Ahad, 19 September 2010

Perjalanan Yang Amat Memenatkan!! Tak Guna Punya Syarikat Bas!

Patutnya bas aku bertolak pukul 7 malam. Aku pun pelik sebab selalunya bas hanya ada 2 sesi iaitu pagi dan malam. Kalau pagi di dalam lingkungan 10 pagi dan kalau malam pun di dalam pukul 10.30 malam macam tu. Tiba - tiba kali nih pukul 7 malam. Wah! Gila awal! Aku bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 petang untuk ke Shahab Perdana. Terlepas Upin Ipin aku. Hahaha! Sampai dekat sana maka ayah aku suruh aku pergi tanya kaunter bas tu dulu platform mana.

Tiba - tiba akak kaunter tu cakap bas pukul 7 malam nih dah cancel dan ganti dengan bas lain pada waktu lain. Aku dah cuak dah. Gila babi apakah ini? Padahal tiket bas tu dah beli 2-3 minggu sebelum raya kut. Ayah aku dah marah - marah dah kaunter tu. Lepas tu dia cakap bas aku pukul 11.30 malam lagipun katanya mereka dah reserved awal - awal dah untuk siapa - siapa yang beli tiket bas macam aku beli tu. Terpaksalah balik rumah balik. Tak guna punya syarikat bas!

Marah Nih!!

Lepas tu dalam pukul 10.50 malam tu bertolak balik ke stesen bas balik. Kempunan aku nak habiskan tengok cerekarama dekat TV3. Haih! Punyalah ramai manusia dekat situ. Lepas tu terserempaklah kejap dengan budak sekolah lama. Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 11.40 malam baru bas datang. Aku tak ingat nama syarikat bas apa tapi tadi dia gantikan bas tu dengan Bas Bintong Ekspress. Aku agak malu sewaktu mencari seat aku sebab selalunya nombor kerusi dekat atas. Lama aku cari tapi tak jumpa - jumpa. Rupa - rupanya dekat bawah cermin tingkap bas. Tapi muka cool sudah! Ekekekekeke!

Dah best duduk tiba - tiba ada seorang mamat tu berhenti tepi aku. Rupa - rupanya seat yang aku duduk tu pun seat dia juga. Maksudnya tempat duduk kami sama. Hah! Sudah!! Aku dah lah panas hati waktu tu nasib lepas tu pakcik bas cakap free seat. Fuh! Lega tak payah nak bertengkar ker nak tukar tempat duduk ker apa. Penat hoh! Kejap tidur kejap terjaga! Entah macam mana dia berhenti dekat Hentian Duta. Lepas tu tukar bas pula untuk pergi ke Shah Alam. Aku cukup tak suka jenis kena tukar - tukar bas nih. Nak angkut beg semua pergi pindah dekat bas lain. Leceh dan menyakitkan hati!

Lebih Kurang Macam Nih Lah Tadi!

Sudahlah bas yang aku naik untuk ke Shah Alam tu sejuk nak mampus. Terketar - ketar aku dalam bas tu. Entah penumpang lain perasan ker tak. Aku tak boleh nak kawal. Kadang - kadang menggigil sampai terangkat - angkat badan. Itu pun pakai sweater lagi. Kalau tak pakai aku rasa aku dah demam. Sampai jer dekat Shah Alam dalam pukul 6.40 pagi macam tu. Aku takut budak rumah aku tak bangun lagi jadi dalam otak aku target nak naik teksi jer. Turun - turun jer dari bas....fulawehhhhhhhh!

Punyalah ramai manusia beratur nak naik teksi. Dah tu aku tengok pemandu teksi asyik ambil penumpang yang jenis berkumpulan jer. Aku nih dah lah balik sorang - sorang. Wah! Tak boleh jadi nih! Penat nak menunggu kalau macam nih. Aku pun cuba nasib sms budak - budak rumah yang aku tahu dah balik. Alhamdulillah, ada seorang budak rumah dah bangun waktu tu. Jadi, dia datang ambil aku lah. Terima kasih yer Azahir. Jasamu dikenang.

Gambar Mana Entah Aku Bedal Tapi Lebih Kurang Cam Ni Lah!

Lepas tu sampai rumah jer aku usha motosikal aku lah. Cuak juga tinggal nak dekat 2 minggu. Alhamdulillah semua okay cuma nak start enjin tu ja lah payah sikit. Dah lama tak hidupkan kan. Pergi isi minyak dan yang seronoknya dapat makan nasi lemak Kak Rock lagi pagi tadi. Hohoho! Kalau hari - hari biasa susah nak dapat makan nasi lemak dia sebab pergi kelas atau tak bangun tidur lagi. Hohoho! Sekarang mahu rehat kejap sebelum membuat kerja lain. Assalammualaikum.


Entry Wajib Di Baca Bagi Peminat Teater :


P/S : Nak Pesan Dekat Ayah Aku Suruh Ambil Bas Transnasional Dengan Sani Jer Lah! Okay Sikit! Terima Kasih Pada Yang Rajin Click Iklan Nuffnang Aku Yer! Click Lah Lagi! Boleh Aku Beli Motorsikal. Hahahaha!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

17 ulasan:

  1. pe2 pun dh slmat smpai..doakan prjalan saya,,

    BalasPadam
  2. beshnye da sampai... blh rilek2 n get ready nk g kelas besk.. ohh, tiket da habis aku tpkse blk mlm nih.. mmg cam lipas kudung la besok... v_v

    BalasPadam
  3. selamat sampai :) bas trans paling boleh percaya

    BalasPadam
  4. pergh! mcm2 hal...
    nak suro ko dok umah je kot tu.
    huhu :)

    BalasPadam
  5. lama betul 6.30 ko bru sampai..
    bas mini ape?nasi kak rock tang mane?pasar sksyen 6 ek?

    BalasPadam
  6. kalo ak, ak bakar jewk syarikat ithu!

    BalasPadam
  7. den pun baruv selamat smpai lkat pulau
    rasa cam nk cuti lg je,haha

    slamat meneruskan kuliah bro

    BalasPadam
  8. balik tempat belajar ye bang~~~ XDDD

    Nasi lemak tu sumpah meriah! >.<

    ps: aku dh free skrg, aku doa ko byk keje uni(keji tak) XDDDD

    BalasPadam
  9. aku pn bnci nek bus
    sejuk n pnt
    n skit kki

    BalasPadam
  10. Hihi...aku bru je smpai ni bro~penat wooo...
    btw,biasa la bus!mmg leceh!!!aku ingat nanti akau nak beli bus sebiji la..tumpangkan member2 balik.hahaha

    Entry Baru:
    -Andai aku tahu.....
    -Aku bukan Yusuf!
    -Reaksi balas kepada Ramadhan.

    BalasPadam
  11. kao pergi ke teater tu.

    cite cerekarama smlm sedeyh..menyayat hati wuu, menangis

    BalasPadam
  12. fuh naseb baik aku xnaik bas..

    apapun dh smpi dgn selamatkan..

    kokan dah ada motor watper nk beli lagi..

    BalasPadam
  13. Serius aku cukup bengang naik benda alah awam nie.. x suka..

    BalasPadam
  14. hahah..macam2 lah.. janji sampai..tapi kan..kalau gitu,aku pun marah...

    hurm././bro..aku tag ko dalam contest domain giveway nie..

    nah link/

    http://amizzat.blogspot.com/2010/09/contest-dunia-dayat-domain-giveway.html

    BalasPadam
  15. pergh penuh dengan dugaan & cabaran betul. but at least selamat sampai :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com