Sabtu, 6 November 2010

Terubat Rindu Nak Makan Gulai....Padahal Balik Esok! Muahahahahahaha!

Fuh! Aku tak tahulah kenapa minggu nih jer banyak kali aku keracunan makanan. Macam haram betul lah! Orang - orang sini masak tak bersih ker apa? Haih! Nasib tadi aku dapat fokus jawab exam sampai siap sebelum sakit perut kembali menyerang. Alhamdulillah tandas dekat Dewan Annex tu macam hotel 5 star. Memang boleh layan mengelamun sudah dalam tu. Muahahahaha.

Dari hari Khamis hari tu lagi aku mendapat jemputan dari kawan aku si Fitri yang suruh datang rumah dia hari nih sebab kakak dia kahwin. Alhamdulillah dengan bantuan rakan rumah aku si Fizi akhirnya sampailah aku dekat rumah si Fitri dekat Puchong tu. Sempat lah sembang sekejap sebab dia pun busy kan. Tengok menu dia dan bila terpandang gulai rebung tu...walawehhh! Berselera betul tekak aku! Aku kurang sikit rebung sebab aku suka gulai ubi tapi memandangkan dah lama tak berjumpa gulai maka memang gulai rebung menjadi terlampau sedap tadi. Memang dua kali tambah sudah beserta dua tempat makan yang berlainan. Hahhaha!


 Contoh Jer! Yang Tadi Sedap! Ini Macam Tak Jer. Muahahahaha!


Orang kata makan berubah tempat kahwin ramai. Iakah? Ahh, peduli apa aku! Aku laki! Kahwin ramai tak ada masalah lah. Ekekekeke! Padahal tempat di rampas waktu tengah menambah nasi. Terpaksalah duduk dekat tempat lain. Kuikuikuikui! Akhirnya sampai juga aku dekat rumah kawan aku tu. Dari diploma nak pergi tak pernah - pernah berpeluang. Alhamdulillah sampai juga. Tapi kalau suruh aku tunjuk mana rumah dia sumpah aku tak ingat. Hahahaha!

Sekarang tengah feeling gembira sambil mengacau manusia - manusia yang masih ada exam. Muahahahaha! Maklumlah, secara automatiknya sudah bercuti sebab semua final dah habis. Esok pagi balik Alor Setar. Yehaaaaaaa! Sekarang tengah berfikir nak basuh motosikal ker tak sebab tadi motosikal aku dengan kawan - kawan aku habis kotor. Tak tahu sebab apa.

Pagi tadi pun dapat memo daripada jiran yang parking kereta. Dia letak memo dalam raga motosikal aku dengan tertulis Supaya Aku Parking Motosikal Aku Jauh Sikit Dari Kereta Dia. Cess! Padahal hari tu dia rampas parking motosikal budak - budak rumah aku. Ikut hati macam nak gores jer kereta dia bagi calar. Ikut hatilah! Tak buat pun! Hahahahaa!

Okaylah! Nak bernyanyi - nyanyian kejap lah depan laptop! Chow Yun Fatt! Papai! Zhaijian!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

3 ulasan:

  1. perghh dah habis exam?
    tolong study untuk aku pulak ah
    haha

    BalasPadam
  2. SRI : Gila per study untuk ko...orang semua dah balik ko exam...wakakakakakakak

    BalasPadam
  3. mane nak cari kenduri kat sini. rebung apetah lagi. rindu makan gulai kawah T_T


    btw, have a safe journey back Hans :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com