Jumaat, 12 November 2010

Kamu Tahu Bilakah Hari Curi Selipar Semalaysia?

Seperti biasa apabila tibanya hari Jumaat ia selalunya akan membuatkan jiwa si kacak(aku lah tu), para teruna dan jejaka serta pakcik dan atuk resah gelisah dalam keterujaan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid - masjid sekitar atau yang berdekatan dengan kawasan rumah masing - masing pada setiap hari Jumaat.

Teruja disini apabila sekali lagi diberi peluang untuk sama - sama beribadah secara berjemaah manakala kegelisahan disini apabila memikirkan nasib selipar atau kasut yang barangkali akan lesap atau pun 'berjalan sendiri' apabila mereka sedang bersolat. Lagi merisaukan jika selipar yang dipakai itu mempunyai nilai harga yang agak tinggi di pasaran.
Pada hari ini saja, beberapa rakan gua sama ada rakan sekolah, universiti atau pun di facebook mengeluh serta mengeluarkan kata - kata kesat di wall facebook masing - masing gara - gara selipar mereka sekali lagi menjadi habuan si pencuri - pencuri selipar yang berstatus pencuri amatur, separa profesional mahu pun sudah mencapai gelaran pencuri selipar profesional. Tak pasal - pasal hilang pahala sebab memaki si pencuri selipar yang tak berguna pada nusa dan bangsa tu. Hehehe!

Jadi, gua dengan ini menetapkan bahawa hari ini adalah HARI CURI SELIPAR SEMALAYSIA selepas mengambil kira jumlah kehilangan selipar yang meningkat mendadak pada hari yang bertuah ini. Jadi, disini gua ingin menyenaraikan faktor - faktor penyebab selipar anda dicuri atau hilang di masjid.

  1. Selipar yang kelihatan baru dan menarik perhatian si mata hitam pencuri. Mungkin mempunyai imej - imej yang ceria seperti gambar spongebob atau bintang. Elakkan memakai selipar sebegini.

  2. Selipar berjenama merupakan satu kesalahan besar jika anda memakainya sewaktu pergi ke masjid. Ini kerana selipar berjenama semestinya mahal dan ini sangatlah menarik perhatian si mata pencuri untuk menyampaikan maklumat ke otak mereka untuk menggerakkan tangan mencuri selipar berjenama terbabit. Elakkan memakai selipar sebegini.

  3. Ketidak sengajaan pemakai selipar yang tidak sedar mereka terpakai selipar anda. Ini berikutan reka bentuk, corak serta warna yang lebih kurang sama yang diletakkan berdekatan dengan kasut mereka. Jadi, tanpa mereka sedar mereka telah tersalah memakai kasut orang lain.

  4. Kasut si pencuri dicuri lalu mereka mencuri pula kasut anda. Ini juga sering berlaku kerana mereka malu untuk berkaki ayam sambil berjalan kaki atau menaiki motosikal untuk pulang ke rumah. Bagi mereka, imej lebih penting berbanding dosa mencuri. Sungguh menyedihkan.

  5. Terlupa lokasi sebenar kasut diletakkan. Ini juga suatu masalah yang seringkali menghantui si pemakai selipar sewaktu mahu pulang ke rumah. Kadang - kadang mereka meletak kasut mereka di tempat lain tetapi mencarinya di tempat lain. Memanglah tak akan jumpa dan di katakan hilang sebab lokasi selipar bukan di tempat yang dicari.

Hakikatnya, masalah kehilangan selipar di masjid memang sudah menjadi lumrah yang sentiasa berlaku di negara kita Malaysia. Dalam masa yang sama, ia secara tidak langsung memburukkan imej kerana kehilangan selipar berlaku di kawasan suci orang Islam iaitu masjid. Pelbagai kempen dan kesedaran telah dibuat untuk menyedarkan setiap orang tetapi ibarat masu telinga kiri dan keluar juga telinga kiri(maksudnya tak pernah mereka dengar pun).

