Terpaksa tidur beralaskan selimut barangkali!

Sudah hantar toto ke kedai dobi. Ingatkan mahal tapi rupa - rupanya RM14 jer. Entah kenapa kakak tu bermurah hati nak kurangkan RM1 secara tiba - tiba. Mungkin sebab kekacakan aku lah tu. Hahaha! Dia tak tengok kaki dengan tangan aku sekarang dalam keadaan yang macam mana. Aku sendiri tengok pun rasa ngeri.


Jadi, toto akan siap dibasuh dan dikeringkan serta boleh diambil pada hari Khamis malam Jumaat. Aku dah tukar posisi almari bagi bilik aku disimbahi cahaya matahari sebab diorang kata pepijat nih tak suka panas - panas. Dan misi lepas nih ialah mencari febreze anti pepijat untuk aku sembur dekat satu bilik.

Aku buat kajian semalam yang pijat nih suka sembunyi - sembunyi dekat celah kayu lah dinding lah. Lantai rumah nih pula yang marmar dia jenis kayu tu. Jadi, memang pepijat dah mula bermasyarakat dekat bilik aku lah rasanya sekarang. Tension betul! Doakanlah semua pepijat nih hilang dengan segera daripada bilik dan rumah nih yer! Amin!

Dah Lebih Kurang Macam Nih Tangan Aku! Gatall!!

P/S : Ngeri Tengok Tangan Dan Kaki Sendiri! Dah Makin Teruk Bengkaknya Aku Garu!

19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. gilalah ko jadi makanan pepijat. kau makan pepijat tu balik! balas dendam!!!!!!!!!!!1

    BalasPadam
  2. saya pun penah kena pepijat.
    nightmare okayy.
    tau2 jer gatal, nak kata bunyi nyamuk takda pun.
    sekali kauuuu bawah selimut, penuh pepijat.
    mula2 ingatkan binatang apa yg banyak sangat.
    bila picit, pergh keluar darah.
    sahih dah pepijat!

    BalasPadam
  3. hans..nk tanye..mcm mane nk copy code soalan2 yg awak siarkan kat tepi blog niyh? yang wane hijau tuuu...'sila click'..budax baru belajar

    BalasPadam
  4. haha..sian ko..harap2 cepat elok laa..

    BalasPadam
  5. uiks geli kowt...

    menatang kecik2 cm ni boleh membuatkan bulu roma ku meremang..

    geli~~

    BalasPadam
  6. jap.
    dah berapa lama kau tak basuh toto?
    haha.


    *nice header~

    BalasPadam
  7. harga kekacakan ko hnya leh jatuh harga rm1???
    Haha..

    BalasPadam
  8. lah masalah dgn pepijat ker..
    sian2.. aku xtahu nk tolong guaner..

    tp xyah r garu sebab akan menjadi lebih teruk.. tp kdg2 xleh gak kan nk tahan nafsu garu nih.. :p

    BalasPadam
  9. ko kena mcm aku kena la.. aku pun slalu jgk kena gatal2 ni...

    BalasPadam
  10. baca surah yasin. cewah macam halau hantu je hahaha

    BalasPadam
  11. wwuuuuuu..part gatal tu yang tak menahan.... jenuh nak menggaru..

    BalasPadam
  12. Uit gatal tu, pegi beli ubat sapu.
    ksian kau hans. selalu amalkan kebersihan k. slmt sihat2 slalu

    BalasPadam
  13. header ko smart la gilos..tak mampu aku nak wat camnih..mau melekat kat pc berejam...ekek..


    weh..salam ramadhan dari aku..

    BalasPadam
  14. Mak aii.. Pepijat lah pulak... Bahaya 2.. Harus d hapuskan segera..

    BalasPadam
  15. adeh.. bhya tu.. pijat ni bukan boleh mati dgn senangnya..

    pernah kena masa bermalam kat rumah seseorang dlu.. lama gak tggu surut.

    BalasPadam
  16. hans.. kat tempat eny 12 rengget jaa :)

    BalasPadam
  17. wuih..teruk gila weyh..
    sapu ubat..
    kang mkin truk plak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama