Rabu, 20 Oktober 2010

Minggu Berjumpa Artis

Hah! Minggu nih adalah minggu untuk berjumpa artis - artis Malaysia sempena projek terakhir subjek Production untuk pelajar broadcasting semester 4. Tapi, secara jujurnya selepas dah masuk Masscom nih bila aku jumpa artis aku tak akan excited macam zaman aku budak sekolah dulu.

Macam kalau waktu sekolah rendah dulu, aku terjumpa pelakon Syanie dekat Langkawi pun aku dah excited tahap gila - gila. Tapi, memang bila aku dah masuk Universiti dan menjadi pelajar Masscom....aku rasa biasa jer jumpa artis. Cara untuk mengekspresi dan menunjukkan kegembiraan kita berjumpa artis tu dah berubah. Mungkin sebabnya aku dah besar atau aku memang dah bersedia menjadi professional.

Apa - apapun, waktu projek akhir aku hari Isnin hari itu, aku dah berjumpa dengan Zizan Raja Lawak, Zahid AF2, Amylea AF, IV Flava, Adi Mentor 4 dan Fira Mentor 3 serta pengacara Hafidz TV3 atau pun lebih dikenali sebagai Captain Kids & Cash. Aku rasa kalau sekarang aku masih budak sekolah mesti aku dah macam orang gila jumpa mereka. Tapi, oleh sebab dah terbiasa kut jumpa orang - orang dalam bidang seni nih jadi aku rasa sangat relaks. Apa - apapun, seronok dapat bekerja dengan mereka. Zizan memang lawak gila walaupun kadang - kadang terasa beliau sangat hyper. Hahaha!

Semalam pula aku berkesempatan melihat pelakon Maimun Mutalib, Harith Iskandar, Heliza dan 2 orang pengacara iaitu kalau tak silap aku nama diorang Syira Teoh dari Wanita Hari Ini dan Syafiq yang menjadi pengacara untuk rancangan Choop TV9 tu. Semalam memang ada sedikit masalah untuk variety show nih yang buat aku rasa nervous walaupun sebenarnya bukan group aku pun sebab group aku dah settle dah tapi seronok aku tengok kebijaksanaan dua host nih mengawal keadaan.



Dan semestinya minggu nih akan mengambil peluang untuk bergambar dengan artis - artis yang aku rasa aku nak bergambar. Hahahaha! Tengahari nanti aku nak kena tolong group budak kelas aku pula. Haih! Tak sabar nak tengok macam mana keadaan untuk hari nih. Adakah aku akan nervous atau pun tidak? Sama - sama nantikan. Good luck group Tunjuk Langit.

P/S : Dulu Aku Ketawakan Seorang Budak Kelas Aku Sebab Dia Nervous. Aku Cakap Dekat Dia,"Kau Dah Kenapa Nak Nervous. Ini Kan Group Aku! Group Ko Dah Lepas Kan." Akhirnya, Aku Faham Kenapa Dia Nervous.

6 ulasan:

  1. Pendapat aku saja. Dulu aku pun macam hang jugak. Rasa macam teruja gila jumpa artis. Yer la sebab depa kan public figure. Asyik dok tengok dalam TV je.

    But nowadays, apa makin meningkat dewasa dan memcuba cari akan sebuah hakikat yang hakiki, artis ini tidaklah perlu dikagumi mana. Sungguh. Lama-kelamaan aku makin tak rasa untuk respek mereka walaupun aku ada kenalan artis.

    Bukanlah tak respek macam mana. Maksud aku tiada apa yang perlu dibanggakan dari mereka. Dengan kata lain memang artis tiada yang boleh dibuat ikon. Bak kata Wardina suatu ketika dahulu.

    Memang bakat itu kurniaan Illahi pada mereka. Tetapi adakah bakat itu digunakan sejajar dengan anjuran agama kita? Pasti dah dapat jawapan. Tak usah kita lihat jauh. Satu sajalah, berkaitan dengan AURAT. Ini pun dah cukup untuk memanipulasi semua.

    Sekali lagi, ini pendapat aku saja. Tak kata ianya betul. Kalau tak betul, sila betulkan. BTW, good luck for your projek Production :)

    BalasPadam
  2. hami asraff : owh...hahaha...aku ingat benda apa lah sampai suruh aku approve komen nih...okay...bagi aku ada betul juga pendapat hang nih tapi bukanlah 100%...sebab bagi aku hang hanya menilai secara luaran sahaja...apa yang kita nak tengok di sini ialah isi dalam penyampaian tu..memanglah kita tak disuruh jadikan mereka icon..aku pun tak jadikan mereka icon..tapi apa yang baik dari mereka kita ambil...yang buruk kita tolak tepi...bak kata peribahasa 'Dalam setandang pisang bukan semuanya busuk dan masih ada yang elok'. Secara hakikatnya artis tu pun sama macam kita juga - manusia. Manusia nih ada pelbagai jenis dan ragam. Ada yang baik ada yang buruk. Jadi, secara kesimpulannya kita ikut yang baik dan buang yang buruk..ok? tq komen... 8-)

    BalasPadam
  3. kalau jumpa lisa surihani excited x agak2?hehe..

    BalasPadam
  4. Aku kau tak nak jumpa? aku artis gak... hek hek prasan jap...

    BalasPadam
  5. huhuhuhu......kalau artis tak minta, pandang tak heran jer, kalau Fahrin Ahmad, kem salam dengan dia yer.. :)

    BalasPadam
  6. aku tak heran langsung nak bergambar ngan artis. aku pun tak tahu kenapa. aku lebih excited snap gambar sendiri. hahahaha.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com