Semangatnya Nak Balik Kampung!

Tadi ada kelas pagi dan aku memang dah bangun awal dah. Tapi, kemalasan membataskan pergerakan aku. Tambah - tambah bila aku tanya beberapa member kelas aku yang jawapan mereka tak mahu pergi kelas jadi aku mengambil keputusan untuk sambung tidur. Memang selera sambung tidur. Entah apa - apalah aku mimpi sebab banyak sangat sampai aku lupa. Hahaha!

Petang nih patutnya ada lagi 2 kelas tapi kelas yang petang sekali memang dah cancel sampai lepas cuti raya nih. Ada satu kelas lagi yang ikut hati memang aku tak nak pergi tapi takut ada apa - apa hal penting pula. Nih gara - gara esok cuti Merdeka lah nih. Rasa malas gila aku nak pergi kelas. Assignment pun tak siap lagi. Rasa otak blur jer nak buat assignment. Asyik menanti - nanti hari Jumaat nih sebab malam tu dah nak bertolak balik ke rumah tercinta.

Aku terbaca blog member kelas aku tadi. Lepas tu tiba - tiba aku teringat peristiwa memalukan hari Khamis lepas waktu kelas production. Waktu tu lecture buat preview dekat semua budak kelas untuk lihat hasil kerja masing - masing. Setiap kumpulan kena buat 2 chart show dan aku memang rasa muka aku tebal gila waktu chart show group aku nak ditayang. Dalam chart tu, kumpulan aku seolah - seolah buat parody lah dengan miming balik lagu - lagu yang diberi seorang satu tu. Memang satu kelas gelak gila - gila waktu terpampang muka aku dan ada lagi 4-5 orang juga yang buat budak - budak kelas gelak macam nak pecah perut.


Haih! Nasib lampu dalam studio waktu tu dimatikan kalau tidak memang tak dapat bayanglah. Itu pun aku tutup muka aku dengan sweater. Kahkahkahkah! Malu bebetul gua cakap lu! Itu kalau keluar dekat youtube rasa - rasanya dah boleh menandingi The Annoying Orange dah aku rasa. Gila perasan. Kahkahkah! Tapi, chart show yang lagi satu pasal fesyen tu aku tak kisah sangat lah sebab memang aku terima dengan seadanya pun. Hahahaha.

Boleh Pitam Keluarga Aku Kalau Tengok Pic Nih!

Hahahaha! Ada macam rock kapak punya style tak? Kahkahkahkah! Tapi, hari yang aku dengan 4 orang member aku shooting benda nih, diorang kata muka aku ganas! Mula - mula aku tak percaya pun tapi sebab kami shooting dekat depan surau pusat membeli dan belah dan ada beberapa orang yang nak menuju surau seperti makcik dan pakcik daripada tengah bercakap - cakap terus diam bila terpandang aku. Muka mereka dari senyum - senyum jadi cuak. Pandang kebawah jer! 

Haih! Makcik! Saya bukan Ah Long mahupunn gangster maaaa! Ada pula awek seorang tu nak pergi tandas tapi bila nampak aku terus jalan cepat - cepat. Hahaha! Ada pula budak seorang tu jalan situ dan dia patah balik! Serius aku dengan kawan - kawan aku gelak gila - gila punya! Apa - apapun, pengalaman shooting benda - benda macam nih memang salah satu kenangan terindah juga dalam hidup. Walaupun memang kadang - kala rasa memalukan tapi apa - apapun aku bangga dengan diri sendiri dan juga pada rakan - rakan aku kerana akhirnya kami berjaya buat benda nih dengan jayanya walaupun masing - masing malu. Alhamdulillah!

Jadi, lepas nih ada 2 program talk show pula yang menanti! Haih! Ditambah dengan midterm test dan juga assignment - assignment lain lepas raya. Memang bakal busy dan menjadi gila selepas raya nih! Kesimpulannya, aku kena enjoy puas - puas raya nih sebab aku tahu habis saja cuti tekanan di jiwa dan minda bakal melanda!


P/S : Dah Tak Sabar Nak Balik Kampung Walaupun Assignment
 Yang Nak Kena Present Hari Jumaat Nih Tak Siap Lagi!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selamat balik kampung bro.....

    berhati2 di jalan raya,
    muge slamat bertemu org tercinta...

    BalasPadam
  2. Jom balik kampung..dekat je 15 minit perjalanan..

    BalasPadam
  3. itu hang ka? biaq btooooiiii..
    hahahhahahaha

    BalasPadam
  4. cik jari : lambat lagi...haha

    relevan : kampung den berjam2 baru sampai

    zack : aku lah tu..rambut jer lah bukan..hahaha

    BalasPadam
  5. balik kampung... oooooo balik kampung... hati riangggg... wakakka

    BalasPadam
  6. mak hang mesti ckp cmmni klu nmpk ang cm2

    'anak bah dah jd jebon....'

    BalasPadam
  7. raya mai umah aku weyh....

    gila ganas kowt...

    muka cm penyangak pon ada

    keh3..

    BalasPadam
  8. zida : hohohoho balik kampunggggggggg....

    mamu : bukan lah..mak aku cakap,"nih mai rumah makcik nih nak cari sapa?" hahaha

    wan nur : insyaallah...aku xtau rumah ang kat mana...nanti ajak pijai lah

    BalasPadam
  9. awalnya nk balek???

    bila maw belanja kt pakli sek.7????

    hahaha

    BalasPadam
  10. jom balik kampong!!!ko xblanje aku mkn lg kan...

    BalasPadam
  11. hahahahaa hans! anda selalu bikin saya ketawa.. nak tgok video parody u :))

    BalasPadam
  12. ahah aku pun pengsan jugak kalo tgk rambut hang celup dye tue.ngeh2.:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama