Ahad, 31 Oktober 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010


Pertama kali dalam sejarah aku menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang tidak melibatkan negeri kesayanganku iaitu Kedah Darul Aman atau lebih mesra dengan panggilan Hijau Kuning atau Kenari di dalam dunia bola sepak Malaysia. Sebab utamanya mungkin nak tengok aksi penyokong bola sepak Kelantan sebab macam - macam andaian, kritikan dan tohmahan dilemparkan kepada mereka.


Separuh masa pertama menyaksikan Negeri Sembilan mendahului Kelantan dengan jaringan 1 gol tanpa balas pada minit ke-14 kalau tak silap iaitu melalui sepakan penalti. Negeri Sembilan menguasai babak pertama dengan baik dan menunjukkan tanda - tanda seperti bakal memenangi permainan kali nih. Sewaktu di kedai makan, penyokong Kelantan sangat diam membisu dan hanya sesekali bersuara apabila pasukan Kelantan mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Lain pula dengan penyokong Negeri Sembilan yang begitu teruja pada waktu itu.

Suasana berubah secara drastik di babak kedua. Kesilapan pasukan Negeri Sembilan yang bermain secara bertahan akhirnya menyebabkan dua jaringan gol yang pantas dan menarik dari pasukan Kelantan dan secara tidak langsung telah membangkitkan semangat penyokong Kelantan di kedai makan tadi dan membuatkan kesemua penyokong pasukan Negeri Sembilan terdiam membisu. Akhirnya, kemenangan menjadi milik Kelantan dengan 2 gol berbalas 1. Inilah kemenangan pertama pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia jika tak silap aku.

Apa - apapun, penyokong Kelantan memang agak susah dikawal. Selalunya orang akan baling botol air atau mercun sewaktu pasukan mereka kalah. Tetapi, hal ini sangat berlainan kerana penyokong Kelantan membaling botol air sewaktu pasukan mereka menjaringkan gol. Mungkin terlalu ghairah menikmati hasil jaringan agaknya. Hahaha!

Apa - apapun, tahniah kepada pasukan Kelantan dan moga mutu bola sepak Malaysia semakin meningkat. Majulah sukan untuk negara.

P/S : Esok Cuti Peristiwa Untuk Kelantan Ker? 
Yang Aku Tahu Pemain Kelantan Mesti Dapat Bonus. Hohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 


6 ulasan:

  1. GOMO KLATE GOMO!! KLATE MENANG LAGI!! :D

    BalasPadam
  2. ye..ye.. sy bangga mnjd rakyat kelantan. ngee...
    hey hans!!! esop rkyt kelntn bercuty yer.. ta dga ke tnln menteri besa ckp td.. hohohoo.. nsb bek tgk kt tv ja...hahhaa..

    BalasPadam
  3. haha aku pn 1st time tgk piala msia, xcted pnye pasal huhu

    gomo kelate gomo!!!! haha

    BalasPadam
  4. yahooo, kelantan menang bro
    ape jadi ngan yg ko sokong? hahaha

    yg statement last ko tu, mmg aku sendiri pun tak paham, aishhh

    yup, esok seluruh kelantan bercuti

    BalasPadam
  5. just suck..ahaah
    adat menang kalah kan,
    xpe next season :)

    BalasPadam
  6. tahniah Kelantan. Hihi....

    http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/10/football-thats-spirit.html

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com