Jumaat, 29 Oktober 2010

Akhirnya Tamat Sudah Riwayat Kamu Wahai Si Hijau

Dah nak masuk 10 bulan atau senang cakap dah nak dekat setahun dah aku dan budak - budak rumah menggunakan khidmat si hijau apabila kami semua memasak. Awal semester sewaktu kami semua berada di semester 3 dulu memang kitaorang agak rajin menggunakannya. Sebab duit PTPTN masuk lambat iaitu sebulan sebelum cuti semester datang. Memang tak silap aku hari - hari mesti guna sampailah dah dapat duit PTPTN tu aku rasa macam aku dengan si hijau ibarat musuh. Tak boleh bertemu. Hahaha!

Semester nih pula aku agak jarang menggunakan si hijau. Awal semester dulu rajin sedikitlah tapi sebab memandang keadaan dapur tu buat aku malas nak guna. Cuma hari nih tiba - tiba aku mendapat seruan nak guna si hijau. Memang aku masak ayam lah tadi lepas tu masak bihun pula. Kira kalau dapur tu boleh bercakap mesti dia tanya,"Awak nih baru tinggal sini ker?"

Sebelum nih kami budak rumah ada buat teori  dan andaian masing - masing dan antara teorinya ialah :-
  1. Asal si hijau nih asyik tak habis -habis lagi? Padahal kita selalu jer guna. Jangan - jangan....!
  2. Mana kita selalu guna pun. Kalau selalu guna si hijau nih mesti dah lama habis dah lah!
  3. Pelik lah! Aku rasa aku selalu guna! Hari - hari guna! Kenapa tak habis lagi?
  4. Meremang pula bulu roma aku! Haih!

Akhirnya, sudah terjawab sudah segala persoalan hari nih! Si hijau telah pun pencen daripada arena masakan! Dan selepas ini dapur rumah nih tidak akan berasap lagi sehinggalah awal semester depan. Insyaallah! Terima kasih si hijau! Jasamu akan kami semua kenang selagi kami ingat! Hehehehe!


Obituary

Si Hijau


P/S : Tengah Berfikir Pelawaan Kawan 
Untuk Jadi Volunteer Waktu Cuti Semester Nih!
Kalau Ramai Join Aku Nak Join Jugalah!





Perhatian Semua :


Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

7 ulasan:

  1. huhuhu...
    tamatlah riwayat mereka!

    BalasPadam
  2. sekali lagi bro, TAKNIAH
    Ko dah paham kan maksudnya? hahaha

    BalasPadam
  3. lama giler si hijau ni pnya hayat! aku punya kat umah pun setiap bulan tukar.... mmg berhantu la si hijau ko ni entah2 toyol kot duduk dalam tu? hahahhaha

    BalasPadam
  4. haha...gas x abes pun tertunggu2

    BalasPadam
  5. hee hee...
    jgnlah tamatkan riwayat si hijau tu...
    top up aje sudah... :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com