Jumaat, 29 Oktober 2010

Kenapa Lelaki Tua Suka Merenung Wanita Muda Dari Dalam Kereta?

Aku selalu keluar dengan rakan - rakan aku yang kebanyakkan daripada mereka adalah wanita kerana kawan - kawan aku yang memiliki kereta pun kebanyakkannya terdiri daripada wanita. Jadi, aku selalu menghadapi satu situasi di mana apabila kereta berhenti menunggu lampu hijau atau pun keadaan jalan raya menjadi sangat sesak dengan deretan kereta pasti penumpang di dalam kereta akan menjadi perhatian pemandu sebelah.

Oleh kerana yang duduk di depan selalunya wanita maka pastilah mereka akan menerima 'renungan menggoda' daripada pemandu di sebelah jika pemandu itu adalah lelaki. Cuma yang membuatkan aku rasa nak tergelak(tetapi hakikatnya memang aku akan ketawa dalam kereta sekuat hati) apabila yang merenung kawan - kawan aku itu adalah seorang lelaki tua yang berkaca mata hitam sambil tersenyum menunjukkan susunan giginya yang putih sambil di sebelahnya terdapat seorang wanita atau lebih tepat dikatakan isteri dan anak - anaknya.


Memang betul senyum itu sedekah tetapi janganlah senyum tanpa henti selama 5 minit dan berada pada kedudukan yang statik sahaja tanpa mata berkedip atau memandang tempat lain. Memang susah menjadi seorang wanita kan sebab gangguan seksual ada di mana - mana sahaja. Kadang - kadang terasa lelaki tua tadi seperti seorang yang psycho. Paling tak tahan bila dia terpandangkan aku dan membuat muka sedikit terkejut! Adakah dia ingat aku seorang pengkid? Hahaha!

Apa kata anda wanita - wanita di luar sana? Mempunyai pengalaman yang sama seperti rakan - rakan saya? Kongsikan!

P/S : Masih Ketawa Mengingatkan Susunan Gigi Si Pakcik Tua Itu Sebentar Tadi. MUAHAHAHAHA! 


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

9 ulasan:

  1. rasa selamat dalam kereta :)

    BalasPadam
  2. LAKI TUA pon berNAFSU jggk..wakakakak

    BalasPadam
  3. hahaha..lelaki biasa la..suka nk usha2 ni..

    BalasPadam
  4. hehehe. hobi lelaki kot usha2.
    cuma ada yang pandai
    n ada yang malu.
    seb bek saya jenis pandai.
    hahahahaahah :P

    BalasPadam
  5. Nampaknya Hans begitu memahami perasaan wanita disebelahnya...haha

    BalasPadam
  6. biasa la bro
    kdg2 terkena ulat bulu gak

    BalasPadam
  7. Barang siapa-siapa yang rasa dia lelaki, depa mesti tengok perempuan muda... dah lumrah. Siapa tak tengok, dia gay, ataupun hipokrit

    BalasPadam
  8. hahaha..btol ker dia pandang??ntah2 mata juling ker??hihih

    BalasPadam
  9. ahaa... pernah kena... tpi bukan dari dalam kereta ... fuhhh.... sesak aku....

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com