesco dah lama aku pakai seluar. Akhirnya, dengan berkain pelikat lah aku masuk dalam Tesco tu beserta baju melayunya. Mula - mula tu naik segan jugalah tapi lepas terserempak dengan 'geng' yang memakai kain pelikat dan baju melayu secara automatik hilang terus rasa segan ke malu tu. Hohohoho!

Lepas tu pergi makanlah pergi ambil baranglah sampai akhirnya jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku sudahlah tak study apa - apa lagi Mandarin. Lepas sahur baru aku mula study. Makan roti telur jer sebab malas nak pergi kedai makan nasi. Nak masak nasi sebab semalam letih pula. Memang agak lapar jugalah! Sahur pagi karang aku nak masak nasi lah! Kenyang sikit. Hohoho!.

Okaylah! Nak pergi membeli - belah barang - barang dapur kejap! Lepas nih nak berkoloborasi dengan member - member perempuan aku memasak menu berbuka. Chow Chin Chi!


P/S : Fuh! Reading Test Tadi Aku Tak Faham Soalan Yang Ke-2!
Minta - Mintalah Markah Okay! Amin!

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selamat berbuka
    selamat bersahur

    BalasPadam
  2. pakai kain pelikat ke shopping complex kadang2 best juga. mcm duk kampung tapi dalam suasana bandar eheh

    BalasPadam
  3. masjid biru, menawannya.
    selamat berpuasa hans :)

    BalasPadam
  4. hanss selamat berpuase selamat berbuka..selamat hari rayee haha

    BalasPadam
  5. hans apa nak segan dgn kain pelekat yaw.. amoi pakai skirt je hahaha

    BalasPadam
  6. alah, rilek je...bukan tak pakai apa-apa (^_^)

    BalasPadam
  7. @Naz: Hahahah..

    Hans..alaa..wat pe nak malu..biasa ar tue..yg 'xpakai baju' relaks je..kih3..

    hehe...amir plak jarang buat 21 rakaat..imam baca surah panjang..lelah den..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama