Rabu, 6 Oktober 2010

3 Hari 2 Malam Pangkor - Moga Berjumpa Lagi!

Hari Pertama

Perjalanan selama 5 jam daripada Uitm Shah Alam ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor memang penat gila sebab kena duduk dalam bas lama - lama dengan tak habis - habis ketawa dengan karaoke. Lepas tu nak kena mengangkut lagi kotak air mineral yang berat tu. Bila dapat naik bot dan duduk dekat luar memang rasa best gila. Paling best bila rambut terbang ditiup angin laut. Macam iklan syampu! Wah! Layan dowh!


 Akhirnya perjalanan selama 30 minit telah membawa gua dan rakan - rakan mendaratkan kaki di jeti Teluk Dalam. Walaweh! Pintu terbuka luas untuk kami semua! Seronok gila gua sebab dapat menghidu bau laut yang nyaman. Indahnya dunia ciptaan Allah! Alhamdulillah!


Sebelum menunggu kenderaan yang bakal mengangkut gua dan rakan - rakan ke tempat penginapan kitaorang maka mestilah kesempata ini diambil dengan sepenuhnya untuk bergambar. Dah lama gua tak mencapap sebegini rupa dengan member - member gua. Hah! Ini siapa ambik gambar siapa nih?


Rasa macam orang kaya! Hah! Itulah perasaannya bila sampai dekat resort nih! Patutnya ada gambar yang lagi best tapi tak tahu ada dekat camera siapa. Gua rasa macam Maria Tunku Sabri waktu lalu depan diorang sebab diorang main muzik yang macam Jalan - Jalan Cari Makan tu. Hohohohoho!


Malam tu ada briefing pula untuk semua pelajar dan AJK. Hah! Gua seorang sahaja jejaka kacak di dalam tu. Ialah! Daripada 50 orang tu ada  8 orang jer lelaki. Jadi, layankan jer! Hohohoho! Lepas briefing gua dengan beberapa orang AJK pergi berjumpa Ketua Kampung dekat situ. Gua memang puas gila melantak dipaksa lagi melantak di rumah terbuka kampung tu. Hahahaha! Memang kenyang gila! Seronok tengok anak - anak muda membasuh pinggang mangkuk di situ. Susah nak tengok anak - anak muda terutama lelaki yang sanggup turun padang dan buat kerja macam tu.


Seronok sebab dapat makan sedap - sedap dan dapat hilangkan tekanan yang memang agak tinggi waktu tu. Lepas tu dapat tidur dengan selesanya ditemani penghawa dingin yang sejuk dan nyaman. Malam yang indah berlalu dengan iringan atau boleh dikatakan peperangan dengkur dari 2 orang manusia di dalam bilik aku. Nasib aku tidur mati!


Hari Ke-2


Hah! Memanglah selera makan dekat sini! Makan pagi pun dah macam waktu lunch. Gua sebat jer apa yang sedap dan selagi boleh sebat! Hohohoho! Dua tiga kali jugalah gua berulang - alik pergi tambah makanan! Hohohoho!

Hah! Lepas makan kitaorang pergi buat gotong - royong kawasan kampung. Gua ditugaskan membersihkan sekitar surau! Memang seronok jugalah sebab dah lama tak bergotong - royong nih. Hohohoho! So, gua dengan kawan - kawan pun bergambarlah beramai - ramai selepas penat berhempas pulas membersihkan kawasan sekitar. Seronok bila tengok ada perubahan selepas kitaorang bersihkan kampung tu!


