Khamis, 18 November 2010

Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!

Tajuk tidak melambangkan entry sebenarnya! Adalah sikit - sikit tetapi berkenaan bangga tu memang tak lah! Kuikuikui! Sebenarnya tadi gua sangat cuak takut daging tak ada tapi macam biasa lah muka gua cool jer macam orang tak bersalah. Hahahaha! Selalunya gua pergi awal. Dalam pukul 9 ker 10 pagi tu gua dah tercongok dah pergi sambil melihat para 'wira - wati' ditumbangkan seekor demi seekor tetapi tadi pukul 12.00 tengahari baru gua pergi ke sana.


Gambar Hiasan - Pakcik - Pakcik Tadi Duk Atas Tikaq Ja Kut! Hohoho!


Memang gua sudah tidak ketemu sama para 'wira - wati' sebentar tadi. Yang gua perasan tadi cuma kaki - kaki mereka jer yang ada. Itu pun dikapak sekuat hati oleh para manusia yang diamanahkan untuk mengagih - agihkan daging korban kepada manusia - manusia yang memegang kupon berwarna putih. Fuh! Waktu gua pergi tu ada lagi 6 orang termasuk gua yang memegang kupon.

Pakcik - pakcik tu semua tengah kelam kabut menjerit,"Oit, bagi aku daging sikit haih! Nih ada lagi 4-5 orang dok tak dapat lagi nih!" Gua dah cuak dah sebab tengok daging macam dah habis dah sampailah tinggal 2 orang dimana gua orang kedua terakhir. Tetapi ada mamat mana entah cuba potong line gua. Haram sungguh! Memang gua tak bagi peluang lah! Lepas tu dia asyik sebut nama cikgu apa kebenda entah dekat pakcik tu. Budget boleh dapat cepat lah! Jangan haraplah derr!

Alih - alih datang pakcik mana entah bawa dua bungkus plastik lepas tu bagi dekat mamat tu dengan gua. Akhirnya, gua juga yang jadi terakhir ambil daging korban. Sejarah lah sebab selalu gua pertengahan jer tapi hari nih orang terakhir. Gua cuak juga tengok bapak gua asyik menjeling gua jer tadi sebab dia dah suruh gua ambil awal - awal tapi gua yang malas! Kahkahkah! Nasib dapat juga!

Dalam perjalanan balik tu gua dah fikir dah dalam otak...kalau tiba - tiba terserempak dengan anjing jalanan memang gua akan flying kick sekor - sekor. Jangan harap dapat merampas daging korban gua nih! Tetapi, yang gua jumpa kucing jalanan jer. Jadi, tak ada hal lah! Hohohoho!

Gua mau layan Harry Potter nih tapi sebab hari nih macam sibuk dan tak berkesempatan jer jadi gua terpaksa tangguhkan. Sob Sob Sob! Siapa yang dah pergi tengok filem 2 Alam? Kongsi - kongsikan pengalaman anda. Hoohohoho! Okay! Gua nak layan makan kejap! Tengok air asam tomato tu melelh air liur gua nih. Chow Yun Fatt dulu! Bye!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

12 ulasan:

  1. hohoho skarang mmg sume pakai kupon eh?
    hahaha

    harry potter kua sbtu nih
    msti ramai gle org nk p tgk
    kne cpt2 la xD

    BalasPadam
  2. Bila nak Hantar daging kat rumah aku?

    BalasPadam
  3. fakhrur : harry potter dari kelmarin(rabu) dah keluar

    BalasPadam
  4. hantar mai rumah sikit daging tu....haha

    BalasPadam
  5. eh3x,,berebut daging ehh..meh amik cnie bnyk ada dlm peti ais..xmuat dh

    BalasPadam
  6. hah yker?
    walao info mne ak dpt nih
    hampeh betul
    hohoho

    jom gi tgk ;D
    mlm ni ok gak

    BalasPadam
  7. owh..ada pakai kupon ek? tak tahulah pulak hehe. dah lama tak pergi tempat korban

    BalasPadam
  8. hohooh. aku tak tgok lagi harry potter!

    BalasPadam
  9. ok la tu dapat daging korban.. aku punya raya pertama start pukul 4 petang.. kena pegi ofis pulak tu T_T

    BalasPadam
  10. wah! aku pun dh lama xtgk org sembelih lembu ni...

    BalasPadam
  11. dh tige tahun tk celebrate raye korban lol

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com