Sabtu, 27 November 2010

Fakta Menarik Mengenai Bruce Lee Yang Perlu Peminat Bruce Lee Tahu

Sebelum ini aku ada buat entry pasal Aarif Rahman @ Aarif Lee yang memegang watak sebagai Bruce Lee di dalam filem Bruce Lee My Brother tu. Kemudian, adalah blogger yang aku agak baik dengan beliau dari mula - mula dulu lagi aku blogging iaitu Cik Pearls yang nak tahu lebih lanjut pasal insan bernama Bruce Lee nih.

Jadi, aku pun sebab dah berjanji nak cuba cari info dan aku google lah maklumat - maklumat. Kalau nak harap taip memang tak tahu apa - apalah. Tiba - tiba terjumpa satu entry dekat sebuah blog dan aku rasa entry tu sangat menarik dan penuh info. Entry itu dekat blog Takusahrisau's Blog dan aku pun dah bagitahu dia aku nak copy entry dia. Tak tahu dia bagi ker tak tapi paling tidak aku tak lah copy terus dan mengaku ini entry aku kan? Hahaha! So, korang baca lah yer!

Bruce lee adalah individu yang pertama yang menjadi pelakon filem aksi tetapi mempunyai asas kukuh seni bela diri. Banyak aksi dalam filem – filem lakonan beliau adalah hasil buah tangannya sendiri. Malah dalam satu aksi lompat – kuang(summersoult) dalam satu adegan filem pecah panggung, Enter The Dragon adalah hasil aksi beliau sendiri.

Tidak salah untuk mengatakan Bruce Lee adalah individu yang tersangat obses dengan seni bela diri. Meskipun asas sebenar seni mempertahankan diri beliau adalah Ving Tsun, namun beliau banyak belajar seni mempertahankan diri yang lain seperti tinju, jujitsu, judo, karate, tek-wan-do, army boxing dan sebagainya.

Bruce Lee meninggal dunia pada usia yang dikatakan begitu muda iaitu 32 tahun pada 20hb Julai 1973. Selepas kematiannya, beliau telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai lagenda filem aksi tersohor. Untuk entry kali ini, mari kita berkongsi FAKTA yang mungkin tidak ramai orang di luar sana yang mengetahui mengenai bapa kepada Brandon Lee ini.


1. Bruce Lee sebenarnya adalah peminat Silat. Ini diakui sendiri oleh kawan akrabnya iaitu Dan Inosanto dalam satu temubual majalah seni bela diri terkenal. Beliau berkata bahawa Bruce Lee yang memperkenalkan seni silat kepada beliau yang kemudiannya dipelajari olehnya selepas kematian Bruce Lee. Inosanto sekarang telah menguasai beberapa jenis Silat yang dipelajarinya selama berpuluh tahun. Antara guru Inosanto adalah Nik Mustapha iaitu Mahaguru silat daripada Malaysia.

*Jika Bruce Lee masih hidup, 
mungkin Jeet Kune Do mempunyai banyak unsur – unsure Silat*


Dari Kiri : Jason Saxon, Bruce Lee, dan Bolo


2. Bruce Lee terkenal sebagai ahli bela diri yang gemar mencabar lawan – lawannya. Sifat ego Bruce Lee ini adalah normal bagi pengamal ilmu bela diri. Antara sebab beliau bersikap demikian adalah kerana beliau mahu menguji seni Jeet Kune Do beliau. Jeet Kune Do direka khas oleh Bruce Lee bagi pertarungan sebenar dan bukannya seni bela diri yang mempunyai tarian dan pembuka langkah.
 
*Beliau anti dengan seni pertahanan diri yang lebih berpaksikan pertunjukan*

 Bruce Lee dan senjata 'kesayangannya', Nanchunku!


3. Bruce Lee sangat menggemari ilmu falsafah. Banyak ‘quote’ yang keluar daripada mulut Bruce Lee amat – amat tinggi maknanya. Ilmu falsafah ini beliau terapkan di dalam Jeet Kune Do. Walaupun kelihatan tidak selari dengan ilmu bela diri tetapi ia sebenarnya membuatkan Jeet Kune Do ciptaan Bruce Lee mempunyai dinamik dan relevan. Antara kata – kata berunsur falsafah daripada Bruce Lee adalah :-

Using no way as way, having no limitation as limitation.


 Bruce Lee Dicabar Stuntman Beliau



Ayat ini merupakan asas falsafah Jeet Kune Do

~Bruce Lee sebenarnya pernah menjadi siswazah di University of Washington dalam Bidang Falsafah tetapi memutuskan untuk berhenti bagi menumpukan perhatiannya dalam bidang seni bela diri.