Sebelum balik kitaorang bergambar beramai - ramai. Walaupun panas jugalah waktu tu tapi tak kisahlah! Janji muka masuk dalam frame. Hohoho! Lepas habis jer gotong - royong nih gua pergi snorkeling plak petangnya. Gambar tak dapat lagi maaa! Haih! Kalau tak gua dah boleh letak dah dalam nih! Pasal snorkeling nih memang gua cuak gila sebelum nak menyelam kejap tu. Sebab gua adalah antara manusia yang tak tahu berenang dan gua fikir yang bukan - bukan seperti mati lemas atau tenggelam dibawa arus laut ker. Tapi rupa - rupanya seronok juga snorkeling cuma air tak berapa jernih. Dapat tengok 3 jenis ikan jer. Hohohoho! Dan seronok dapat pegang gamat walaupun gua geli tengok lendir keluar daripada mulut si gamat tu. Habis luka kaki gua waktu snorkeling. Hohoho!


Senja yang indah menemani gua dan rakan - rakan selepas penat bermain sukaneka serta explorace. Malam tu gerimis turun membasahi bumi Pangkor dan nikmatnya menggamit jiwa gua. Memang seronok bercuti di sini!


Hah! Dinner malam nih memang selera! Ada kambing bakar, ayam bakar, udang bakar, ketam bakar, ikan bakar, mushroom soup, salad, nasi, dan macam - macam lagi lah! Memang gua selera lah makan malam tu! Nasib kambing tu gua ambil 3 ketul jer. Buat macam member gua sampai 10 ketul dia mengketedarah....memang lah panas malam tu! Hah! Gua sebenarnya dah ready pakai seluar nak pergi terjun pool lepas makan! Hohohoho!


Lepas makan dengan kenyang tu memang selamba sudah pergi mandi pool ramai - ramai dengan member - member diploma gua! Pergi main polo air kejap lepas tu berenang - renang! Memang banyak situasi yang lucu terjadi dekat sini. Salah satunya waktu gua baling bola dan kena hidung member gua yang tengah berenang.  Mengamuk sudah member gua! Hahaha! Sebelah pool tu ada Deejay yang tengah mainkan muzik. Tiba - tiba dia mainkan lagu Bhangra. Gua dengan member - member gua naik atas kejap lepas tu pergi menari dekat depan dia. Walaweh! Tak pernah gua selamba macam tu. Memang gua enjoy gilalah menari malam tu.  Lagu Hindustan pun ada. Hohoho! Lepas penat menari gua pergi berendam balik dengan member gua. Sampai pukul 1 pagi jugalah duduk dalam pool tu. Hohohoho! 


Hari Ke-3

Hah! Hari terakhir nih lah berlaku sedikit peristiwa pahit dimana handphone gua dan rakan gua hilang. Haih! Gua sayang gila kut handphone tu tapi dah kena curi! Memang celaka betul pencuri tu! Waktu nih kalau tak gua kena pergi menari poco - poco tapi sebab gua da puas menari semalam maka gua terus serbu tempat makan untuk makan pagi. Hahahaha! Memang melantak gila - gila punya lah! Lepas tu pusing - pusing Pangkor kejap sebelum berangkat pulang!


Selamat tinggal Pulau Pangkor! Seribu kenangan gua kutip sepanjang 3 hari 2 malam di sana! Dari pengalaman yang gembira hingga membawa kepada yang duka! Yang tak tahan tu handphone kena curi tapi tak dapat nak rasa sedih sebab ada member yang boleh kata semua gila - gila. Gua pun sama - sama gila. Kerja bergelak ketawa ja. Dan apa yang buat aku ingatkan Pangkor ialah Snorkeling sebab inilah pertama kali aku berpeluang buat benda tu. Terima kasih Pangkor! Jumpa lagi jika berkesempatan!


5 ulasan:

  1. wah..best giler ah.. aku last time pergi time matrix, tapi takde sebest ko punya..

    Pendapat anda?
    blog Serol-Nizam

    BalasPadam
  2. best kan pi pangkor?
    ak pun pernah gi gak sekali
    tp 2 hari 1 malam je
    mmg best lah

    BalasPadam
  3. As salam, perjalanan 5 jam itu naik bas UiTM dari jam berapa bertolak ya. Feri ke Teluk Dalam jam berapa yang kamu naik. tq

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com