Ahad, 3 Oktober 2010

Review Film : Magika Filem Muzikal Yang Ada Kelebihan Tetapi Kurang Kajian!


Filem:
Magika

Genre:
Muzikal, Fantasi & Pengembaraan

Klasifikasi:
Umum

Pelakon:
Diana Danielle, Adik Fimie Don, Mawi, Ziana Zain, Maya Karin, Ning Baizura,
Saiful Apek, Jalaluddin Hassan, M.Nasir, Nabil, Aznil Nawawi, Norman Hakim & Etc.

Sinopsis:

Filem Magika ini mengisahkan tentang 2 orang adik beradik yang menjalani kehidupan yang kurang ceria selepas kematian ibu mereka. Malik lakonan adik Fimie Don berasa sangat tertekan kerana dia menyalahkan dirinya sendiri atas kematian ibunya yang mendermakan buah pinggang untuk menyelamatkan nyawanya sendiri. Pada suatu hari Malik memberontak dan bertengkar dengan kakaknya si Ayu lakonan Diana Danielle dan bersembunyi di dalam hutan. 

Malik terdengar satu suara daripada perigi lama dan terjatuh ke dalamnya. Kemudian, dia tersedar dan mendapati dirinya berada di tempat lain yang cukup asing yang bernama Magika. Ayu yang terdengar jeritan adiknya segera mencari Malik dan ini membawa Ayu ke dunia Magika. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikut setianya si Awang Kenit. Malik digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menyiapkan satu ubat atau posyen mujarab yang dapat mengembalikan wajah muda dengan mengumpul air mata dari tangisan Malik.

Disini, Ayu bertemu dengan ramai watak dalam kisah dongeng Melayu seperti Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Mak Andih, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mahsuri serta ramai lagi dan terpaksa menghadapi banyak cabaran sewaktu hendak menyelamatkan adiknya di dunia Magika. Nak tahu lebih lanjut? Saksikan di pawagam berhampiran anda.


 Ulasan Penulis:

Seronoknya filem ini sebab setiap shot camera, cinematography serta editing boleh dikatakan agak kemas dan menarik. Idea filem ini juga sedikit segar namun sebenarnya filem ini boleh menjadi lebih baik jika setiap watak dikembangkan lagi dengan kemas. Jalan ceritanya kurang menyengat kerana setiap watak yang ditimbulkan terlalu cepat dimatikan atau dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sambungannya lagi. Plot cerita juga kelihatan sedikit serabut dan seperti terlalu terkejar - kejar.

Filem ini adalah filem muzikal maka memang setiap lagu memainkan peranan yang penting untuk menyokong plot atau jalan cerita filem ini. Lagu - lagu yang dinyanyikan memang bersangkut paut dan sedap cuma sayangnya tone lagu atau muziknya lebih kurang sama. Tiada variety atau lebih tepat tiada kepelbagaian. Jadi, agak bosan sedikit bila mendengar dan menonton lagu yang dinyanyikan lebih kurang sama sahaja versinya.

Kelebihan filem ini ialah keupayaan pengarah dan sesiapa yang terlibat dalam filem ini yang mampu menarik pelakon - pelakon yang hebat atau terkenal untuk memegang watak - watak penting atau pun kecil di dalam filem ini. Lakonan Diana Danielle agak menarik. Lakonan Mawi boleh tahan walaupun ada scene yang agak kaku tetapi secara keseluruhan agak baik. Watak Nenek Kebayan oleh Ziana Zain, Puteri Gunung Ledang oleh Ning Baizura dan Tun Mamat oleh Sabri Yunus memang terbaik. Cuma sayang watak mereka hanya seketika(kecuali Ziana Zain).

Sebenarnya filem ini boleh menjadi lebih baik dari sedia ada cuma mungkin pihak yang terbabit lebih mementingkan kepada kesan khas atau pun kepada penambahan banyak watak - watak dongeng. Apa - apapun, ini adalah satu permulaan yang bagus dan sebagai perintis kepada orang - orang seterusnya dalam industri untuk menghasilkan filem muzikal yang lebih bagus selepas ini.

