Rabu, 8 September 2010

Demi Raya Aku Sanggup Berkorban

Fuh! Raya tahun nih lain sikit bagi aku! Selalunya waktu - waktu macam nih kami semua adik beradik memang dah berkumpul dah. Sayangnya tahun nih kakak aku hanya akan pulang pada hari raya kedua buat pertama kalinya. Biasalah tu kan! Takkan tiap - tiap tahun nak beraya rumah keluarga sendiri jer kan. Kenalah faham!

Memang tahun nih rasa lain macam sikitlah! Patutnya waktu - waktu macam nih aku dah sibuk dah buat biskut dan kek coklat aku. Tapi, entahlah! Aku macam tak ada mood pula jadi memang aku tak buat! Jadi, tahun nih makan kuih tunjuk - tunjuk jer lah. 1st time raya tak ada kek coklat dekat rumah aku nih melainkan aku pergi beli dekat Pekan Rabu esok. Hahahaha!


Ketupat palas mak aku dah siap buat dah. Tunggu nak rebus jer lagi. Bincang punya bincang maka menu di pagi raya ialah laksa. Fuh! Memang aku bertungkus lumus lah tadi mengasingkan isi ikan daripada ikan - ikan yang berkilo - kilo tu. Dari pukul 2 lebih membawa ke pukul 5 lebih. Nasib tiada gangguan lalat durjana. Hahaha! Selalu lalat suka bau ikan - ikan rebus nih dan suka menyerang tapi kali nih tak berani pula. Bagus!

 Kalau Ada Lalat Tadi Mesti Aku Beraksi Macam Nih!

Haih! Memang rasa lain! Selalunya aku asingkan ikan nih dengan kakak aku jer. Tu pun bila disuruh. Kahkahkah! Aku lebih suka potong sayur lagi walaupun aku potong lambat. Maklumlah, takut pisau kena jari. Hahahaha! Tak apalah! Demi raya aku sanggup berkorban! Memang rasa tekanan juga asingkan isi ikan nih sebab aku asing sorang - sorang. Tak ada orang nak borak. Mak aku siap cakap lagi aku tidur ker apa dalam nada bergurau sebab aku  diam dan fokus jer mengasingkan isi ikan tu! Kehkehkeh!


Warna Hijau Nih Yang Paling Pedas Dan Sedap!

Apa - apapun, selepas tangan aku dibasuh 3 kali dan sewaktu mandi tadi aku menggunakan syampu dan berbagai lagi akhirnya tangan dan jari - jemari aku bebas daripada bau ikan. Yehaaaaaaaaaaa! Tak sabar nak makan laksa di pagi raya. Nak potong cili api kasi banyak - banyak. Baru ada umph!



P/S : Menanti Waktu Untuk Menjamah Cucur Jagung Hasil Air Tangan Mak Saya!



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

14 ulasan:

  1. hang ni kat aloq staq ke? hahaha selamat hari raya

    BalasPadam
  2. tahu takpe.
    aku suka cili padi kecik2.
    fuhhh~

    BalasPadam
  3. mai hantaq sini...
    hahahaa...
    sedap tak, sedap tak, sedap tak?
    aku xpernah wat laksa...
    makan je tau...
    susah tak?
    *byk tanye kan..

    BalasPadam
  4. sebelah utara menu 1st raya mesti ada laksa, nasi tomato..best

    Hans..
    Selamat Hari Raya
    maaf kalau ada salah dan silap k

    BalasPadam
  5. makan laksa bersama cili padi yg byk memang umph!

    BalasPadam
  6. sobs rindunya laksa... bulan2 pose ni cucur jagung tersebut kelihatan begitu menawan sekali -_-"

    selamat hari raya Hans... minta maaf ada salah silap. enjoy ur raya & take care :)

    BalasPadam
  7. seronoknya dapat makan ketupat palas....kita suka...sedap. tapi johor takde ketupat palas..:(

    BalasPadam
  8. Waah...sedap la makan air tgn mak...aku x dpt rasa lagi ni..x balik kg lagi..

    BalasPadam
  9. buat laksa ka?

    harus smpai hari raya ni kat umah hg

    BalasPadam
  10. slamat hari raya utk ko sekeluarga..

    BalasPadam
  11. sedapnya nmpk laksa tu

    hans kacak
    amik kad raya di blog ye

    BalasPadam
  12. wah..
    tolong mak masak ea??
    sedap cucur tu..

    BalasPadam
  13. ceq suka laksa buh kicap.. sedappp :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com