Khamis, 18 November 2010

Besar Gajah Pun Mahu Duit Raya Lagi Kah? Sudahlah Raya Korban Pula Tu! Huhhh!

Kawasan rumah aku nih secara tradisinya korban akan diadakan pada hari raya ke-2 sebab raya pertama lepas solat sunat maka yang lain - lain akan mengambil peluang untuk berehat dan memanjakan perut dengan makanan - makanan yang lazat - lazat. Aku juga tidak terkecuali dalam menikmati juadah yang enak - enak seperti laksa, nasi dan ketupat sambil menonton televisyen.

Tengah seronok menonton tiba - tiba di depan rumah kedengaran riuh suara budak - budak yang datang untuk meminta duit raya. Arghhhhhhhhh! Kesilapan kerana tidak menutup pintu pagar dan oleh kerana mereka sudah berada di depan pintu rumah maka terpaksa jugalah bagi seorang RM1. Waktu tu ada 12 orang kanak - kanak. Aku memang panas hati sebenarnya tapi muka macam tak ada perasaan. Cool jer. Hahaha!

Ialah! Mana tak panas hati! Raya korban pula diorang tergedik - gedik nak datang. Kalau raya aidilfitri tak nak pula datang. Aku tak tahulah dekat kawasan rumah korang macam mana tapi setakat yang aku tanya kawan - kawan aku memang kalau hari raya haji tak ada orang bagi duit raya. Tambah - tambah memang dekat sini tak pernah lagi aku dengar jiran - jiran aku bagi duit raya waktu raya haji. Selepas pemergian budak - budak tu maka pintu pagar ditutup terus. Hahhaha! No Duit Raya For Today!

Lepas tu ada lagi budak - budak datang. Yang aku rasa macam tak dapat nak maafkan tu sebab budak - budak nih lebih besar dari aku. Aku rasa ini mesti budak sekolah menengah. Tapi memang tak dilayan. Kakak aku cakap apa entah lepas tu diorang pun blah lah. Hahahaha! Haih! Dah besar gajah pun nak minta duit raya lagi kah? Sudahlah raya korban pula tu! Huhhh!!


Aku dah cakap dah dekat diri aku. Nanti kalau kahwin dan ada anak - anak lepas tu aku dapat tahu anak aku buat perangai pergi kutip duit raya waktu raya korban nih memang cari nahas lah dengan aku. Hahahaha! Kepada ibu bapa yang punya anak silalah bagitahu anak anda janganlah kutip duit raya waktu raya haji. Kalau hari raya aidilfitri tak apa. Hehehehe!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

8 ulasan:

  1. dorang mgkin terdesak
    kesian kt dorang
    hahaha

    nnti kalau ak datang kau bgi duit raya x? xD

    BalasPadam
  2. fakhrur : sah2 lah ko takkan dapat duit raya...hahaha

    BalasPadam
  3. abang hans..nak duit raya rm1000.

    BalasPadam
  4. enul : boleh2..gi terjun dari tingkat 88 KLCC,..lepas dah terjun datang lah minta...

    BalasPadam
  5. enuLwanie:
    terjun guna payung terjun jer..apa susah..ekeke..

    ~Iqah Irah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3 pandai awk ~wawa semput

      Padam
  6. budak2 kecik sekarang pun dah pandai carik duit. :)

    BalasPadam
  7. pergh raya haji pun ada budak datang jugak
    apsal advance sangat budak2 skarang nih

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com