Sabtu, 14 Ogos 2010

Sekitar Puasa Hari Ke-3....Gembira, Letih, Malu, Gila, Sedih Dan Tekanan! Semua Ada! (sambungan)

Lepas Maghrib tu aku balik rumah kejap dengan Si T.P naik kereta yang dibawa oleh Si Candy dan disertai oleh Si Farra. Kitaorang balik rumah kejap sebab nak amik gitar dan Si T.P pula mengamalkan peribahasa sambil menyelam minum air waktu nih. Maksudnya, dia gunakan peluang yang ada untuk 'termenung' di dalam bilik air. Hohohoho!


Lepas tu pulang balik ke studio dan bermulalah mimpi ngeri bagi semua yang terlibat. Masing - masing terpaksa menjadi orang lain dan melakukan aksi - aksi 'ganas yang keterlaluan' di depan camera. Serius memang malu gila. Ibarat bom meletup jer aku rasa semalam. Hahaha! Sudahlah muka dan rambut aku 'diazabkan' dengan cara yang cukup 'mempesonakan'. Ayat - ayat hikmat aku semalam berbunyi,"Benda 20 Saat Nih Akan Buat Aku Malu Seumur Hidup". Memanglah kali terakhir aku 'rela' berbuat demikian dan lepas nih jangan haraplah korang semua(budak - budak group aku) dapat tengok aku dalam aksi macam tu lagi. Hahaha.


Penat aku menghafal lirik lagu yang dulu aku gelak - gelakkan dan serius aku tak minat langsung tapi akhirnya memang dah takdir aku kut dipaksa berlakon character tu. Hahahaha! Lepas puas diorang gelakkan aku jadi bila tiba turn diorang memanglah wajib aku ketawakan balik. Ada yang suruh pandang belakang tapi aku curi - curi tengok dekat skrin camera belakang tu. Memang nampaklah aksi mereka semua. Kahkahkahkahkah!


Akhirnya, misi berjaya dilaksanakan. Aksi semua 'bakal artis' telah dirakam. Memang waktu tu aku happy gila. Tapi, akhirnya kegembiraan aku musnah apabila motosikal aku tiba - tiba pancit. Padahal baru isi angin jer semalam. Akhirnya, pagi tadi diketahui tayar motosikal aku tu pecah. Adoi! Memang potong stim betul lah tayar motosikal aku nih. Suka pancit waktu aku tengah dalam mood gumbira. Akibatnya, aku tak berapa enjoy sangatlah waktu makan besar ramai - ramai dekat Restoran Atap tu. Makanan dia pun kureng. Mood aku pun kureng. HAIH!
Kalau tayar motosikal aku tak pancit memang semalam aku join membahan jer sorang - sorang. Alhamdulillah, motosikal aku dah berjaya dibaiki. Terima kasih T.P sebab banyak bersusah payah membantu aku. Jasamu dikenang! Terima kasih juga kepada Casey yang cuba menyedapkan hati dan tak lupa pada yang lain seperti Farra, Candy, Arni, Sharifah, Linda & Diana, Jeslina dan Nadia. Memang semalam enjoy gila walaupun penat.


Esok ada lagi shooting dan tak sabar aku nak menukar rambut aku yang macam sarang ular sekarang nih. Wakakakaka! Apa - apapun, malam nih nak kena buat assignment apa yang patut! Dan nak layan film aku baru download. Hohoho! Selamat berbuka dan bertarawih semua!


P/S : Duit Mengalir Macam Air Jer Sekarang!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

4 ulasan:

  1. selagi boleh membebel, jalan jer...

    BalasPadam
  2. asalkan ko bahagai dah r....

    hahahahhaha

    rambut ko macam sarang ular ke sarang tebuan? ngeh3

    BalasPadam
  3. hahahahaah..patutlaaaa ko senyap je malam tuhhh...rupa2 nya tayarr motor pancit!!!! ingtkan still terbawa2 charater naqieuu :P

    BalasPadam
  4. rambut sarang tebuan..
    haha..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com