Ahad, 28 November 2010

Jika Followers Blog Ramai Adakah Duit Nuffnang Blogger Itu Banyak?

Aku baru balik dari makan kenduri di Penang tadi. Alhamdulillah! Banyak benda aku nak tulis esok atau lusa tapi letih lah! Tiba - tiba aku bersin lebih dari 10 kali dalam masa 4 minit. Sah resdung datang balik nih! Penat! Tak sempat nak balas balik kunjungan korang semua! Tengoklah esok kalau dah sihat aku blogwalking kembali ke blog kamu semua.

Terus terang aku cakap entry ini bukannya bertujuan yang aku nak bagitahu satu dunia bahawa followers blog nih banyak ker apa sebab aku rasa ada lagi blog yang lebih ramai follower mereka macam blog Zack Zuhairi, Ben Ashaari, Cik Epal dan sebagainya lah. Blog aku nih biasa - biasa jer. Tetapi, hakikatnya aku rimas dengan 2 perkara yang selalu ditanya kepada aku.

Perkara pertama pasal 'Saya Dah Follow Blog Awak! Awak Follow Blog Saya Pula Yer!'. Tak mahu komen panjang sebab aku pernah buat entry pasal nih. Aku nak komen perkara kedua yang buat aku rimas atau lebih tepat seperti tajuk entry ini. Banyak betul tanya aku dapat berapa duit nuffnang setiap minggu. Aku nih jenis manusia yang cukup senang marah bila aku bersungguh - sungguh bagitahu benda betul tetapi orang kata aku tipu. Jom tengok perbualan yang aku reka berdasarkan situasi sebenar.


Blogger XY : Duit nuffnang bro berapa tiap - tiap minggu?

Aku : Tak tentu! Kadang - kadang 25sen! Kadang - kadang 50sen! Kadang - kadang RM1 ker RM2 ker! Adakala tak dapt langsung!

Blogger XY : Tipulah! Followers punya ramai! Takkan bro dapat banyak tu jer!

Aku : Betul lah! Kenapa? Kamu dapat berapa?

Blogger XY : Saya nih tiap - tiap minggu pun paling tidak RM3 atau RM4.

Aku : Baguslah tu! Rezeki kamu lah tu!

Blogger XY : Haih! Janganlah kedekut bro! Bagilah tips macam mana nak dapat duit nuffnang banyak macam bro!

Aku : 25 sen atau 50 sen tu lebih banyak daripada RM3 atau RM4 ker?

Blogger XY : Adess! Rahsia - rahsia pula bro nih! Tipulah! Haih! Kongsilah sikit - sikit dengan saya. Saya pun nak kaya juga macam bro!

Aku : Ya Allah! Dah betul duit nuffnang aku sikit! Nak tipu buat apa! Lagi pun itu kan sampingan jer! Kalau ada maka adalah! Tak ada nak buat macam mana!

Blogger XY : Yer lah tu! Tak apalah! Tak nak kongsi bagitahu jer lah! Kan senang! Tak lah buang masa saya dekat sini! Saya boleh tanya orang lain! Okaylah! Bye!


Disini, aku nak cakap terus terang yang duit nuffnang aku tak banyak mana pun. Aku yang boleh cashout hari tu pun sebab alhamdulillah rezeki daripada Buffered Earning. Kalau nak harap click daripada blogger - blogger nih kadang - kadang tu banyak dan kadang - kadang tu sikit. Tapi, sangat susah nak dapat sampai RM4 ker RM5 ker apa ker!

Aku bukan tak nak kongsi tapi masalahnya apa aku nak kongsi? Kalau seminggu aku dapat atas RM10 ker dapat RM100 ker memanglah aku boleh berkongsi. Ini memang betul lah aku dapat kadang - kadang 50 sen kadang - kadang tak dapat apa - apapun. Followers blog nih memanglah kelihatan agak banyak pada korang tetapi diorang follow pun sama ada memang diorang nak follow sebab minat atau nak suruh aku follow diorang balik dan bukannya sebab nak click iklan nuffnang.

Dan disini juga aku nak cakap siapa yang tak suka dapat wang kan? Jadi, nuffnang nih sebagai sampingan jer. Aku tak jadikan dia mata pencarian aku untuk mendapatkan wang. Jadi, memang duit nuff aku tak banyak pun setiap minggu. Dan, disini aku nak bagitahu aku bukan tak nak kongsi atau kedekut ilmu pasal bagaimana dapat banyak income dengan nuffnang nih tetapi masalahnya dah memang income aku sikit. Hahaha!