4. Bruce Lee pernah mengalami kecederaan tulang belakang yang amat serius. Terdapat pelbagai khabar angin mengatakan Bruce Lee cedera akibat dihentak secara curi – curi semasa bertarung dengan seorang pengamal seni bela diri di California. Ketika pemulihan tulang belakangnya, Bruce Lee banyak menghabiskan masanya untuk menulis buku mengenai Jeet Kune Do dan falsafah – falsafah mengenai Jeet Kune Do.


 Satu Adegan Di Dalam Filemnya.


5. Bruce Lee adalah seorang manusia yang rabun dekat. Sebelum terjun di dalam bidang filem, beliau selalu kelihatan memakai kaca amta. Selepas terjun dalam bidang filem, beliau memilih kanta lensa sebagai pengganti kaca mata.


Bruce Lee Melakukan Flying Kick


6. Bruce Lee tidak pernah memakai kasut bertapak licin sejak peristiwa beliau tergelincir semasa bertarung akibat diserang oleh sekumpulan lelaki. Bruce Lee memilih untuk memakai kasut bertapak getah sebagai langkah berjaga – jaga sekiranya beliau diserang secara tiba – tiba.


 Bruce Lee


7. Bruce Lee akan menerima lamaran untuk bertarung dengannya hanya apabila si pencabar itu mempunyai ‘6-pack abdomen’. Ini penting baginya kerana jika si pencabar tidak mempunyai 6-pack abdomen, ia bermakna pencabarnya tidak mempunyai latihan yang cukup.


 Bruce Lee Dan Produsernya


8. Dalam satu kejadian semasa penggambaran Enter The Dragon, Bruce Lee tiba – tiba dicabar oleh ‘stuntman’ beliau. Kebanyakkan stuntman dalam filem Enter The Dragon adalah ahli puak samseng Hong Kong. Bruce Lee langsung tidak gentar. Hanya beberapa langkah sahaja Bruce Lee berhasil membuatkan mereka berdarah mulut. Bruce Lee kemudian menyuruh mereka kembali membuat kerja dan langsung tidak memecat mereka.



Bruce Lee Dan Inosanto


9. Satu hasil autopsy Bruce Lee selepas kematian beliau mendedahkan bahawa Bruce Lee hanya mempunyai 1% lemak di dalam badannya. Ia terlalu sedikit berbanding manusia biasa lain. Bruce Lee terkenal sebagai individu yang obsess dalam penjagaan tubuhnya serta mengamalkan regim latihan yang ketat. Menurut Linda, Bruce Lee kehilangan beratnya sehingga 30% daripada berat asalnya ketika penghujung hayatnya.


 Bruce Lee Mempunyai Bakat Menulis Yang Baik


10. Lagi berkenaan penjagaan badan Bruce Lee. Bruce Lee adalah individu yang tidak mengambil minuman keras dan merokok. Agak pelik bukan? Percayalah kerana inilah kenyataannya. Bruce Lee kerap kali menolak sapaan kawan – kawannya untuk minum ketika di pub. Beliau memilih untuk mengambil ‘soft drink’ sahaja. Menurut Bruce Lee, beliau tidak akan mengambil bahan – bahan yang akan merosakkan tubuh dan mindanya. Suatu yang menarik anda boleh belajar dengan Bruce Lee bukan?


 Bruce Lee Melakukan Demonstrasi


11. Sejauh mana kepantasan Bruce Lee? Kepantasan Bruce Lee adalah pergerakan kakinya tidak dapat ditangkap dengan kamera 24 frame per second. Oleh sebab itu, beliau terpaksa memperlahankan pergerakan kakinya ketika berlakon dengan menggunakan kamera 32 frame per second. Dengan itu, apa yang dilihat oleh kita sewaktu Bruce Lee berlakon semasa bertarung dalam filem – filem petarungan beliau adalah hasil daripada pergerakan perlahan kakinya!


 Kelajuan Pergerakan Kaki Bruce Lee Memang Mengagumkan


12. Majlis pengebumian Bruce Lee telah diambil sebagai salah satu adegan di dalam filem Game to Death. Filem ini adalah filem terakhir arahan dan lakonan Bruce Lee. Beliau tidak sempat untuk menghabiskan lakonannya di dalam filem ini. Oleh itu, banyak jalan cerita telah diubah. Produser file mini mengambil peluang dengan majlis pengebumian Bruce Lee untuk menjadikan ia adegan terakhir dalam Game of Death. Adegan terakhir ini mengisahkan bagaimana Bruce Lee berpura – pura meninggal dunia bagi mengelakkan mafia daripada terus memburu beliau. Adegan ini jelas menunjukkan wajah Bruce Lee yang sudah tidak bernyawa.


