Selasa, 7 September 2010

Review Film : Ice Kacang Puppy Love Tonjolkan Kelainan Di Dalam Nilai Kekeluargaan Dan Cinta


Filem :
Ice Kacang Puppy Love

Tahun : 
2010(Sudah Lama Ditayangkan Di Pawagam)

Pengarah : 
Ah Niu

Pelakon : 
Ah Niu, Angelica Lee Sum-Kit, Gary Chaw, Fish Leong, Victor Wong, Yi Jet Qi,
Angela Chan, Eric Moo Kai-Yin, Chan Kwok-Kwan, Nicholas Teo dan Penny Tai.


Ice Kacang Puppy Love adalah sebuah filem yang sarat dengan unsur cinta, kekeluargaan dan kepercayan di dalam suasana yang sangat emosional namun diserikan dengan komedi yang sedikit ringan berlatar belakang sebuah bandar kecil di Pulau Pinang antara era 80-an  dan 90-an. 

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang diberi gelaran Botak gara - gara kepalanya dibotakkan akibat serangan kutu sewaktu kecil serta seorang perempuan yang bersikap agresif, Da Jia Yu yang dikenali sebagai Si Pelaga gara - gara mahu menjadi seperti ikan laga peliharaannya yang kuat kerana selalu menang di dalam setiap perlawanan laga ikan.

Ibu Da Jia Yu melarikan diri daripada suaminya bersama Da Jia Yu dan menumpang tinggal serta bekerja di kopitiam sebagai penggoreng kuew teow. Dari kecil lagi, filem ini menunjukkan watak Botak telah jatuh cinta pada Da Jia Yu tanpa disedari oleh gadis tersebut. Sememangnya, watak Da Jia Yu memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan gaya hidup watak Botak di dalam filem ini.

Dari awal hingga akhir cerita, filem ini cuba membawa penonton menjelajah erti cinta sejati, cinta kanak - kanak ialah cinta yang jujur, masalah keluarga dan kesannya kepada anak - anak, nilai kemaafan dan kasih sayang yang amat tinggi. Aku rasa pengarah  filem ini berjaya menyampaikan mesej tersebut kepada aku sebagai seorang penonton. Tahniah kepada pengarah Ah Niu kerana mesej filem anda sampai kepada saya.


Jadi, aku letakkan disini adegan - adegan yang buat aku terhibur
dan ada makna tersendiri di mataku.


Manusia Perlukan Cinta Dalam Hidup


Adegan Lucu Sewaktu Melaga Ikan


Jiwa Agresif Da Jia Yu


Salah Faham Dalam Kehidupan Seharian


Selesaikan Masalah Keluarga Sebelum Masalah Menjadi Lebih Besar


Kekeliruan Dalam Menilai Mana Yang Betul Dan Mana Yang Salah




Beri Peluang Pada Diri Sendiri Atau Menyesal Di Kemudian Hari


Ada beberapa adegan atau perlakuan di dalam filem ini yang kita boleh jadikan sebagai pengajaran supaya kita tidak lakukannya dalam kehidupan seharian seperti judi dan melaga haiwan yang terang - terangan adalah haram di sisi Islam. Selain itu, sebagai seorang anak memang tidak boleh meninggikan suara kepada ibu bapa kerana ia boleh membawa kepada penderhakaan. Apa - apapun, selamat menonton kepada sesiapa yang berhajat mahu menonton filem ini.


P/S : Ada Bahasa Mandarin Yang 
Aku Tak Perlu Tengok Subtitle Tapi Aku Faham. 
Seronok Juga Belajar Mandarin Nih.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


8 ulasan:

  1. macam menarik minat jer..
    wah best r ko dpt blaja mandarin..
    aku nk blaja korea..
    nnt xpyh aku cari subtitle kt internet.. hahah..

    BalasPadam
  2. bkak la kelas mandari kat sini..huhu

    BalasPadam
  3. kamu di tag untuk menyertai contest berkaitan dengan makanan!! ehhe

    BalasPadam
  4. WOW! macam best!

    selamat hari raya Hans! :D

    BalasPadam
  5. aku blajaq bahasa afrika

    al maklum la room8 dari afrika

    hahaha

    BalasPadam
  6. cerita kat penang?wah..terbaik..tp aku kureng sikit film mandarin..kalau jepun orite jer..Aku Bahasa Asing kat kolej dapat A kot..hehe..

    BalasPadam
  7. menarik gak filem ni tp kalau in mandarin kene cari subtitle la..

    minat cter Fighting Spiders

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com