Selasa, 7 September 2010

Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak

Jika sebelum ini aku sudah pun berkongsi Tips - Tips Bagaimana Nak Mendapatkan Duit Raya Yang Banyak dan adalah tidak adil jika aku tidak berkongsi dengan bakal - bakal pemberi duit raya tentang Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak. Hah! Baru adil kan? Kalau tak sebelum nih ramai mengadu bila teman nih bagi tips dekat budak - budak cilik. Ramai marah - marah teman sebab beri tips macam tu dekat kanak - kanak cilik. Seperti contoh, teman telah mendapat aduan daripada Kak Nab kita nih. 

 Tangan Kak Nab Dan Rakannya!


Dia adalah cakap dekat teman. Bunyinya begini :-

Kenapa hang bagi tips - tips macam tu dekat budak - budak nih. 
Kak Nab nih bukan apa. Kak Nab nih pantang sikit kalau orang puji.
Nanti kalau depa puji lebih - lebih, Kak Nab nih jenis murah hati. 
Dari RM1 kang Kak Nab terbagi pula RM5 sorang. 
Takut lah Kak Nab kalau semua budak - budak amalkan tips tu. 
Mahu bankrupt Kak Nab lepas raya nih kalau semua budak - budak puji Kak Nab.


Haih! Kesian Kak Nab kita. Jadi, kerana rasa simpati teman yang tak berbelah bagi pada Kak Nab dan sesiapa yang senasib dengan beliau maka teman pun sudilah berkongsi beberapa tips untuk elak kita daripada memberi duit raya dalam kuantiti yang banyak.


1) Sediakan Camera, Kertas Dan Pen

 Dah Macam Teropong Dah!

Segala benda ini amat penting untuk elakkan kita dari memberi duit raya lebih daripada sekali kepada budak - budak sama yang datang ke rumah kita. Sila pastikan setiap budak - budak yang datang rumah kita diambil gambarnya dan suruh mereka tulis nama mereka di kertas yang menyenaraikan senarai penerima duit raya anda pada tahun ini. Jika boleh minta IC mereka sekali supaya anda berasa lebih yakin. Insyaallah! Anda mampu menjimatkan wang anda daripada mengalir kepada kanak - kanak nakal seperti ini!


2) Pastikan Mereka Memakan Juadah Yang Anda Hidangkan

 Punya Banyak Makanan Atas Meja!

Apabila mereka sudah meneguk air dan makan juadah yang anda sediakan mestilah sebelum pulang mereka akan meminta duit raya kepada anda. Jadi, waktu ini gunakanlah kesempatan yang ada. Seperti contohnya,"Hah? Nak duit raya? Awak tahu air dan makanan yang awak makan tu berapa harganya? Itu dah melebihi RM5 tau. Jadi, tak ada duit raya sebab awak dah makan. Kalau awak tak makan tadi saya bagilah duit raya!" Tengok! Alasan ini sangat logik sekali untuk diguna pakai.


3) Ambil Kesempatan Jika Mereka Memuji Perabot Baru Atau Kain Langsir Baru Anda

 Semua Perabot Baru Nih!

Sangat mudah jika perkara ni berlaku. Apabila mereka telah memuji dan kemudian meminta duit raya kepada anda maka anda cuma perlu untuk berkata begini,"Duit semua habis beli perabot dengan langsir. Nasib adik puji cantik! Rasa berbaloi beli perabot baru!" Lihat! Ini salah satu langkah yang agak bijak untuk diamalkan.


4) Kepada Yang Sudah Bersuami Sila Manfaatkan Suami Anda

 Wajah Kena Garang Macam Nih!

Tips ini memerlukan penglibatan kaum lelaki. Pastikan suami anda mempunyai misai yang melentik seperti A.Galak dan sila pastikan wajah suami anda berwajah bengis. Jikalau boleh suruhlah suami anda memegang pedang samurai atau pistol sambil bercakap garang sewaktu kedatangan budak - budak ke rumah anda. Seperti kita tahu, kanak - kanak agak takut pada lelaki yang berwajah dan bersuara garang ini. Jadi, kemungkinan besar untuk mereka meminta duit raya adalah tipis sama sekali dan jika duit raya yang diterima dalam kadar yang sedikit pun pasti mereka tidak akan berani untuk bersuara. Hahaha!


5) Suruh Mereka Baca Ayat Kursi Atau Doa Qunut

Anak Sapa Nih? Comel Lah!