Wajah Bruce Lee Yang Tidak Bernyawa


13. Pada 1964, Bruce Lee telah dipelawa untuk membuat demonstrasi semasa Kejohanan Karate di Long Beach, California. Bruce Lee telah membuat demonstrasi one-inch punch kepada seorang rakan demonstrasi beliau, Bob Baker, Dalam demonstrasi itu, Bruce Lee menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan one-inch punch ataupun pukulan satu inci. Akibat kekuatan daya pukulan Bruce Lee semasa demonstrasi itu, Bob Baker telah tercampak ke belakang. Antara lain, Bob Baker menyatakan dalam satu temubual :-

“I told Bruce not to do this type of demonstration again. When he punched me that last time, I had to stay home from work because the pain in my chest was unbrearable.”


 Bruce Lee Ketika Demonstrasi One-Inch Punch


14. Bruce Lee bukannya seorang cina yang tulen. Beliau mempunyai darah Jerman melalui datuk daripada belah ibunya. Oleh sebab itu, Bruce Lee telah di dikriminasi semasa mula – mula belajar Ving Tsun ketika kecil. Ramai instructor tidak mahu mengajar beliau kerana mengetahui beliau bukannya seorang cina yang tulen. Dengan itu, beliau belajar secara bersendirian dengan Mahaguru Ving Tsun, Yip Man.


 Bruce Lee Adalah Salah Seorang Daripada Ribuan Anak Murid Yip Man


15. Rasanya tidak lengkap fakta mengenai Bruce Lee jika tidak bercakap mengenai misteri kematiannya. Terlampau banyak khabar angin mengenai kematian beliau ini. Antaranya adalah :-

  1. Akibat dibunuh oleh Samseng yang memusuhi beliau. 
  2. Akibat sumpahan yang berlaku ke atas beliau dan keluarganya. 
  3. Akibat pukulan Dim Mak(pukulan batin) semasa pertarungan dengan individu tidak dikenali yang menyebabkan beliau mengalami kesakitan selama beberapa minggu sebelum kematiannya.

Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi menyatakan Bruce Lee meninggal akibat Cerebral Edema. Hasil daripada post mortem menyatakan Bruce Lee mengalami alahan terhadap ubat aspirin yang beliau gunakan. Alahan ini menyebabkan otak Bruce Lee membengkak sebanyak 13%. Beliau dikebumikan di Lake View Cemetery, Seattle, Amerika Syarikat.


Bruce Lee Ketika Demonstrasi Jeet Kune Do





Macam mana? Menarikkan info - info ini? Haih! Bruce Lee ada 1% jer lemak dalam badan dia. Macam tu aku berapa puluh peratus entahlah. Hahaha! Okaylah! Penat menaip balik nih! Rehatkan jari kejap! Bye!

Nak Jadi Tough Macam Bruce Lee...


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

21 ulasan:

  1. info yang menarik gila! kusyuk aku baca! haha

    BalasPadam
  2. info yg menarik...klu bruce lee ada 1% je lemaknya..aku yg kering ni?...hahaha...negative apa...wakakaka

    BalasPadam
  3. kenzo : aku pun khusyuk baca

    miro kacak : hahaha...ko ada 2% lemak

    BalasPadam
  4. kat mana agaknye 1% lepak tuh yek??..hekhekhek

    BalasPadam
  5. giler bahhh...aku memang minat nak rakk kat sume filem bruce lee....siap beli CD ori lagi.,...haha..tapi terbaiklah disiplin dia...

    BalasPadam
  6. ada hikmah dia mati awal...pasal dia pernah admit yang dia athies dalam satu temu bual...search dalam youtube ada...kalau dia masih hidup,berkemungkinan ramai yang akan ikut jejak langkah dia pasal dia popular plus kuat pulak tu..maybe ramai yang percaya dgn kata2 dia...

    BalasPadam
  7. aku pun peminat bre lee nih..menurut satu sumber yang aku terbaca(lupa kat mana) beliau meninggal kerana penangan pukulan ilmu batin dari jaguh indonesia..tak tahu le betul ke tidak..
    'BE" MINGGU INI

    BalasPadam
  8. Memang sangat menarik..Tapi yg bab mati tu merupakan part yg paling banyak aku dengar khabar angin yg mengarut..Leh bagi komen hans..

