Jumaat, 10 September 2010

Tuan Punya Blog Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Anda Semua

Ramadhan bakal meninggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi dan akan digantikan dengan Syawal yang sedang senyum simpul diwaktu kini. Semakin ramai yang sibuk dengan persiapan raya. Ada yang mengecat rumah, mengemop lantai, membuat kuih, menghias rumah, memasang langsir, membeli - belah saat akhir dan sebagainya.

Bagi tuan punya blog, raya kali nih ialah raya yang paling 'simple' sekali dimana tuan punya blog malas nak membeli apa - apa kelengkapan raya yang baru. Senang kata dari atas rambut hingga bawah telapak kaki semua benda lama. Hahaha! Tuan punya blog berazam hanya mahu menikmati raya kali ini dengan sepenuh hati disamping mencari duit raya.

Sekarang tuan punya blog sedang berlatih cara - cara untuk menunjukkan bahawa konon - kononya tuan punya blog tidaklah mengharapkan duit raya jika ada tetamu atau tuan rumah yang bermurah hati memberi duit raya kepada tuan punya blog. Mungkin situasinya bakal terjadi begini :-

Tetamu : Nah! Hang ambik duit raya nih!

Tuan Punya Blog : Eh! Tak payahlah! Cheq dah besaq dah pun! Segan haih! (buat malu - malu)

Tetamu : Alah! Amik lah! Tak payah dok buat segan! Bukannya selalu pun!

Tuan Punya Blog : Owh, terima kasih yer! (muka control tapi dalam hati ketawa riang)

Tetamu : Sama - Sama! Balik dulu noh!


Tuan punya blog berlari masuk ke dalam bilik dan dengan rakusnya membuka sampul duit raya.

Tuan Punya Blog : Loh! RM2 ja? Ciss! Sampul ja nampak tebai! (tak bersyukur)

Tetamu : Awat? Tak cukup ka RM2 tu?

Tuan Punya Blog : Eh, bukanlah! Cheq cakap baru dapat 2 sampoi duit raya. (bukan dah balik ker?)

Tetamu : Owh, baiklah! Balik dulu noh!

Tuan Punya Blog : Hati - hati lah bila jalan tu! (fuh!nasib tak kantoi)


Sepanjang berblog lebih kurang 2 tahun lebih nih memang tipulah kalau tuan punya blog nih tak pernah terbuat salah, tersinggung mana - mana pihak atau pun tersalah kata dan langkah.Maklumlah! Tuan punya blog nih memang suka menyakat dan banyak juga blogger yang telah menjadi mangsa seperti blogger Ummi Hanie, Pena Berkala, Ahmad Nazri, Yusof Mujahiddin, Hami Asraff, Zara, Miro, Ery Farieha, Arieza, Zack, Zack Zukhairi, Kaizen, Hariz, Zikery, Tom Kureno, iLi, Teddy, Akram Tomatoman, Amani, Umar, JH, Warie, Aus dan ramai lagilah. Harap kalian semua tak ambil hati.

Kebanyakkan blogger membuat video ucapan dan ada juga mereka sendiri kad raya masing - masing. Maaflah! Tuan punya blog nih tak kreatif dalam bab - bab mereka atau design kad raya nih. Nak buat video pula takut nanti si Lisa Surihans cemburu. Hahahahahaaha! Jadi, dengan ini hanya entry nih sajalah caranya tuan punya blog memohon maaf atas segala kesilapan sama ada secara sedar atau pun tidak kepada semua pembaca sama ada yang dikenali di luar sana, dikenali di alam maya sahaja, silent reader dan juga para followers blog ini. 



Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Dan
Maaf Zahir Batin.


P/S : Ada Sesiapa Nak Bagi Tuan Punya Blog Duit Raya? 
Tuan Punya Blog Nak RM5 Jer Setiap Seorang! 
Tak Mahu RM10! Tak mahu RM50! Nak RM5 Ja!
Boleh Tak? Hahahahaha! 



Peringatan Pada Kanak - Kanak!

Sila periksa duit raya anda kerana 
takut duit raya yang anda dapat nanti 
adalah wang palsu seperti ini.

Sumber Dari Blog Sis Jard


Hasil Rakan Aku Yang Kreatif Nukman! Hahahaha!


Ini Kalau Kau Tak Perasan Dik Memang Aku Sarankan 
Hang Pa Pi Terjun Lombong Dengan Segera! Hahaha!

14 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya ya Hanis!
    Sekali lagi macam kekok ja sebut nama sendiri. Hehh..

    Selama neh dok jadi silent reader, hari gatal lak tangan nak post comment. Haila..

    Maaf naa, kot kot ada terkata kat belakang ka. Heh, tapi xkot. Sebab nama dah sama, dah macam sedara lah pulak..

    --> Jemput lah jenguk blog baru cheq.. Baru belajaq menulis neh :))

    BalasPadam
  2. selamat ari rye ye...
    maaf zahir batin ye...

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya bro Hans hehehee...
    Maaf zahir & Batin..

    Apsal muka dalam not ringgit tue semua cam innocent miahahahaa~~~

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Hans (^_~) kiut beno duet raye tu..kehkehekeh

    BalasPadam
  5. slmt hari raye hans. weh! lagu pe kat profile ko neh? besh~

    BalasPadam
  6. slamat hari raya aidilfiti
    ak pun sama bro, maap la klu ada salah dan silap selama ni

    semoga berbahagia dgn famili
    jgn lupa share duit raya,haha

    BalasPadam
  7. hans lima posen...
    eh, bukan...
    hans lima ringgit...
    hahahahaha....
    nape rm5 eh?

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya Tuan punya blog..

    kalau penat drive tidur dulu! :)

    BalasPadam
  9. nak raya hari besar, hati hati driver tired sleep dulu kah sahaaja

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com