Apa - apapun, tahniah untuk semua krew - krew yang terlibat dalam penghasilan filem ini.

3/5 Bintang untuk Filem Magika.

P/S : Watak Nenek Kebayan Dengan Tun Mamat Memang Lucu! 
Hohoho! Selamat Menonton


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

25 ulasan:

  1. Wah...siap komen dan menarik bunyinya. Ada lagi ker kat panggung...? Dah lama tak nonton...

    BalasPadam
  2. pe maksud ko 'kurang kajian'..?
    Aku tak berapa faham la...

    *maklum la, Aku ni lambat pikap sikit*

    BalasPadam
  3. ramai org ckp filem magika menarik tapi aku tak berpeluang nak tonton

    BalasPadam
  4. gua dah tengok. sebenarnya terlalu banyak watak yang buat ia jadi pendek durasi setiap watak:)

    BalasPadam
  5. mamawana : mestilah ada...baru seminggu tayang....

    aku : kurang kajian di sini ialah mungkin diorang tak kaji bagaimana nak kupaskan dengan lebih mendalam watak - watak setiap siri dongeng tu kerana terlalu fokus pada watak utama jer...

    amirez : entah..nak kata menarik tu biasa jer rasa...dia bukannya xbest dan bukannya menarik sangat...level average cuma ada sedikit kelainan...mungkin pasal tu orang kata best

    naz : itu mungkin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu namanya watak "Cameo".
      Watak utama cuma Diana

      Padam
  6. wey, aku tak tengok lagi cerita ni. Ada member yang tak sejiwa dengan cerita musical kata jalan cerita ni sangat la hampeh. Apa pun suka baca komen hans, kalah pengulas box ooffice movie. (^_^)

    BalasPadam
  7. hari nie nak p tngok..berbaloi2 x lau p tngok?

    BalasPadam
  8. hari nie nak p tngok..berbaloi2 x lau p tngok?

    BalasPadam
  9. ok la tu 3/5 bintang utk new movie and new genre
    moga dpt capai kualiti lbh tinggi
    for sure, ia akan jadi perintis utk next film

    btw, congratz to all crews
    cam smangat je nk tgk cite ni,haha

    BalasPadam
  10. nak tgk tp mcm dah tak tygkan lagi
    huhu :(

    BalasPadam
  11. ishiko : gi lah tgok...hohoho

    khadijah nas : tq sis...hohoho

    shera : is up to u because everyone have their own tastes right?

    pena : gi lah tgok...hohoho

    kie-yu : apo plak tak tayang lagi...still wayang tayang lagi maaa

    BalasPadam
  12. aku pun nak tengok la filem ni. tunggu keluar kt youtube la. tgk kt pawagam mmg x sempatla.

    BalasPadam
  13. best jugak cite ni.
    ada nyanyi2. agak enjoy~ hee

    BalasPadam
  14. macam kena g tgk je..ada lg ke kat panggung?

    BalasPadam
  15. hye hans..sory eyh..lama x follow..i dh tgk...kira ok la cite ni..but all yg u comment tu i stuju..huhu..

    BalasPadam
  16. try hikayat merong mahawangsa lak pas ni..

    kru jugak wat..
    tgk traile cam hebat jek!

    BalasPadam
  17. kite gelak gile masa part sabri yunus tu..mmg lawak...kahkah

    BalasPadam
  18. dh bertahun tk tgok cerite melayu. Poster dh mcm cerite peter pen aku tgok. lol.

    BalasPadam
  19. muka kulit hadapan sebenarnya sangat cantik.klu lihat pasti tertarik.tapi dalamnya kurang menarik la pulak.bosanlah nak tengok.tapi apapun lucu juga lah watak ning baizura.antara semua babak yang ada,puteri gunung ledang lah paling cun!n_n

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com