Selasa, 12 Oktober 2010

Hati Dan Naluri Seorang Ibu

Sebenarnya kejap lagi dalam pukul 6.00 petang aku ada final test untuk subject Com & Change tapi satu haram tak baca lagi sebab tak ada apa - apa slide dekat aku. Memang kejap lagi aku guna logik akal sudah jawab semua soalan tu. Hahaha! Tadi pagi tadi aku ada test untuk subject media law. Fuh! Aku baru dapat kertas soalan tiba - tiba handphone aku berbunyi.

Nama mak aku tertera dekat skrin telefon yang berwana hitam kelabu tu. Aku matikan lepas tu aku sms bagitahu aku tengah test. Tengah aku jawab soalan tiba - tiba hati aku tak tenang. Haih! Kenapa lah mak aku nih tiba - tiba ja call aku. Selalu susah nak call pagi - pagi buta nih. Mesti ada hal penting ker apa. Aku pun mulalah fikir bukan - bukan! Agak tak fokus juga sebenarnya jawab tadi.

Habis saja test tu aku keluar call mak aku. Nasib kelas sebelah kosong. Aku call tak jawab! Lagilah aku fikir bukan - bukan. Dalam otak aku asyik fikir pasal kematian. Haih! Mulalah aku berangan benda macam dalam filem tu. Call - call pastu dengar kata ada ahli keluarga meninggal ker apa ker! Aku memang teruk sikit bila bab berfikir bukan - bukan nih. Kali kedua call agak lewat juga pastu baru mak aku angkat.

Aku teruslah tanya kenapa tiba - tiba call. Mak aku pun cakap tak ada apalah. Mak aku kata lagi sajalah dia call sebab risau pasal kes kemalangan jalan raya yang dasyat tu. Aku pun tahu gitu - gitu jer so aku tanya lah kemalangan tu dekat mana. Pastu mak aku cakap dekat Melaka. Aku pun cakaplah aku kan dekat Shah Alam. Aku ingat mak aku lupa ker apa sekarang aku dah study dekat Shah Alam bukannya Melaka. Mak aku kata dia ingat cuma dia risau.

Lepas tu aku berkesempatan tengok dekat tv3 dan tengok video dalam handphone kawan aku pasal kemalangan tu. Patutlah mak aku risau! Serius ngeri gila kemalangan tu. Fuh! Aku tengok dalam tv keluarga mangsa - mangsa yang terlibat memang hati aku sayu gila. Tak tahu nak cakap apa. Kemalangan macam nih memang menggerikan. Aku berdoa selalu moga dijauhkan dari kemalangan macam nih. Haih! Apa - apapun, takziah pada semua keluarga mangsa. Memang berat bila berada di dalam situasi mereka. Haih!




P/S : Saya Sayang Mak Dan Abah Saya. Kalau Boleh Kepada Bloggers Yang Lain Tu Janganlah Tunjukkan Gambar - Gambar Yang Ngeri Yang Fokus Pada Mangsa - Mangsa! Ialah! Fikir - Fikirkanlah Juga Hati Dan Perasaan Kaum Keluarga Mereka Sebab Jika Kita Ditempat Mereka Pun Mesti Kita Marah Jika Gambar Keluarga Kita Yang Sedemikian Rupa Menjadi Tatapan Orang Ramai Kan? Lagipun Jika Diikutkan Dari Segi Etika Pun Sememangnya Salah!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

12 ulasan:

  1. takutkan?? apa2 pon berhati2 laah apa jua keadaan :)

    BalasPadam
  2. Gud luck ntok paper k...
    InsyaAllah xde pape kot okey :)

    BalasPadam
  3. hans,
    dlm pic tu ada gmbr mangsa jugak.
    hurm.

    BalasPadam
  4. huhu..pk bukan2..law aq pon camtu gak...x senang idop..

    BalasPadam
  5. yep. sokong 'p/s' tu. tak elok tunjukkan tangan putus ke apa. kena hormat kuarga mangsa. ishh

    takziah buat yang berkenaan..

    BalasPadam
  6. berhati2lh.. jgn buat org tersayang sedih dan risau sebab kita.. tp risau tu tanda syg..











    :D

    BalasPadam
  7. bahaya. berhati2. jgn tidur dlm bas

    BalasPadam
  8. setuju. jgn sebarkan gambar2 yang fokus pd mangsa. klau mangsa tu keluarga sendiri maam mana? kan?

    BalasPadam
  9. macam x caya jerk kejadian tu...sokong p/s tu..ermm

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com