Aku berblog nih sebab aku suka menulis! Aku suka merepek! Aku suka baca info - info baru! Nuffnang memang best sebab boleh bagi duit tetapi aku tak kejar sangat. Mungkin di awal - awal aku memang agak excited. Ialah! Kau hanya menaip dan kau boleh dapat duit! Tapi aku excited sekejap sahajalah! Jadi, jika anda bertanya dan bila saya jawab berapa seminggu saya dapat dengan nuffnang maka silalah percaya.

Buat apa aku nak bohong! Kalau aku bohong lepas tu nuffnang bagi RM1000 tak apa lah juga! Ini kalau bohong tak dapat apa buat apa! Buat tambah dosa jer sebab bohong! Kan? Okaylah! Mahu rehat! Assalammualaikum!

Sebelum tu gua nak ucap terima kasih pada yang sudi vote gua untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

43 ulasan:

  1. dia terdesak kot.. mungkin..

    dulu aku rajin bw, byk gak r duet dapat, tapi tu dulu.. sekarang dah tak rajin dah..

    BalasPadam
  2. Betul bro. Aku pun lebih kurang je. BE baru dapat dua kali. Alhamdulillah. Sekarang takda pun. relax je la. Benda sampingan, buat cara sampingan kan.

    Cheers bro!

    BalasPadam
  3. kalau kita suka menulis, benda2 lain tu sampingan je lah.. jgn kejar2 sgt.. aku skrg ni pun dah dekat setahun blogging, tak cash2 pun earning lagi. sikit je weh..

    Pendapat anda?
    blog Serol-Nizam

    BalasPadam
  4. sabar ye hans..

    biar jelh.. yg penting kau xtipu dan jujur... aku pun same aim blogging sbb mmg minat nk menulis tu yg wat blogkn...

    BalasPadam
  5. hahaha.. sabar je la..

    aku pun lebih kurang cam ko. kadang2 ada, kadang2 xde..

    BalasPadam
  6. aku tak penah kisah pun pasal earning aku.

    BalasPadam
  7. rasa mcm baru 1st time aku komen kat log hg kan?hahaha..aku silent reader jek..tapi aku dah kelik nuffnang hg..nanti dah cash out sila belanja aku makan..hahaha..:D

    BalasPadam
  8. ok klu ade org tanye BE tu ape? hehe

    BalasPadam
  9. xmenjamin pun...
    bukan semua follower suka bbaca blog dan klik iklan..

    BalasPadam
  10. dah berbulan2 nuffnangku hanya rm0.75.
    tak tau mcmana nak naikkan.
    huhuuh

    respect org yg selalu update blog ckp dah dpt cheque nuffnang. wow

    BalasPadam
  11. follower je ramai..yg singgah ciput je kot..

    aku la..bukan ko..

    BalasPadam
  12. Hehehe org tu dh rm3-4 seminggu pun x puas hati lg yek. sabaq2

    BalasPadam
  13. huhuhu..
    nak jugak dye tips tuh...
    dye dapat lagi banyak dari kite, nk mintak tips ngn kite lak kan..hahaha.

    BalasPadam
  14. ha ah, followers banyak bkan ade kesan smpingan kt nuff..chill je bro~ hoho

    BalasPadam
  15. Yang penting fan page di facebook . Sebab setiap kali kita post di fan page kita di FB pasti akan keluar di home org yg like dan mungkin diorang berminat nak tgk . Kawan juga memainkan peranan penting , sekali post fb mesti ramai yg akan tengok , ikut lah kawan lu brapa ramai . Kalau ramai lagi best . Kita sentiasa promote blog kita smpai betul2 popular mcm blog laen .

    BalasPadam
  16. samalah kita hans. kalau harap yg klik2 tu, paling banyak pun RM2 je penah dapat. nsib baik ada B.E, dapatlah kumpul lebih sket.

    mmg sampingan je duit dari blog. kalau ada, syukur, tak yah terkejar2 sangat. kan

    BalasPadam
  17. sbb tu ak tak suka follow
    ak suka letak link kat bloglist, mudah nk terjah balik
    mcm blog ko nih, sejak dari nov 2009 smp skang ak dtg,haha

    ak pun ada cerita bersama nuffnang dan BE
    http://penaberkala.blogspot.com/2010/11/kenapa-bloggers-suka-nuffnang-kenapa.html

    sekadar perkongsina, thanks bro atas saranan ko dulu utk reg nuff..klu lagi awal, lg untung kot

    apepun,teruskan berblogging
    ak suka baca entri kat sini
    byk info, jenaka dan berita
    nice blog

    BalasPadam
  18. cool brader...sis paham tuu...mmg la,org mcm dah setting mind yg kalu byk followers n visitors ni,nuff pun masyuuk aje.

    lantakle deme takmo pecaye..wat mengah kite je nk explain kan...

    sis dah vote kamooo...walopun sblom kamu suh vote ;)

    betoi ye kamoo yg calonkn sis?

