Jumaat, 5 November 2010

Banjir Di Kedah Semakin Teruk

Dengar khabarnya melalui berita yang dilaporkan di Media Massa serta dari mulut rakan - rakan sendiri yang berada di Kedah terutama di Alor Setar dan Jitra, keadaan banjir di sana bertambah buruk. Ini agak merisaukan aku terutama dari segi bekalan air paip bersih ke kawasan perumahan. Sebelum ini dilaporkan yang loji pembekalan air ditutup kerana ditenggelami air dan mengambil masa beberapa hari untuk beroperasi semua. Jadi, jika banjir menjadi semakin buruk ia akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.


Keadaan Di Jitra 2 Hari Lalu

Disini aku mahu berkongsi info yang diperoleh berkenaan jalan - jalan di sekitar Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Padang Terap yang telah dinaiki air.

Antara jalan yang dinaiki air:

KOTA SETAR 1. Jalan Pantai Johor – Gunung Keriang 2. Jalan Kuala Sungai – Sungai Baru 3. Jalan Alor Setar – Kepala Batas 4. Jalan Kepala Batas – Bukit Pinang 5. Jalan Hutan Kampung – Kepala Batas 6. Lebuhraya Darulaman (beberapa bahagian) 7. Jalan Alor Setar - Kangar 8. Jalan Alor Mengkudu-Tok Keling 9. Jalan Titi Besi-Kampung Pasir 10. Jalan Langgar - Pendang 11. Jalan Pantai Johor - Gunung Keriang 12. Jalan Gunung Keriang-Alor Janggus

POKOK SENA
1. Jalan Lengkuas – Derang 2. Jalan Derang – Batu 11 Pokok Sena 3. Jalan Bukit Payong-Kg Cina 4. Jalan Bukit Tembaga-Kuala Pai-Lembah Arang

KUBANG PASU 1. Jalan Tanah Merah – Wang Tepus 2. Jalan Kepala Batas – Kemunting 3. Jalan Jitra – Sungai Korok 4. Jalan Tunjang – Teluk Malek 5. Jalan Teluk Malek – Kampung Naga 6. Jalan Jitra – Bukit Wang 7. Jalan Napoh – Wang Tepus 8. Jalan Changlun – Kodiang 9. KM 10.2 hingga Km28 Lebuhraya Utara Selatan 10. Jalan Jitra-Kelubi 11. Jalan Jitra-Alor Rambai-Kepala Batu

PADANG TERAP 1. Jalan Kampung Kubu – Simpang Nai Teh 2. Simpang Nai Teh – Kampung Tengah 3. Jalan Masjid Kuala Nerang – Kampung Rambutan

**Sumber Daripada BERNAMA**


Nampaknya banjir kali ini memang paling buruk di dalam sejarah. Walaupun kawasan rumah aku masih lagi selamat namun aku risau tentang proses pembekalan air paip bersih sahaja sekarang. Bersimpati kepada orang India di sana yang sepatutnya sedang gembira meraikan perayaan Deepavali mereka. Minta - minta semuanya kembali pulih secepat mungkin. Amin!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

9 ulasan:

  1. semoga semuanye selamat ye~

    BalasPadam
  2. ya tuhanku! takut nye aq tgk! haih! mnx2 sume nye kembali pulih la kan~

    BalasPadam
  3. bersyukur tinggal di kawasan yang tiada banjir

    semoga semua yang ditimpa musibah diberi kekuatan menghadapi ujianNya... ameen.

    BalasPadam
  4. semoga banjir di tempat yang berkenaan cepat surut...

    BalasPadam
  5. uish..sebek umah org air tak bah..weee..arap arap kedah cepat pulih..aminnn :)

    BalasPadam
  6. Banjir ni lebih teruk dari banjir 5 tahun lepas kat Kedah( kat Kubang Pasu). Dan yang menariknya, banjir ni berlaku waktu orang tengah pergi Mekah utk Haji(kalau x silap saya lah). 5 tahun lepas, banjir berlaku slps beberapa hari jemaah Haji pergi ke Makkah. Bila tau berita ni(banjir), terkejut jugak. Setiap hari follow berita ni. Takut juga, rumah kat Jitra kena tenggelam air. Malanglah nasib akak/abang sy nanti kena bersihkan rumah. Yang kesiannya, kawasan perumahan Taman Jitra, air banjir tenggelamkan rumah sampai nampak bumbung jer. Isy2..

    p/s: nasib baiklah, sy pindah dari Jitra. Kalau tak, teruk jugak nanti..sekian..

    BalasPadam
  7. marilah berdoa untuk mereka..

    p/s: nak join contest! dah lama x join. ahaks

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com