Selasa, 26 Oktober 2010

Review Novel: Memoir Anak Setinggan Sangat Terkesan Pada Jiwaku



Tajuk:
Memoir Anak Setingga

Pengarang:
M.S. Anuar Mahmod

Bilangan Muka Surat:
193

Harga:
RM14.00

Cetakan:
2010

Terbitan:
PTS Fortuna Sdn Bhd


Pengalaman Tuan Punya Blog Mendapatkan Novel M.A.S:

Sebelum tu aku nak berterima kasih kepada seseorang yang aku lupa siapakah dia yang sangat mulia menghantar PAGE SUGGESTION kepada aku tentang novel Memoir Anak Setinggan nih. Selalunya aku jarang nak approve Page Suggestion nih tapi entah kenapa hari tu aku tergerak hati untuk lihat page apakah ini. Terpandangkan cover bukunya yang cantik dan sinopsisnya yang menarik membuatkan aku tidak sabar - sabar untuk memiliki buku ini. 

Apabila dikhabarkan buku ini telah dilancarkan pada sekian - sekian tarikh maka dengan sepantas kilat aku mencari di merata kedai buku terutama di MPH dan Popular namun tak berjumpa. Hinggalah ditakdirkan sebelum aku menonton  filem Enthiran pada minggu ini dan aku tergerak hati hendak pergi ke MPH. Disana aku cuba mencari tapi tidak berjumpa hinggalah 10 minit sebelum filem bermula atau lebih tepat lagi sewaktu aku nak keluar tiba - tiba aku terpandang novel M.A.S nih.

Rasa macam nak menjerit pun ada! Dengan pantas aku ambil dan aku lihat serba sedikit luar dalam buku nih dan tanpa berlengah terus ke kaunter sambil mengeluarkan wang dan kad ahli MPH aku. Akhirnya aku bertemu juga dengan novel M.A.S nih. Alhamdulillah!



Ulasan Tuan Punya Blog Selepas Membaca Novel M.A.S:

TERBAIK! Kalau dalam 5 bintang, aku bagi 5 bintang! Kalau dalam 10 bintang, aku bagi 10 bintang! Alhamdulillah! Apabila aku membaca novel nih tiba - tiba muncul satu perasaan yang buat aku rasa sangat terkesan dimana aku tak boleh berhenti daripada membaca. Setiap bait - bait perkataan di dalam setiap ayat memberi kesan pada jiwa aku.

Watak Nuar, Mamat dan Bain memberi warna yang bukan sedikit di dalam kisah hidup masyarakat setinggan kerana ia juga bukan sahaja wujud pada kehidupan lampau tetapi masih mekar sehingga ke hari ini. Seperti muka depan novel ini yang terdapat cetakan perkataan SEMUA ADA! maka memang segala rencah ada di dalam novel ini.

Aku ketawa! Aku sedih! Aku marah! Aku terkedu! Aku sebak! Aku terasa! Aku sedar! Semuanya aku peroleh melalui bacaan aku terhadap novel ini! Bagi aku ini adalah antara karya - karya yang sangat jujur pernah aku baca setakat ini. Aku tak mahu menaip terlampau banyak lagi dan aku hanya mahu memberitahu 2 perkara sahaja:-

  1. Kalau anda membaca tanpa ketawa berguling - guling semestinya anda akan tersenyum sambil menampakkan susunan gigi anda tanda kepuasan yang amat sangat.
  2. Pengarang M.S. Anuar Mahmod berjaya menyampaikan perasaan, harapan, mesej dan pandangan beliau kepada aku melalui karyanya ini dengan jayanya.

Sekali lagi aku ucapkan tahniah pada pengarang novel Memoir Anak Setinggan ini dan aku mempunyai satu permintaan. Kalau boleh tolong buat Memoir Anak Setinggan 2 dan tolong ceritakan dengan lebih terperinci tentang perjalanan hidup Mamat dan Bain kerana aku ingin mengetahui bagaimana mereka boleh terjebak ke alam pekerjaan mereka itu.

Terima kasih M.S. Anuar Mahmod. Anda membuatkan saya rasa sangat bersyukur kerana melaburkan duit simpanan saya untuk membeli novel ini walaupun sekarang saya tidak berduit. Saya gembira!


P/S : Novel Memoir Anak Setinggan Boleh Didapati Di MPH Yer! Selamat Membeli Dan Membaca! Sokonglah Karya Ini!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 

6 ulasan:

  1. Ang rajin buat review nohh.. :)

    BalasPadam
  2. kenapa lebas aku baca entri ni tetiba rasa nak baca.. :d

    BalasPadam
  3. hans, review ni buat sis nak p cari satu la :)
    tengs for your suggestion

    BalasPadam
  4. balik malaysia nti nak try cari la.

    BalasPadam
  5. yeke best nih.. ko nih saja je nak buat ak g beli tauu..! huhu

    BalasPadam
  6. aku put in list dulu. ada duit aku cari.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com