Sabtu, 13 November 2010

Gadis...........


Gadis,
Dari pandangan mata,
Kau memang menarik,
Dari pandangan hati,
Kau memang menawan,
Dari pandangan akal,
Kau memang hebat.

Gadis,
Pesona kamu begitu menyerlah,
Gerak - geri kamu begitu hebat,
Bahasa tubuh kamu sangat lembut,
Tutur kata kamu sentiasa sopan,
Wajah kamu begitu rupawan.

Gadis,
Saat itu pasti akan tiba jua,
Berpimpingan tangan bersama - sama,
Melirik mata melihat alam semesta,
Berkongsi gembira suka dan duka lara,
Menuju ke depan penuh ceria,
Bagaikan diri berada di syurga.

Gadis,
Sang kerdil sedang menanti,
Dengan kesabaran yang tinggi,
Cuma masalahnya disini,
Cukupkah sekadar menanti,
Si gadis yang bermain di hati,
Takut nanti terlepas lagi.

8 ulasan:

  1. gadis
    mata mu tajam ibarat pisau
    renungan yg memukau
    boleh membuat lelaki sasau

    Post Brooke Satu Kenangan

    BalasPadam
  2. wahaha.. aku suka lisa surihani aje. hik3

    BalasPadam
  3. Thanks due to the fact that this nice article, it's very much conspicuous blogs

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com