Isnin, 6 September 2010

Tips - Tips Bagaimana Nak Mendapatkan Duit Raya Yang Banyak

Seperti mana yang kita semua tahu, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang amat ditunggu - tunggu oleh kanak - kanak dan juga merupakan hari yang amat menakutkan buat segelintir orang dewasa. Hal ini kerana kanak - kanak akan mula mencongak berapakah hasil 'gaji' mereka pada bulan Syawal manakala orang dewasa pula mula membuat kira - kira berapakah jumlah perbelanjaan mereka pada bulan yang mulia itu.


Jadi, kepada anda di luar sana sama ada masih kecil atau sudah remaja atau pun sudah remaja dan masih ingin mendapatkan duit raya, saya ada sediakan beberapa tips yang sesuai untuk anda semua praktik atau amalkan bagi mendapatkan duit raya atau meningkatkan lagi jumlah duit raya anda yang sedia ada.


1) Carilah Rumah Besar Yang Dipercayai Orang Kaya Yang Dermawan

 Cari Rumah Yang Macam Nih! Hahaha.

Pastikan rumah yang anda tuju itu mempunyai ciri - ciri seperti orang kaya yang terkenal dengan sifat pemurah. Jika boleh, cuba buat sedikit kajian untuk mengetahui siapakah 'mangsa' anda pada raya kali ini. Mengikut kajian saya, rumah sebegini selalunya akan memberikan anda duit raya yang agak besar juga nilainya. Bertuah owhhh!


2) Catatkan Nama Pemberi Duit Raya Anda Pada Tahun Ini

 Ada Lagi Ker Buku Nih? Hahaha

Anda sudah boleh membeli buku 555 dan juga sebatang pensil 2B untuk mula mencatat siapakah pemberi duit raya anda. Dari sini sahaja anda sudah boleh mengetahui siapakah yang memberikan anda duit raya terbanyak dan boleh dijadikan rujukan pada raya akan datang sebagai rumah yang 'wajib' untuk dilawati. Betul tak?


3) Bawalah Baju Melayu Atau Baju Kurung Lebih


 Masukkan pakaian dalam beg nih! Hahaha!

Ini boleh diaplikasikan jika anda keluar beramai - ramai bersama rakan - rakan anda sambil menerjah rumah yang anda sendiri pun tidak kenal siapa penghuninya. Walaupun perkara ini agak berisiko namun ia agak berbaloi kepada anda asalkan anda pandai berlakon sedikit. Mungkin boleh ditukar baju sambil menambah aksesori lain seperti songkok, tudung atau cermin mata.


4) Puji Tuan Rumah Dengan Kata - Kata Yang Cukup Manis


Anda boleh memuji tuan rumah dari segi pakaian, makanan, kuih muih, perabot, kebersihan dan sebagainya. Tunjukkan pujian anda itu dengan menzahirkan keikhlasan pada wajah anda dengan seikhlas mungkin. Mungkin kadang - kadang makanan yang tuan rumah sajikan tidak menepati selera anda namun katakan saja sedap. Insyaallah, jumlah duit raya anda daripada RM1 menjadi RM3. Siapa tahu bukan? Hehehe!


5) Gunakan Kelebihan Pada Diri Jika Ada

Kalau Muka Korang Macam Nih Walaupun Dah Besar..Hah! Tunggu Lagi? Hohoho!

Jika anda selalu dipuji kerana kelihatan seperti kanak - kanak maka ini adalah peluang keemasan untuk anda. Menyamar sahaja menjadi kanak - kanak dan turut serta bersama mereka pergi mengelilingi satu bandar mencari duit raya. Teori ini sesuai digunakan oleh anda yang kelihatan rendah dan berwajah keanak - anakan. Jangan sia - siakan kelebihan anda. Hikhikhik!


Banyak lagi sebenarnya tips - tips yang boleh dikongsi namun cukuplah setakat ini sahaja. Agak bahaya jika segala tips diturunkan kerana orang dewasa akan mula berasa resah jika lebih banyak tips sebegini diberi pada anda semua. Apa - apapun, selamat mengumpul duit raya kepada anda semua.

P/S : Hari Raya Bukanlah Hari Untuk Mengumpul Wang 
Tapi Lebih Kepada Mengeratkan Silaturahim Sesama Kita.

32 ulasan:

  1. haha..mmg bez la bro! aq nk cari byk2..wakakaka~

    BalasPadam
  2. nice tips!
    leh praktik nih..
    =P

    BalasPadam
  3. hahaaa..
    brp eh boleh dapat tahun ni?
    nak duit raya jgk! =)

    BalasPadam
  4. ahahah..
    boleh dipratikkan..
    aku agakla hang dah cuba semua ni..haha

    BalasPadam
  5. tahun ni aku yg kena bagi orang duit dah~

    =)

    BalasPadam
  6. bro..ko dapat ker lagi duit raya?jeles aku nih..aku dh x dpt dh..

