Selasa, 28 September 2010

Review Film : Devil Karya M.Night Shyamalan Kurang Berat Tapi Hebat


Film:
Devil

Pengarah:
John Eric Dowdle

Genre:
Seram, Misteri Dan Thriller

Penulis:
M.Night Shyamalan

Pelakon:
Chris Messina, Logan Marshall-Green, Jenny O-Hara, Bojana Novakovic, 
Bokeem Woodbine, Geoffrey Arend, Jacob Vargas & etc.


Sinopsis:


Kisahnya mengenai 5 orang manusia yang terperangkap di dalam sebuah lif. Setiap seorang mempunyai karakter dan sejarah silam masing - masing dan ditakdirkan mereka berlima ini bertemu di dalam sebuah lif. Mengikut kepercayaan, mereka ini semua akan mati satu persatu akibat perbuatan jahat mereka sebelum ini dan dipercayai salah seorang daripada mereka adalah syaitan yang menyamar menjadi manusia. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka berlima? Saksikan di pawagam berhampiran anda.

Bintang:
4.8/5 @ 8.9/10


Ulasan Tuan Punya Blog:


Mungkin sudah ramai yang menonton atau menyaksikan filem Devil ini sebelum review ini muncul di blog. Ada yang berkata filem ini biasa saja. Ada yang kata filem ini kurang seram dan pelbagai lagi komen. Untuk pengetahuan semua, melalui pengalaman gua menonton filem - filem daripada karya M.Night Shyamalan nih, filem dia sebenarnya bukannya bertujuan untuk menyeramkan penonton tapi lebih kepada untuk membawa kita berfikir tentang karya yang cuba beliau sampaikan kepada kita.

Dengan tagline 'Setiap Perkara Buruk Yang Berlaku Ada Sebabnya' memang mesej itu sampai kepada gua. Gua suka filem beliau kali nih. Mungkin kelihatan 'simple' bagi sesetengah orang tapi bagi gua filem nih memang kreatif. Boleh dikatakan 90% jalan cerita filem ini berkisarkan tentang mereka berlima di dalam lif di mana seorang demi seorang mati tanpa kita sedar siapa yang membunuhnya tetapi kita masih rasa mahu menonton setiap babak atau adegan hingga ke penghujung.

Ada yang berkata hantu memasuki badan perempuan tua itu dan membunuh mereka semua seorang demi seorang tetapi sebenarnya semua suspek boleh disyaki sebagai pembunuh kerana si wanita muda menyimpan kaca di poket dan boleh jadi mangsa sebelum ini mungkin di bunuh oleh wanita muda itu juga. Hakikat sebenar filem ini bukanlah filem hantu. Anda jangan salah faham sewaktu menonton filem ini. Jalan ceritanya sangat kreatif kerana setiap orang mempunyai kriteria untuk menjadi pembunuh. Walaubagaimanapun, buat pertama kalinya tekaan gua tentang siapa pembunuhnya adalah tepat cuma ia bergantung bagaimana cara kita berfikir sewaktu menonton filem ini.

Senang cakap filem ini sesuai kepada orang yang menonton sambil berfikir tentang rasionalnya sesuatu perkara itu terjadi kerana memang filem karya M.Night Shyamalan nih suka membuatkan kita terfikir. Jika anda jenis yang hanya menerima bulat - bulat  apa yang anda tonton dan terus mengatakan filem ini tidak seram atau tidak seronok mungkin anda tersalah menonton filem.

Tahap keseramannya boleh tahan dan pelakon - pelakonnya juga memang hebat. Apa - apapun, memang gua enjoy gila tengok filem nih dan filem karya M.Night Shyamalan ini selepas The Sixth Sense dan 2 filem lagi yang gua lupa tajuknya memang gua faham dan buat gua berfikir banyak benda.
 
Tahniah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan filem nih.


P/S : M.Night Shyamalan Bukan Pengarah Filem Ini Cuma Ini Hasil Karya Beliau. 


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

15 ulasan:

  1. 5 orang dalam lif yang saiz tak besar mana, dan seorang demi seorang mati?

    Menarik juga ni.

    BalasPadam
  2. abyss : itula pasal...dalam lif pun boleh buat cerita dan semestinya gempak dan kreatif...filem nih best beb..rugi kalau lu tak tgok

    BalasPadam
  3. memang seronok filem ini,cuma tahap ketakutannya kurang skit

    BalasPadam
  4. najib : lu kena feel duduk dalam lif tu...baru lah takut lebih..hoho

    BalasPadam
  5. Belum tgk lagi cita nie.. Mesti donlod nie kalau rating cecah 8 bintang...

    BalasPadam
  6. cam best je reviwe nih
    tp frust la bro, kat pulau pinang belum ada lg,adoi
    nk gak pi tengok

    BalasPadam
  7. Aku ada tengok trailer filem ni. Memang nak gempak. Ni hang buat preview lagi membuak-buak aku nak pi tengok. Tapi karya M. Night Shyamalan memang tak menghampakan.

    Naik Moto Dengan Pasangan Tidak Halal Boleh Mengundang Musibah

    BalasPadam
  8. adakah cahaya dlm lif tu salib trbalik?

    BalasPadam
  9. Amir : hahaha...nak tunggu download lambat lagi lah

    Pena : best beb...cuak jer bila setiap kali lampu lif terpadam

    Hami : pi ja tgok..aku pun tgok dekat Bukit Raja jer..hoho

    Zarpeno : kenapalah korang nih obses sangat dengan tanda salib? dah nama filem diorang...biasalah tu..bukan filem nih suruh korang convert masuk kristian pun...adoiyai

    BalasPadam
  10. nak tinguk gak. suka satu muvi die.. the village. =)

    BalasPadam
  11. aku nk tgok...tp tmpt aku tader panggong...~nguuu -_-

    cam best jek ni...aku tggu kuar abo lah...hehe

    BalasPadam
  12. gua nk tgk cte ni hr tu..tp xdpt..mgkn ths week nk tgk...

    BalasPadam
  13. citer ni kena tgk dan faham. kalau tak faham blur jadinya..

    Regards,
    Mr J
    www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  14. ingtkan hans nak blanja tgk wayang..haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com