Sabtu, 16 Oktober 2010

Akhirnya Selepas 24 Jam............

Walawehhhhhhh.........Gua penat gila sebab dari semalam berkampung dekat bilik editing untuk bantu apa yang patut dalam menyiapkan video VT untuk assignment last subject production. Jadi, memang berkampunglah aku dengan 5 orang lagi dekat bilik editing tu. 

Yang menjadi masalahnya semalam fakulti aku tiba - tiba tak ada air. Memang sengal gila! Kawan aku kata selalu tak ada air. Haih! Nasib diorang ada beli air mineral so jadikan air mineral tu sebagai air untuk bersihkan tangan selepas makan dan kecing. Bila nak kencing jer memang bawa lah botol air tu ke tandas.


Keadaan dan bau tandas waktu tu memang senang kata macam bau durjana. Punyalah tak tahan hidung aku nih! Haih! Sebab dah nak terkencing sangat maka terpaksa jugalah guna. Nasib aku tak sakit perut semalam. Risau juga sebab aku makan nasi goreng cili padi plak. Dah lah extra pedas kawan aku beli. Aku minta bagi pedas tu sebenarnya minta cili padi lebih tapi yang tukang masak tu letak black pepper berapa botol pun aku tak tahu. Hahahaha.

Jadi, memang kitaorang bertungkus lumus jugalah menyiapkan video vt tu. Aku tidur pukul 4.30 pagi sebab dah mengantuk gila. Bangun dah pukul 7.30 pagi macam tu. Nasib air dah kembali wujud dekat fakulti. Walaweh! Aku budget nak pergi kelas walaupun tak mandi tapi sebab macam segan - segan jer so kitaorang duduk jer dalam bilik editing tu settle kan lagi kerja. Kelas habis awal jer rupanya. Haih! Kalau tahu aku dah masuk kelas dah tadi.



Nak dijadikan cerita aku sakit perut pula. Aku memang tak suka berak dekat luar sama ada dekat tandas awam ker atau mana - mana tandas berbayar sebab rasa tak selesa. Tapi tadi terpaksa juga! Haih! Tension betul! Nasib bau tandas dah tak macam semalam. Kalau tak mahu menangis aku waktu berak dekat tandas tu.

Dah tu aku pergi cafe dengan kawan aku sebab nak beli kuih. Tengah beli tu aku nampak lah makcik cafe yang bertindak sebagai cashier tu duduk sambil menunjukkan wajah yang sedih. Selalu dia rajin jugalah bergurau dengan aku. Aku pun tegurlah kenapa muka macam sedih jer kak. Dia tengok aku lepas tu dia buat bodoh. Rupa - rupanya memang dia tengah sedih. Menangis sudah sambil lap air mata dengan tisu. Haih! Rasa menyesal pula tegur. Ingat ker muka sedih tu muka mengantuk. Hohohoho!

Akhirnya, tugas semua dah okay dan aku balik ke rumah. Puas gila aku mandi tadi! Nak lama pula aku mandi. Sehari aku tak bertemu air. Sekarang tidur jer nih! Aku nak tidur tapi tak rasa mengantuk pula walaupun penat. Haih! Apa - apapun, aku rasa mesti aku tidur awal hari nih sebab penat gila. Okaylah! Ini saya update blog untuk hari nih. Doakan kejayaan saya! Amin!

Owh, saya nak jawab soalan pasal entry sebelum nih! Saya memang suka kumpul coins, banknotes dengan syiling peringatan. Sebab tu minta tolong siapa - siapa yang sudi tu. Thanks pada yang memberi kerjasama yang baik.

JANGAN LUPA JAWAB POLL BARU BLOG NIH YER!


P/S : Rasa Puas Hati Bila Artikel Yang Dibuat Sendiri Dipuji! Alhamdulillah!

9 ulasan:

  1. sadisnya cerita eheh.
    takde air dlm toilet memang azab huhu

    BalasPadam
  2. abis ko beristinjak pki pe ?HEHE .

    BalasPadam
  3. amirez : tahu xper

    xazryx : baca habis ker tak entry nih?sila baca lagi...

    BalasPadam
  4. beristinjak macam tayammum kot hahaha

    BalasPadam
  5. mandi is very refreshing right :)

    BalasPadam
  6. ko makan kt medn selere kt 7 wei, dah la peds, segunung lak

    BalasPadam
  7. urgghh... ta suka tadek air ~~

    BalasPadam
  8. hohoho...susah giler bila tk der air..klu tk der elktrik rasa blh hidup sikit kot..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com