Sabtu, 23 Oktober 2010

Review Film : Buried Satu - Satunya Filem Yang Hanya Ada 3 Pelakon Dan 1 Lokasi.


Filem: 
Buried

Pengarah: 
Rodrigo Cortes

Pelakon: 
Ryan Renolds, Seorang Wanita & Ular Orok - Orok

Sinopsis :

Pada tahun 2006 di Iraq, Paul Conroy seorang pemandu trak daripada US yang sedang memandu diserang hendap oleh pejuang Iraq. Beliau pengsan sewaktu serangan dan apabila sedar beliau telah diikat dan diletakkan di dalam sebuah keranda yang telah pun ditanam di bawah tanah. Di dalam keranda itu cuma terdapat pemetik api Zippo, sebuah telefon bimbit yang bertulisan Arab, Arak serta ubat Paul Conroy.

Jadi, disini Paul Conroy terpaksa berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada keranda tersebut dan beliau mesti cepat kerana bekalan oksigen yang makin kurang. Telefon bimbit yang diletakkan di dalam keranda itu pula hanya mampu berfungsi dalam masa beberapa jam sahaja dan Paul Conroy harus cepat meminta bantuan daripada Kementerian U.S.

Konflik berlaku apabila kebanyakkan orang yang dihubungi oleh Conroy menganggap beliau bergurau dan apabila pengganas masuk campur dalam urusan ini dengan meminta wang tebusan pada Paul Conroy sebanyak 5 Juta Dollar dan memaksa Conroy membuat video bahawa beliau dijadikan tebusan dan disebarkan di Internet manakala kementerian U.S pula tidak mahu Conroy membuat video tersebut kerana takut imej mereka tercalar. Jadi, apakah kesudahannya? Adakah Conroy akhirnya mampu keluar daripada keranda itu? Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda.


Ulasan Aku

Aku suka idea filem ini. Bagi aku idea filem ini sebenarnya menarik. Dan filem ini walaupun ramai yang tak suka tapi sebenarnya ia telah melakarkan satu kejayaan juga bagi aku. Bukan senang untuk kau buat filem selama 1 jam 45 minit yang hanya berlatar belakangkan satu lokasi dan 3 pelakon(Ryan Reynolds, Wanita Tebusan dan Ular Orok - Orok) tetapi mampu untuk buat penonton kekal menonton hingga di saat akhir.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lah. Aku suka idea filem nih. Aku suka menonton filem nih tapi aku kecewa. Kecewa sebab apa? Mungkin sebab kisahnya hanya di dalam keranda tetapi itulah yang uniknya filem nih bagi aku. Hahahaha! Apa - apapun, kepada sesiapa yang jika sebelum ini tidak suka menonton filem Devil yang berlatarkan kisah di dalam lif mungkin anda juga tidak akan sukakan filem Buried ini. Bagi aku idea penulis skrip dan pengarah nih dah bagus cuma mungkin masih ada kelemahan yang aku sendiri tak pasti di mana. 

Mungkin kurangnya penggunaan latar tempat atau watak! Atau mungkin juga pengakhiran kisahnya yang sangat sadis tapi aku suka pengakhiran cerita nih. Ada orang kata filem nih seperti menghina Islam sebab terdapatnya azan dan menunjukkan yang orang Iraq tu jahat tapi sebenarnya jika dilihat atau diamati secara betul, filem ini sebenarnya sangat memperbodohkan sistem keselamatan Amerika dan menunjukkan bahawa manusia masih mementingkan orang yang berdarjat dan berkuasa berbanding orang bawahan.

Ada juga kelemahan filem ini dari segi fakta. Aku tak pasti tapi bila kau ditanam di bawah tanah adakah oksigen masih mampu masuk ke dalam keranda? Ditambah pula dengan penggunaan kerap pemetik api Zippo tu lagi. Mungkin betul atau mungkin tak. Aku tak arif bab itu. Dan pasal line telefon bimbit pun macam boleh dipersoalkan. Tapi, apa - apapun bagi aku filem nih ada kala membosankan dan ada kalanya menghiburkan dan penuh dramatik.

Keputusan ditangan anda! Jika hati mahu menonton maka pergilah menonton filem ini! Jika tidak maka jangan menonton kerana mungkin filem ini akan mengecewakan anda. Hehehe!


P/S : Bosan, Teruja, Kreatif Dan Kecewa! 
Itulah Kesan Filem Buried Kepada Aku! 
Malam Nih Nak Tengok Filem Endhiran Pula! 
Yehaaaaaaaa! Tamil Movie Timeeeeeeeeeee!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

8 ulasan:

  1. tak ramai ckp cite ni best

    pada aku best jugak

    sebab aku berjaya tgk sejam 40 minit tanpa rasa mengantuk sbb kt tmpt same kan?

    haha~

    BalasPadam
  2. best kot cite tamil tu... the robot
    aku tgok Gold class....
    paus hati ar dgr animation dia
    compared burried yg mcm namanya burid

    BalasPadam
  3. hehe. ptg tadi baru member ofis review cerita ni selepas keluar dari tandas.

    BalasPadam
  4. kalau cerita ni dapat buat penonton tak mengantuk maknanya filem ni dah berjaya :)

    BalasPadam
  5. kalau cerita ni dapat buat penonton tak mengantuk maknanya filem ni dah berjaya :)

    BalasPadam
  6. sedang mencari link utk download~ kih3! :'P

    BalasPadam
  7. sebut betul2 nama citer nih... hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com