Isnin, 8 November 2010

Jangan Salahkan Anak Jika Dari Anak Manusia Bertukar Menjadi Anak Hantu

Kadang - kadang kamu pelik kenapa anak kamu berubah menjadi lain atau lebih tepat ke arah negatif atau senang cakap menjadi jahat.

Kamu tak mahu dia berjudi tetapi dari kecil kamu sudah perkenalkan dia pada judi kecil iaitu bermain tikam di funfair.

Kamu tak mahu dia merokok kerana kamu kata merokok itu membakar duit tetapi sambil kamu nasihat itu juga kamu merokok di depannya.

Kamu tak mahu anak kamu bersosial atau menyertai gig beramai - ramai kerana kamu kata itu tak baik tetapi kamu membawanya menonton konsert yang penuh dengan ragam pelbagai anak muda di waktu hujan renyai - renyai.

Kamu tak mahu anak kamu jadi mat rempit tetapi kamu berikan dia sebuah motosikal walaupun kamu tahu dia tak ada lesen.

Jadi, kadang - kadang kamu kena fikir balik salah siapa. Memang salah anak kamu sebab dari anak manusia menjadi anak hantu tetapi adakala bagus juga jika kamu bermusahabah diri. Kadang - kadang kesilapan itu datang daripada kita tanpa kita sedar.

Assalammualaikum.


Masih Teringat Kecomelan Seorang Kanak - Kanak Di Hentian Duta.
Comel Dari Rupa Serta Tingkah Laku. 
Seronoknya Mak Ayah Dia Ada Anak Yang Bijak Macam Tu. 
Minta - Minta Anak Aku Nanti Pun Macam Tu Juga. 
Eh, Calon? Hahahaha!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


4 ulasan:

  1. bukan lah salah ibu bapa sepenuh nya.

    ada yang ibubapa baik, didik semolek nya, tapi kerana pengaruh rakan,

    anak tu berubah.

    BalasPadam
  2. anak g baik datang dari benih ibu bapa yang baik

    BalasPadam
  3. afiq : entry nih untuk ibu bapa yang menyebabkan anak mereka bermasalah..harap anda memahami sepenuhnya entry ini

    jey yusuff : iman xdapat diwarisi..jadi xsemestinya anak yang baik datang daripada benih ibu bapa yang baik...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com