Aku juga pernah menghadapi trauma untuk pergi ke sebuah masjid di Melaka sewaktu aku belajar di sana kerana 3 kali aku ke masjid dan 3 kali juga selipar aku hilang. Kali pertama kes ini terjadi membuat aku berfikir mungkin aku tersalah kerana memakai selipar berjenama.

Kali kedua aku fikir mungkin sebab selipar aku walaupun harganya murah  iaitu hanya berharga RM4 tapi kelihatan baru dan mahal. Jadi, ini secara tidak langsung menggoda nafsu si pencuri selipar untuk menyarungkan selipar itu kepada kedua - dua kakinya.


Tetapi apabila selipar ketiga di mana selipar di kaki kanan berwarna kuning dan bertompok - tompok manakala selipar di kaki kiri berwarna biru serta bertompok - tompok dan terpotong juga hilang maka aku memang terkelu dan tak mampu nak berkata - kata lagi. Cuma berdoa sahajalah agar selipar aku sentiasa selamat dan alhamdulillah selepas itu aku sudah tidak menghadapi masalah kehilangan selipar di masjid sehingga sekarang. Alhamdulilah!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

16 ulasan:

  1. haha tu la patut setiap hari jumaat selit ckit dalam khutbah, ingatkan 'bakal' pencuri selipar agak tidak mencuri hahahha

    BalasPadam
  2. aku pun kehilangan selipar..selipar croocs celup jerk pun..dah koyak pun stil ader yg nk rembat..hahahaha
    aku pun merembatla selipar orng lain untk aku tidak berkaki ayam pulang..pastu mingu depan aku pulang la balik selipar tu..ahaks....

    BalasPadam
  3. hans..

    laki ai kan pernah hilang kasut hantaran kawen...
    huhu sedih tau...
    laki ai tuh pie pakai kasut chantik mmg la pencuri suka...

    tapi apa kan daya.. masa tuh dia tak bawak seliper... kena pulak kerja luar...

    lastly balik pakai stoking je laa... hehehe

    sian laki aku..

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

    BalasPadam
  4. arghh, ak baca pun tensen
    dah 3 kali dah kena
    nasib badan, sigh

    BalasPadam
  5. hahha...sedih baca entry ni..sedih!!!!hari malang aku!

    BalasPadam
  6. "Kasut si pencuri dicuri lalu mereka mencuri pula kasut anda. Ini juga sering berlaku kerana mereka malu untuk berkaki ayam sambil berjalan kaki atau menaiki motosikal untuk pulang ke rumah. Bagi mereka, imej lebih penting berbanding dosa mencuri. Sungguh menyedihkan."

    Sia2 aje pergi sembahyang Jumaat... :))

    BalasPadam
  7. ada satu msjid kt tmpat aq ni macam ko la...komfem ade yg hilang kasut menjelang hari jumaat

    BalasPadam
  8. hans, kau tahu, kerja curi mencuri ni disebabkan satu selipar je actly.

    disebabkan selipar dia dicur, si mangsa curi selipar orang lain~
    dan begitulah akan berlaku pusingan curi mencuri!
    hahahahaha

    aku juga pernah jd mangsa dan pencuri!wakakakakaak

    BalasPadam
  9. haha! 2 la! laki mmg keje hlg slipo jelah kalo balik smyg jumaat!

    BalasPadam
  10. Hans,ko janganlah bersangka buruk..Mungkin diaorang buat main baling selipar ke..nanti dah sudah main diaorg pulangkan la..hihi

    BalasPadam
  11. ermm slipar jepun pun org kebas..apa lg slipar mhl2

    BalasPadam
  12. ahahah!
    beselah, padahal kat masjid kan..

    BalasPadam
  13. ahahah!
    beselah, padahal kat masjid kan..

    BalasPadam
  14. hahahahah... nice entri bro! Ustaz aku ada bgi idea r.. nk elak selipar ilng ni,pkai r sblah knan pattern lain, kiri pattern lain.. Ustaz aku ckp,ada gak yg ilng bila wat cm ni pon.. Then, try p ltak kasot kat 2 pintu masjid yg berlainan.. Kira nya sblah kiri kat pintu lain,yg kanan kat sblah lain.. Hahahha! buit still,ilang jgak.. :p

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com