    BalasPadam
  19. bkn ke org yg follow tu sbb dia suker bc blog kt n x menjamin nuffnang???

    me follow biler blog itu menarik n ade contest.. ^_^

    BalasPadam
  20. tu lah kita slalu pikir,org yg follow kita ni kebanyakannya yg xikhlas nak baca entry kita sbb kebanyakan dorang terdiri daripada 'i follow u,u follow lah i'.. xapalah at least ada lah bbrp orang yg setia baca blog kita

    BalasPadam
  21. kalau ramai klik byk ler duit.. hehe..

    BalasPadam
  22. susah juga kalau ada orang tak faham bahasa ni, boleh pening kepala kita dibuatnya huhu

    BalasPadam
  23. saya pun berapa je dapat. rezeki masing-masing kan. kalau lebih tuh alhamdulillah..

    betul tuh. Melayu sekarang memang berani. Berani mati jadi mat rempit last-last mati katak. Berani conteng arang kat muka bapak bila dah mengandung dan diberi kaunseling, bleh lagi senyum-senyum. Naik geram dibuatnya. Bangsa lain pun ada jugak tapi majoritinya adalah bangsa kita. tak taulah ape nak jadi.

    Latest Entri :
    Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari
    Jana Pendapatan Dengan Burung Walit

    BalasPadam
  24. haha...mesti hangin je kan cakap ngan org x pcaya camtu.tp btol la...rezeki BE ni kalau skali dtg mmg berbaloi

    BalasPadam
  25. tak kisah mane pun pasal nuff or follower..
    time rajin je ber'blogwalking'..
    yg ptg nawaitu biar btul..

    BalasPadam
  26. memang hangin kot kalau cakap tak percaya.

    fire je dia hans. :P

    BalasPadam
  27. sabar bro jgn marah nanti tak hensem..haha

    BalasPadam
  28. gua dapt 25sen pon da happy..hehe

    BalasPadam
  29. ish2.. budak maner la 2... mula2 nak tnya baek jew.. pastu tiba2 la ckp buang masa dia...

    BalasPadam
  30. mcm2 karenah skrg ni... nk buat duit baik kerja je, x yah berblogging.. saje je kan!

    BalasPadam
  31. hoho btul jgak tu.. jangan judge blog seseorang tu dengan jumlah followers. xde bukti yang sahih mengatakan followers yang ramai mempengaruhi jumlah pendapatan sesebuah blog. :) just my 20 sen..

    BalasPadam
  32. hans,bagi je penampor se das orang macam tu...da org cakap macam 2 x percaya2 lagi...

    BalasPadam
  33. huhuh.. betul tu.. follower bukan penentu traffic byk..
    cuma biasa folllower ramai, trffic meletop.. :)

    BalasPadam
  34. slm.pestime dropping by here..

    ahah..sy xsmp sbln pon de blog.ngade reg nuff gk.tp niat bkn nk tgk pndptn byk ke tak.sbb nk tgk traffic jer.sonok oh bl tgk,'eh,ade gk org msuk blog aku'.hehehe..sonok berblogging sb bole spill out n share ape je ngn org laen.bole eratkn slturrhim gk..

    http://semarakapi.blogspot.com

    BalasPadam
  35. kita pon xtahu kenapa kita blogging.
    kdg2 rasa nak gak duit from nuffnang.
    tapi, siyes biase2 jer.
    ade, ade lah. yg penting saya boleh tulis ape yang saya nak.

    BalasPadam
  36. aku pon same.. register nuffnang for trafic not for money.. insyallah kalo adew rezeki tuh tak kemane kn?

    BalasPadam
  37. HHmm...seriwangi pun hairan juga sbb blog you banyak follower, tak macam seriwangi ni baru beberapa org je. Tak taulah pulak Nuffnang tgk kat mana yg istimewanya blog kita sbb skrg ni seriwanggi tgk ada BE 3 iklan yg melekat. Seriwangi ni bukannya tau sgt pasal BE ni sbb baru je berblog beberapa bln belum merasa lagi duit dari Nuffnag. Seriwangi memang suka menulis dari dulu lg dan dah banyak kali buat novel dan buku kanak-kanak cuma sekarang dah slow sikit. Kalau ada rezeki tahun depan buku kanak-kanak seriwangi akan diterbitkan oleh DBP.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com