Ahad, 21 November 2010

Kenangan Di Hostel : Bila Tiba Waktu Hari Minggu

Haih! 2-3 hari nih penangan entry Dr. Rozmey punya pasal sampai aku rasa macam kadang - kadang aku nih duta kecil dia pula. Hahaha! Baiklah! Apa - apapun, sekarang kan musim cuti sekolah jadi macam biasa orang kata sekarang nih lah musim mengawan sedang giat berlangsung. Musim mengawan yang dimaksudkan ialah majlis - majlis perkahwinan yang ada dimana - mana sahaja. Maaflah menggunakan ayat mengawan tu tapi itu bahasa kebanyakkan blogger. Maaf kalau ada yang tak selesa.

Tadi aku berkesempatan makan kenduri dekat sebuah dewan sekolah dan entah macam mana tiba - tiba aku teringat kenangan di hostel. Budak - budak yang tinggal di hostel dan bila hostel tu jauh dari rumah berpuluh - puluh kilometer mesti akan terasa sangat perasaan nih bila tiba hari minggu atau maksudnya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Perasaan rindu, seronok, dengki, sakit hati, cemburu dan macam - macam lagi akan terbit dalam jiwa masing - masing. Hah! Kenapa munculnya perasaan - perasaan macam tu?

 Rindu Sekolah Aku Nih!

Kepada yang tinggal di hostel selalunya pasti menanti kemunculan ibu bapa masing - masing untuk melawat mereka yang tinggal di hostel. Jadi, itulah sebabnya aku cakap akan timbul perasaan - perasaan macam tu. Contohnya bila aku belajar di Perlis dan yang malangnya dalam 2 tahun aku belajar aku boleh kira berapa kali saja aku boleh outing sebab warden - warden tak bagi keluar dan selalunya sebulan lebih baru dapat balik rumah jadi bila muncul perasaan - perasaan macam nih maka :-

Rindu :- Dapat melepas rindu berjumpa ibu bapa dan merasa makanan hasil air tangan ibu sendiri. Asyik makan nasi lemak warden Pak Rahman jer memang boleh buat lidah terasa jemu maka bila merasa makanan emak tercinta memang seronok betul.

Seronok :- Sangat seronok jika sewaktu berjumpa pada minggu itu, kita boleh bercerita macam - macam hal dalam masa beberapa puluh minit itu. Lagi manis jika kita ada meraih kejayaan dalam debat, sukan atau apa - apa pertandingan dan ini boleh dikongsi bersama keluarga. Paling seronok bila dapat duit belanja. Hohoho!

Dengki :- Perasaan dengki bila mak ayah kita tak datang pada minggu tu dan kempunan tengok kawan - kawan jumpa mak ayah sambil dapat makan sedap - sedap. Sumpah dengki gila! HAHAHAHA!

Sakit Hati :- Sakit hati bila kawan - kawan balik bilik lepas tu tayang - tayang makanan mak depa masak tapi makan sorang - sorang. Haram sungguh! Hahahaha! Kita dapat bau jer lah! Minta tak kasi! Tapi makanan aku dia minta aku bagi! Kalau kata menyesal bagi kang hilang pahala pula! Kehkehkeh!

Cemburu :- Rasa cemburu bila tengok mak ayah yang duduk jauh boleh datang lawat anak mereka sedangkan kadang - kadang terfikir mak ayah kita duduk tak sejauh mereka tapi tak datang. Biasalah! Syaitan ada di mana -mana dan suka menghasut. Haih!

Lucu :- Ketawa bila tengok ada kawan - kawan takut bila mak ayah datang. Rupa - rupanya kena marah sebab keputusan exam teruk. Hahahah! Lagi lawak kalau ada kawan - kawan yang berlagak macho atau gangster tapi bila mak ayah datang...alahai! Anak emak rupanya! Macam tak percaya pun ada. Ekekekeke!

Marah :- Bila kena kelentong dengan kawan - kawan yang cakap mak ayah kita datang. Bila berjalan punya jauh sampai dekat dengan tempat parkir kereta rupa - rupanya kena tipu. Hahahaah!

Takut :- Rasa takut selepas jumpa mak ayah! Mak ayah bagi makanan sikit jer dan suruh buat makan malam. Kalau bawa balik bilik pastu kawan - kawan minta...kalau tak bagi takut kena kata kedekut! Itulah perasaan budak - budak yang terpaksa bawa balik makanan ke bilik. Hahaha!

Apa - apapun, sangat seronok bila tiba waktu petang maka budak - budak dalam bilik akan diam secara automatik bila pembesar suara bergema mengumumkan nama - nama yang dicari oleh mak ayah masing - masing. Sumpah rindu kenangan tu sebab best sangat! Yehaaaa!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!



14 ulasan:

  1. hehe..
    entry yg best dan benar2 belaka..

    BalasPadam
  2. hahah..tetibe teringat time aku duk perlis lu...giler tetiap minggu rase jeles dowh tgk dak2 area situ balik umah....

    BalasPadam
  3. hahaha
    betul2!
    pnyelew sakit hati tgk mak bapak kwn yg dtg...

    BalasPadam
  4. hahaha.. sememangnya benar belaka.... saya lagi sedih walaupun rumah 2 km dari sekolah, family memang susah nak datang. yang jauh berbatu sllu je dtg. sangt jeles.. hhuuhuhu

    BalasPadam
  5. Ampa tak pa la makan nasi lemak pak rahman ja..

    kami ni..

    asyik mengadap panther aka ustazah azizah apa cerrr??

    hahaha memang best ingat zaman sekolah dlu

    BalasPadam
  6. bila baca entry ko apun pun tetiba teringat sekola balik rindu la...

    BalasPadam
  7. masa masuk matriks barulah merasa duk hostel. jarang sgt nak balik kampung bila hujung minggu sebab jauh. kawan2 sekampung pun ramai, kitorang lepak kat matriks jelah..aman sket tak ramai yg ada hehe

    BalasPadam
  8. masa tingkatan 1, 2, duk asrama mmg x best.
    bila dah tingkatan 4,5, baru rasa best.
    haha.
    XD

    BalasPadam
  9. baca entry ni trknang balik zaman duduk hostel...yg paling terasa...bab makan sedap2 yg emak selalu masak...;)

    BalasPadam
  10. kalau boleh nak jadi budak sekolah balek..hehe ;)

    BalasPadam
  11. teringat masa kat hostel tunggu nak cuti

    BalasPadam
  12. kenangan dok asrama memang best walaupun sy dok setahun aje.. hehehe..

    slalu dengar pengumuman bila ada 'pelawat' tu kita orang tukar jadi 'jerawat' ... hahaha..

    memang best dok asrama...

    BalasPadam
  13. haha.. memang life kt hostel macam2 kan... baru aku tau..n maybe mesti banyk lagi ragam...maklum aku xpernah tgl kat hostel,cz xley jaoh dng family...hehe...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com