Hah! Jadikan ini sebagai syarat jika mereka merungut duit raya mereka sedikit dan mahu anda menambahkan lagi duit raya mereka. Tips ini bagus sebenarnya kerana secara tidak langsung anda menggalakkan mereka untuk mula menghafaz ayat - ayat dan doa untuk memudahkan urusan mereka di masa akan datang dan secara tidak langsung juga menjimatkan perbelanjaan wang raya anda. Insyaallah!


Baiklah! Cukuplah rasanya tips - tips yang diberi kepada Kak Nab dan rakan - rakan. Moga anda semua mampu mengubahnya. Selamat beramal!


P/S : Marilah Membuat Amal Jariah Dengan Bersedekah Kepada Yang Memerlukan. Buat 1 Kebaikan Dibalas 7 Kebaikan Oleh Allah. Insyaallah!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

36 ulasan:

  1. hahahha..wokeh..slamat akan dijalankan

    BalasPadam
  2. aku sukaaaa.. Hahahahahaa!!!!

    BalasPadam
  3. moga kak nab berpuas hati ngan idea x leh blah ko ni...keke

    nanti aku suh budak2 baca entry ni sbg persediaan utk menangkis strategi kak nab sekaligus melancarkan serang hendap utk mendapatkan duit raya secara total

    BalasPadam
  4. xgarang pun muka abg misai tu...
    teehehe..

    BalasPadam
  5. aku nak tips dptkan byk duet raya lbh weh...dah tua nih..berat je mak n bpk sedara nk kasi duet raya..waaa...sob2

    BalasPadam
  6. haha kajian yang menarik. gua belum kahwin tak perlu risau duit raya haha

    BalasPadam
  7. hahaa..
    klau ak prefer bwk kamera..
    xpyh susah2 nk seluk poket..
    alasan pegang kamera..heee. takut pecah klau letakk..

    BalasPadam
  8. tak silap aku budak ni darwisha & darwish..darwisha ni bru 3 thun dh blh hafal mcm2 surah..

    Mana pergi CHATBOX & Siapa LUCKY FOLLOWER?

    BalasPadam
  9. hehe,,, ga perlu menghindar yang penting banyak duit yaw kasih dech
    sodaqoh

    BalasPadam
  10. HAHA. aku tak kawen lg, aku la yg akan diperkenakn oleh org2 tua nnti. ahhaha. :D

    BalasPadam
  11. lagu satu ko lupa...kalau aku sng jer..aku x bukak pintu..lg jimat...hehe..

    BalasPadam
  12. wah..menarik nie..
    erm...
    aku pun suke yang no 4...
    kalau yang garang2 mst cuak mereka nk duit banyak2..ehehe

    BalasPadam
  13. hahaha.. aku nak tambah gak hans..

    kalau takut dilambung ombak,
    jangan berumah di tepi pantai,
    nak elak bagi duit kat budak,
    kunci pintu tambat ngan rantai.

    berjalan raya ke rumah andak,
    sudah lama tidak bertemu,
    kalau nampak kelibat budak,
    cepat berlakon menjadi tamu.

    hehe.. =P

    BalasPadam
  14. lol, sengal gila tips ko bro
    nnt boleh la aku cuba asimilasikan dalam hidup ak in future
    tenkiu,haha

    BalasPadam
  15. tak sangguo rasenye nak bagi syarat yang last tu.hahaha


    eh email num acc

    BalasPadam
  16. wah. tips yg boleh dicuba.. tgk best ke tak.. wehee~

    BalasPadam
  17. giler la ko punya tips!
    mau kena maki!huhu
    kedekut!

    BalasPadam
  18. wah...
    tu nama nye memang pelokek bebenar tu...
    heheheheheh...

    BalasPadam
  19. ngeh ngeh ngeh~~owraittt gakz ea..jom try!kalo kena maki siap ko..hahahahaha

    BalasPadam
  20. ngeh ngeh ngeh~~owraittt gakz ea..jom try!kalo kena maki siap ko..hahahahaha

    BalasPadam
  21. ngeh ngeh ngeh~~owraittt gakz ea..jom try!kalo kena maki siap ko..hahahahaha

    BalasPadam
  22. ngeh ngeh ngeh~~owraittt gakz ea..jom try!kalo kena maki siap ko..hahahahaha

    BalasPadam
  23. haha...bagus gak tips ni..
    leh la diamalkan utk org yg masih belajar..
    leh amik skill puji memuji nih..hikhik...kot org tu seangkatan je dgn kak nab..
    =)

    BalasPadam
  24. Singgah mencari tips ni.. hehe

    BalasPadam
  25. hehehe...gelak sensorang baca tips2 ni! saya link entry ni kat entry saya nanti boleh tak?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com