Ahad, 14 November 2010

Pagi Karang Balik Kampung

Yeah! Pagi karang kena balik kampung sebab ada kenduri! Tak tahu apa perasaan sekarang sebab macam tak ada apa - apa pun perasaan!

Baru habis tengok Cerekarama. Nabil berlakon. Kisah pasal seorang yang suka cakap besar dan aku rasa aku pernah jumpa orang macam tu sewaktu dekat diploma. Jadi, aku gelak sorang - sorang jer tadi.

Tengok Malaysia kena belasah dengan China 3-0 dalam perlawanan akhir kumpulan untuk Sukan Asia. Tahniah lah sebab berjaya menjejak kaki di Beijing. Bukan semua ada peluang macam anda semua. Pergi balik ditanggung. Seronoknya melancong!

Sekarang rasa gian makan buah delima. Orang kata bila makan sebiji buah delima tak boleh kongsi dengan siapa - siapa sebab dipercayai salah satu ulas dalam buah tu ada ubat. Memang seronok makan buah delima. Yehaaa!

Esok nak balik kampung! Baru perasan kuku jari dah panjang! Kena bangun awal sebab nak potong kuku! Okaylah! Tidur dulu! Assalammualaikum!

P/S : Tak Sempat Nak Membaca Entry - Entry Beberapa Blogger Sebab Internet Sangat Lembap Dalam 2-3 Hari Nih. Apa - Apapun Terima Kasih Sangat - Sangat Pada Semua Yer! Baru Sedar Iklan Hitz.Fm Tu Keluar Tetengah Malam Jer. Hohoho!

3 ulasan:

  1. org potong kuku ari jumaat la hans.. >__<

    http://ishikosworld.blogspot.com/2010/11/107-its-november.html

    BalasPadam
  2. balik suruh driver tu bawka bas elok2..hehe

    BalasPadam
  3. sebut aja buah delima memang dah lama betul tak makan benda alah ni

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com