Rabu, 10 November 2010

Hans! Lu Memang Minat Hindustan Ker?


Wah! Sejak bila lu orang suka bergua - gua dengan berlu - lu dengan gua nih? Hah! Sebab hari nih gua ada letak 2 link filem Hindustan a.k.a Bollywood maka memang ramai lah tnaya gua macam - macam soalan. Antara soalan yang lu - lu orang tanya pada gua:-

  1. Lu memang minat Hindustan ker bro?
  2. Lu fanatik ker apa dengan film Bollywood?
  3. Sejak bila lu suka Hindustan nih?
  4. Best ker filem Hindustan tu?

Hah! Ada lagi soalan - soalannya tapi gua malas taip lah. Gua sakit perut nih. Gua tak tahulah kenapa! Dari dekat Shah Alam sejak gua keracunan makanan sampai sekarang gua sakit perut. Nasib sebab duduk rumah jadi makanan mak gua masak memang lah confirm bersih tapi kesan dari kes dekat Shah Alam tu tak elok - elok lah. Perlukah gua pergi klinik? Memang geram betul gua pada tukang - tukang masak di kedai makan dekat Shah Alam yang gua makan hari tu. Huh!

Okaylah! Gua dah membebel pula tetengah ribut petir nih. Tak rock lah kan gua kalau asyik berleter memanjang! Muahahaha! Okay! Gua tak tahulah macam mana gua boleh terjebak dengan kegilaan terhadap filem Bollywood mahu pun filem Tamil tapi yang gua tau sebab mungkin faktor - faktornya adalah :-
  1. Gua asal utara kut! Selalunya orang utara tambah - tambah area Kedah dengan Penang nih suka tengok filem Hindustan atau Tamil. Zaman sekarang tak tahu lah tapi zaman dulu - dulu tu memang orang - orang suka tengok filem Hindustan nih.

  2. Family gua minat Hindustan. So, memang gua pun terlayan samalah. Nak tengok kartun dulu pun payah sebab mak dengan kakak gua nak tengok hindustan. Hohohoho! Tapi filem sekarang yang dekat tv kurang umphh lah!

  3. Gua memang minat tengok filem - filem lama macam filem Naseeb, Sangam, Bobby dan macam - macam lah. Dulu zaman VCD tak wujud kan orang rakam guna tape. Memang ada dulu tape filem - filem tu dan hari - hari gua tengok. Muahahahaha!

  4. Paling buat gua suka tengok filem Bollywood sebab Shah Rukh Khan dan filem Tamil sebab Rajnikanth. Memang zaman gua kanak - kanak sugus dulu gua update gila kut informasi - informasi pasal artis - artis Bollywood nih. Orang lain sibuk cerita pasal Westlife lah Britney Spears lah, gua sibuk cerita pasal Kajol, Rani, Shah Rukh Khan dan lain - lain.

  5. Setiap tempat gua pergi mesti ada paling tidak seorang member gua yang minat Bollywood. Macam sekolah rendah, ada kawan gua nama Lubna! Fanatik habis! Memang kalau cikgu tak masuk kelas, gua dengan dia menyanyi lagu Hindustan sudah dalam kelas! Muahahaha!

  6. Waktu dekat sekolah agama pula, ada pakcik nih jual majalah dengan surat khabar. Budak - budak lain dok sibuk beli surat khabar, majalah mastika dan kalau budak yang target nak 9A PMR atau berbelas A untuk SPM akan beli majalah Fokus atau Didik(eh,ini UPSR)...Skor ker apa entah! Gua tak ingat! Tapi gua beli apa? Beli surat khabar gossip dan informasi pasal Bollywood. Waktu tu tengah meletup filem Mohhabatein. Muahahahaha!

  7. Lepas tu sebab banyak sangat filem Bollywood masuk pasaran tapi yang masuk kebanyakkannya filem yang tak berkualiti maka dah ramai tak minat. Tapi gua on jer! Hahahaha! Bila dekat Uitm jumpa pula member yang memang minat Hindustan. Salah seorangnya Gina. Memang dia nih hantu Hindustan betul. Hohoho!

  8. Tapi, lebih senang nak cari orang yang minat Bollywood daripada Tamil. Tapi, ada juga member gua yang minat Tamil iaitu member gua si Erna. So, kadang - kadang kalau ada filem baru ker memang gua dengan dia berborak - borak lah. Dah berpuluh kali janji nak pi tengok dekat Coliseum tapi tak dapat - dapat. Muahahahaa!

  9. Gua minat filem Bollywood mahu pun Tamil sebab elemen kekeluargaan. Gua suka! Bab menari - menari ker apa tu dah itu culture filem diorang.  Semua filem ada culture dia. Macam filem Malaysia mesti ada bab makan. Filem orang putih mesti ada cium - cium. Filem China ada terbang - terbang. So, macam tu lah filem Bollywood mahu pun Tamil.

  10. Jadi, kalau lu orang tanya gua minat filem hindustan dengan tamil dan dengan selamber nya gua cakap gua minat tapi tengok pada pelakon dan jalan cerita jugalah. Sebab negara diorang produce setahun beratus - ratus filem. Ada yang bagus dan ada yang tak! Kena pandai pilih lah filem yang best - bestkan.

Okaylah! Gua dah melalut macam - macam dah nih. Gua bukan risau lu orang bosan baca ker apa tapi gua takut gua sendiri bosan tengok apa yang gua taip nih. hahaha! Eh, Rosyam Noor pun minat filem Tamil beb! Okaylah! Chalo beteh! Assalammualaikum.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

10 ulasan:

  1. huhuhu~ari tu aku tengok ape aek..err..princess of spices ke ape tah..best plak~

    BalasPadam
  2. ak minat hindustan gak, tp tak minat tamil,haha

    BalasPadam
  3. padyappa.. sivaji the boss. hihi

    BalasPadam
  4. haha layan hindustan tgah2 bah ke han^^

    BalasPadam
  5. gua x minat hindustan tapi dpt tau pasal rajinikanth thru blogers.haha..patut la lu suka sgt.lawak x lojik dia mmg leh buat org keracunan terberak depan tv

    BalasPadam
  6. weh hanz~
    kuch kuch hota hai ap mksd nye???
    haa jawap!!
    kte mnt hindustan heyyy

    BalasPadam
  7. argh! mcm komen gua semalm je? chait! haha~

    BalasPadam
  8. dulu waktu sekolah menengah aku rajin beli majalah yang melibatkan artis2 bollywood..sampai sekarang simpan kat bawah katil...dekat 10 thun dah huhuhu

    jarang lelaki minat hindustan macam ko hans :)

    BalasPadam
  9. yup...
    sebenarnya mmg banyak filem tamil dan hindustant yg tak masuk malaysia...
    anyway dulu kaki hindustant jugak masa zaman zaman SRK , kajol, rani , salman..
    la nie hero dah tak brapa kenal dah... tak smepat nak tgk tv pon.. hhuhhu
    nanti sebabkan ada link link dalam blog nie.. leh la layan... hehehe

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com