Rabu, 6 Oktober 2010

Kaizhaijie Kuaile

Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tamat sudah gua punya final exam mandarin! Sekarang tinggal nak settlekan video jer lagi untuk subject 3rd language nih. Alhamdulillah walaupun ada soalan yang tak tahu nak jawab tapi aku puas hati sebab aku faham soalan - soalan dia. Berbanding exam semester lepas yang aku sendiri tak tahu apa aku jawab.

Aku rasa kalau semester lepas aku dapat Laushier semester nih mesti aku boleh score Mandarin. Insyaallah result semester kali nih akan berubah ke arah yang lebih baik berbanding sem lepas. Doa - doakanlah aku yer! Alhamdulillah!

Hah! Tadi gua usha lah kejap nuffnang gua! Minggu nih tak ada pendapatan langsung! Hahahaha! Buffered earning pun baru jer tamat. Alhamdulillah! Memang duit raya nuffnang bagi kali nih banyak betul. Syukur alhamdulillah! Tapi sekarang iklan tak banyak keluar! Mungkin sebab kes Click Fraud hari tu lah rasanya! Haih! Macam - macam hal lah kan!


Hah! Aku tengok dan terperasan bintang dekat Leaderboard aku dah penuh. Hahahaha! Tiba - tiba rasa macam budak tadika yang dapat buku latihan dan tengok cikgu tanda 5 Bintang dekat hujung muka surat. Ekekekeke! Padahal aku rasa bintang tu tak melambangkan apa pun. Cuma rasa seronoklah sebab penuh. Kuikuikui! Tapi untuk Large Rec pula bintang berkurang daripada 4 jadi 3. Hohoho! Tak apa lah!

Apa - apapun, gembira juga sebab walaupun aku busy dan dah lama tak sempat blogwalking tapi masih ramai yang sudi baca. Terima kasih semua! Insyaallah aku akan kembali dengan entry yang lebih baik daripada yang sedia ada. Nak menyanyi lagu Kaizhaijie Kuaile kejap! Bye bye!

P/S : Kaizhaijie Kuaile = Selamat Hari Raya Aidilfitri

12 ulasan:

  1. aku blaja mandarin 2sem.


    sem3 dan 4.. haha lupa dah..
    spanish aku still ingt..=p

    BalasPadam
  2. salam..

    wah banyaknye bintang..nak satu boleh hehehe...

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/not-feeling-well.html

    BalasPadam
  3. Kaizhaijie Kuaile

    tuh dalam bahasa tamil ke mandarin? hahaha

    BalasPadam
  4. hahahaha rajin ye ko update blog. wei, lagu betty! LOL

    ps: Kawan ko yg kt Sydney nie dipuji hari ni, ade awek kate rambut aku handsome, siap mintak nama hairstylist lagi XDDD

    BalasPadam
  5. wah~ blh ajar bahasa mandrin :)

    BalasPadam
  6. tahniah!! :)

    bukan utk bintang, tapi utk exam.

    BalasPadam
  7. Good....Kau makin hebat...(ni aku dah puji2 ni, tak reti lagi nak belanja kfc?)

    faizfarish.blogspot.com

    BalasPadam
  8. waw, jgn repeat tau. amende lagu tu

    BalasPadam
  9. wei Hans..
    ko dapat paper warna biru ka hijau??
    aku dapat hijau payah kot tang bina ayat dengan susun ayat.. adoyai.. tapi tulisan cina, isi tempat kosong dengan dialog ok la. video lak tak start acting lagi.. huhu..

    Xueye Jinbu, Hans Xiansheng (^_^)

    BalasPadam
  10. tadi dapat paper biru
    hahahaha
    agak pening dkt nak tukar ayat bm ke mandarin

    BalasPadam
  11. Kai Zhai Jie nak abes daaa.. Raya haji plak nanti.. Heeee..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com