    BalasPadam
  9. owh...itula...macam2 kisah aku baca...ada kata mati lepas dia berlawan dengan ketua silat gayung mana entah...ada yg kata itu mitos sebab nak perkenalkan silat tu
    entah..xpasti weih

    BalasPadam
  10. saya asyik membaca entry ini...sangat menarik,...

    BalasPadam
  11. best2..thanks hans..
    aku baru tauu die educated kott..

    BalasPadam
  12. mmg best! byk pasal bruce lee aku dh thu....

    BalasPadam
  13. laki skang mude2 dah buncit :(

    BalasPadam
  14. pergh jage gile badan eh? tenage batin mesti rawks nie!!

    BalasPadam
  15. Bruce Lee betul2 seorang lagenda sepanjang zaman...
    sesetengah pic tu sy dah pernah tengok kat Discovery Channel.. memang best rancangan tu...
    tak sangka blh ambil scene selepas Bruce Lee meninggal... Bruce Lee nampak lain..
    entri bagus... :)
    err.. anda pun peminat Bruce Lee??

    BalasPadam
  16. hahaha.. aku pun kusyuk baca.. Anyway Yip Man = Ip Man yang kuar filem tu kan. Ving Tsun = Wing Chun eh? ke diaorang yang eja lain padahal sebutan dia sama..

    Terbaru >> 1) Komen Adalah SEO? Macam Mana? 2) Ada Button Pelik? 3) My Precious Gift From God

    BalasPadam
  17. boleh x aku ambil entry ni...nak share jgak kat blog aku...

    BalasPadam
  18. bleh x aku share ni kat blog aku?

    BalasPadam
  19. sy penah denagr jugak fakta yunx mngatakn Bruce Lee ni mati sebab dye blawan nan Mahaguru Silat Gayong... betul ke.? tlong carikan kesahihan fakta ni....

    BalasPadam
  20. Yup. Fakta tu betol.. Dulu mase tahun 1973, mahaguru silat gayung, dato meor abdul rahman pernah lawan ngn bruce lee ni. Memang bruce lee ni kuat, tapi bruce lee ni angkuh. Mase terserempak ngn dato meor kat airport, bruce lee cabar dato meor tu, sebab mase zaman tu, nama dato meor ni femes, sebab dato meor pernah tangkap and kunci samseng2 kungfu cina yg dtg malaysia sebab mencabar martial art dorang. Dato meor ni pengasas silat gayung, sbb tu bruce lee cabar dato meor, tp dato meor ni jenis rendah diri, ia lah... Mase taon 1973 tu bruce baru awal 30an umur dia.. Dato meor dah tua.. Tapi mase berlawan tu, dato meor cume elak je serangan kaki bruce lee. Tapi sebab bruce lee ni macam nak hina martial art melayu (silat), dato meor pon bg tumbukan kipas kat rusuk bruce lee, bruce lee pon jatuh, sakit giler ar sbb kene rusuk.. Kudrat org tua pengasas silat gayung, jangan main2, org kuat silat ni mcm2 ilmu dorang ade.. Pastu bruce lee pon akui la silat tu hebat.. Sebelom bruce lee mati, dia giat jugak la mengkaji seni bela diri silat ni.. Mase tu rusuk bruce lee memang masih sakit , sebab pukulan dato meor, lepas tu, bruce lee penah lawan ngn guru silat dari indonesia, dicky zulkarnain namanye kalau x silap, dicky ni pon kuat jugak ilmu kebatinan n silat dia.. Dicky pernah pukul rusuk brucee lee yg sakit sebab pukulan dato meor dulu. Memang sakit la bruce lee, sebab sakit rusuk yg dato meo pukul tu pon belum baik, dicky lak terajang tempat same.. Sebab tu khabar angin kate org silat indon yg sbb bruce lee mati la, mahaguru silat gayung dato meor sbb bruce lee mati laa.. Wallahualam... Aku ni pon peminat bruce lee..

    BalasPadam
  21. Dato meor konon..weyh jangan mengarut lah one inch..kalau x thu fakta yg sebenarnya jangan bangga jadi melayu .mentang2 dato meor melayu..Pengumuman Rasmi menyatakan Bruce lee meninggal Akibat mengalami Alahan ubat terhadap Aspirin Sehingga otaknya membengkak 13%..bodoh punya melayu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com