    BalasPadam
  7. nanti bleh ak p raya umh ang..huhuhu

    BalasPadam
  8. Kecik2 dulu senang2 boleh dapat duit raya RM200++. Sekarang dah besar macam haram nak dapat RM50 pun payah. Hahaha!

    BalasPadam
  9. aku akan try praktikkan..

    -HAPPY RAYA-

    BalasPadam
  10. tp kalau muka dah tua, badan macam bapak budak, xguna ada taktik2 ni...kompem xberjaya...huhu..sudey...

    BalasPadam
  11. walawey~ siap ade tips nih :)
    nk tambah satu lagik.
    jgn balek selagi tak dpt duet raye.
    haa.. bole tak camtu?
    agagagaga~

    BalasPadam
  12. hahaha ko mmg lawak kan? dh lame tak dpt duit raye. tige thun kt australia, dh takde duit raye dh! nex yer plak dh start keje... T.T ok, zara nk duit raya! XDDD

    BalasPadam
  13. kan bagus aku masih kecil... boleh praktikkan.. huhu

    BalasPadam
  14. ak serang umah beso2 dluuuu sambil buat muke sedihhh

    BalasPadam
  15. aku malas nak pulun cari duit raya tahun ni..
    haha~

    BalasPadam
  16. bole try ke ni. kalao ruma besar tu ada pak gad dtny. nak apa gmana :D tak brani ar

    BalasPadam
  17. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
    --==--Salam Aidilfitri---==--
    --=== Maaf Zahir & Batin ===--
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

    kelantan...
    Make ikke cicoh budu
    Jange lupo tamboh satar
    kelik rayo taksir laju
    Nanti rayo dale sepita

    Terengganu...
    Makang ubi jamang jepong
    Makang kepok cicah cuke
    Bulang pose mung bengong
    Bulang raye mung gile

    Pahang...
    Sepadan Pahang ada kasino
    Nasi dagang ikan patin
    Jange mu masam muko
    Raya makan rendang sadin

    Johor...
    Cegitu cegini awak suke
    Awak suke kite cerie
    Esok luse hari raye
    Sama-sama bersuke rie

    Melaka...
    Hawau kau berak merate
    Kaki bengkak ulau patok
    Kalu balik naik kerete
    Jangan pandu kalau ngantok

    N. Sembilan...
    Masak lomak cili api
    Campo dongan daun turi
    Hari rayo kolumpo sopi
    Tinggal penyamun dongan pencuri
    org kolumpo jgn kocik ati!!)

    Selangor/K.Lumpur...
    Wa cakap lu wa tak tau
    Tapi wa tipu sama lu
    Raya jangan buat tak tau
    Angpau ada bagi gua dulu

    Perak...
    Gulei tempoyak ikan mayong
    Deroyan busok tebok tupei
    Pandu hemat ingat kampong
    Ase(Asal) teman selamat sampei

    Kedah...
    Aloq Staq terketaq-ketaq
    Lapaq perut makan pau
    Macam mana tak ketaq
    Kena paksa bagi angpau

    Penang...
    Nasi kandaq kedai mamak
    Anak mami juai pesemboq
    Lepaih raya jgn dok triak
    Kalu ceti mai kot dapoq

    Perlis...
    Padangbesaq kecik aja
    Tempat siamlalu lalang
    Hari raya kita berbelanja
    Jangan sampai menambah utang

    Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

    Joommmm balik kampung berhati-hatilah ketika dalam perjalanan pulang berhari raya ye....

    wooooo aku dah beso-beso cam ni boleh tak kumpul duit raya sebanyak itewww

    BalasPadam
  18. teringat zaman kecik2 cari wet raya punye la teror bodek tuan uma last last dapat 50sen je punyela kdekut huk3..



    ow ni pun masih dapat wet raya lg tau huahuahua

    BalasPadam
  19. hans, kau dah cukup dewasa la nak duit raya banyak2. haha

    p/s: nak duit raya. LOL

    BalasPadam
  20. uhuk..siapa laa sudi bagi aku duit raya tahun ni... :(

    BalasPadam
  21. ni bukan macam minta duit raya ni.. ni dah bersungguh2 macam nak paw duit adalah..hehe.. nice2.. :)

    BalasPadam
  22. hans..ko jangan amalkan tips2 ni..ko dah tua tau walau bawah 25 tahun... hahaha :)

    BalasPadam
  23. bagus gak cadangan ni..

    nti aku suh anak buah aku buat..

    BalasPadam
  24. hahha...
    aku nk test petua ni

    BalasPadam
  25. bapak! Pandai ek ko kembar..
    Gambar x kuar ar, sayang tul!!!.. Aku buka guna hp nie..
    Tahun nie aku xde raya g umah mana2.. So xde la duit rayo.. Huhuhuhu. Lain la mcm ko!!!

    BalasPadam
  26. baguih2 idea nih.. dah la lepas raya nih byk nak pakai duit.. leh try guna tips nih...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com