Isnin, 25 Oktober 2010

Bebas Dan Terbang Melihat Dunia Semulajadi

Hari ini segala - galanya yang berkaitan dengan kerja atau final test sudah pun tamat. Hanya menantikan lagi 3 final exam yang semestinya sekali lagi akan membuatkan kepala otak aku semakin berkecamuk dan gundah.

Nampaknya esok adalah hari untuk aku melampiaskan nafsu lama aku yang amat merindui belaian hutan rimba dan bau angin semulajadi daripada tujahan air terjun yang tempias ke atas kulitku. Fuh! Mestilah membalas dendam esok dengan bermandi - mandian dan bermanja - manjaan dengan hujanan air segar dari puncak sana.

Tak sabar menanti esok! Tunggu aku yer wahai alam! Insyaallah ada umur, ada rezeki, ada peluang dan sudah qada dan qadar dari Allah maka tibalah aku seperti yang dijanjikan. Jom berkelah!



P/S : Haih! Nuff Tak Membuahkan Hasil Langsung Sepanjang 2 Minggu Nih!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

2 ulasan:

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com