Isnin, 13 Disember 2010

Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

Baru habis menonton filem seram The Screen di TV9 sebentar tadi. Sedikit seram kerana menonton seorang diri dan yang membuatkan seram tu sebab ada satu scene yang tiba - tiba sahaja hantu wanitanya bergerak sepantas kilas seperti mahu keluar daripada kaca televisyen. Fuh! Hahahahaha!

Apabila menonton filem seram atau pun filem hantu pasti apa yang diharapkan ialah filem itu mampu membuatkan atau menerbitkan perasaan takut di dalam diri masing - masing walaupun sebenarnya kita sendiri tidak suka dibuai perasaan takut atau seram tersebut. Jadi, apabila menonton filem seram sebentar tadi ia membuatkan aku terimbas kembali kenangan lama. Kisahnya bukan berkenaan hantu tetapi berkenaan sikap manusia itu sendiri.


Seingat aku terdapat lebih kurang 2 atau 3 orang yang mempunyai sikap yang sama yang ingin aku ceritakan dimana  pernah aku jumpa sepanjang aku belajar atau bekerja tetapi apa yang pasti aku hanya ingatkan 2 orang sahaja iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka mempunyai sifat yang sama yang membuatkan pada permulaan kita berasa kagum atau pun setakat mendengar tetapi apabila semakin lama kita kenal mereka maka semakin bertambah rasa menyampah di dalam hati. Hehehehe!

Budak pertama ialah seorang lelaki. Bagi aku beliau terlalu obses dengan hantu dan barang berharga. Sebut sahaja nama - nama hantu yang anda semua tahu dan semestinya dia kenal. Bagitahu sahaja tentang apa - apa sekali pun sama ada rasukan, bunian, histeria atau apa sahaja pasti dia berkata dia pernah mengalami semua itu. Pasti di dalam ceritanya akan dikait habis dengan datuknya atau neneknya dan kadang - kadang melarat kepada pakcik atau makciknya sendiri. Sebagai contoh sila lihat dialog di bawah :-




Budak XYZ : Kau tahu tak semalam ada seorang budak perempuan menjerit - jerit di hostel. Kata mereka yang lain kononnya dia histeria.

Budak ABC : Betul ker weh? Wah! Lepas tu apa jadi?

Budak XYZ : Entah! Dengar katanya panggil ustaz lah tok imam semua semalam! Tak tahulah kena sampuk apa!

Lelaki Obses : Itu kena sampuk dengan '%&%*' tu lah tu!

Budak ABC : Mana kau tahu?

Lelaki Obses : Aku pernah tengok dulu waktu datuk aku ubatkan orang! Datuk aku kan bomoh!

Budak XYZ : Owh! Iakah? Wah! Macam mana rupa benda tu?

Lelaki Obses : Rupanya macam '%&&(%&' tu lah lebih kurang! Pakcik aku pun pernah nampak!

Budak XYZ : Sejak bila kau ada pakcik? Bukan kau cakap dulu kau tak ada pakcik?

Lelaki Obses : Adalah!

Budak XYZ : Dulu aku tanya kau cakap tak ada. Ini ada pula! Pelik! Lagi satu datuk kau bukan askar ker? Bila masa pula dia jadi bomoh?

Budak ABC : Dah lah! Tak nak cerita lagi! Aku dah takut nih! Aku nak tidur dululah!


Itu sebagai contohlah! Apa yang pasti 'Lelaki Obses' tadi sebenarnya tidak mempunyai pakcik tetapi tiba - tiba watak pakcik itu diwujudkan untuk menyokong jalan ceritanya. Apabila diselidik memang terbukti lelaki obses itu menipu tetapi dia tidak pernah pula mahu mengaku semua itu adalah penipuan. Jika yang lain cuba mengajak dia untuk bercerita tentang penipuannya namun pasti dia bijak mengubah topik perbualan. Hebat kan?

Tetapi, bila difikir kembali aku masih boleh menerima kerana memikirkan tempoh berlaku hal itu sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Mungkin sekarang dia sudah berubah dan aku ingatkan tidak lagi akan bertemu orang seperti itu sewaktu meningkat remaja. Walaubagaimanapun sangkaan aku meleset kerana ditakdirkan bertemu lagi dengan orang seperti itu dan pembohongannya lebih dasyat dan penuh keyakinan.




Budak XYZ : Bagaimana kita nak selesaikan masalah kita ini? Aku tak kenal lah orang yang boleh bantu kita!

Gadis 'Benar' : Owh! U jangan risau! Pakcik I boleh bantu kita! Lagi pun dia memang tahu bab - bab nih!

Budak ABC : Wah! Pakcik U boleh bantu kita ker? Baguslah kalau macam tu!

Gadis 'Benar' : Lagipun I rasa abang I pun tahu juga benda - benda macam nih! Jangan risau lah! Kalau pakcik I tak boleh bantu abang I ada! Mereka semua pernah diiktiraf tahu atas hasil kejayaan mereka sebelum nih

Budak XYZ : Bukan ker U tak ada abang? U kan anak tunggal? Masa bila U ada abang pula nih!

Gadis 'Benar' : Eh, adalah! Bila pula I kata I tak ada abang!

Budak XYZ : Hari tu U kata tak ada! I ingat lagi!

Gadis 'Benar' : Apa masalah kita tadi? Biar I call pakcik I tengok! Boleh I tanyakan dia!

Budak XYZ : .........................


Itu sekadar contoh mudah yang aku cuba letakkan untuk lebih mudah buat anda semua memahami. Apa yang aku mahu kemukakan disini ialah tentang satu persoalan iaitu kenapa 'Lelaki Obses' dan 'Gadis Benar' ini suka mengada - adakan benda yang sebenarnya tidak pernah pun wujud di dalam hidup mereka. Kadang - kadang mereka tahu pembohongan mereka sudah terbongkar namun mereka masih sedaya upaya cuba menyembunyikan pembohongan mereka itu.

Kadang - kadang ada yang cuba berlagak seperti si kaya namun hakikatnya kehidupan keluarganya tidaklah seberapa. Kadang - kadang ada juga yang cuba menunjuk pandai walaupun sebenarnya dia hanya biasa - biasa sahaja. Itu mungkin masih boleh diterima tetapi apabila mereka ini yang tidak kaya atau tidaklah sebijak mana pun tiba - tiba berlagak seakan - akan berharta dan tahu segala macam perkara dan sanggup merendah - rendahkan orang di sekeliling mereka yang sebenarnya jauh lebih bijak dan berharta dari mereka membuatkan aku rasa janggal. Apa sebenarnya yang mereka fikirkan?




Mahu dipandang hebat? Mahu diri dihormati? Tetapi, rasa - rasanya cukuplah bersandiwara apabila pembohongan terbongkar. Aku berasa pelik kerana walaupun pembohongan mereka telah terbongkar dan mereka sendiri pun menyedarinya tetapi sifat itu masih tidak dapat dikikis dari dalam diri. Sukar sangatkah? Entahlah! Hanya mereka mengetahuinya dan akhirnya mereka yang malu sendiri. Apa - apapun, mungkin mereka sudah berubah dan jika berubah alhamdulillah!




Bagi aku biar siapa pun kita sama ada kita ini miskin atau kurang bijak atau pun digelar budak kampung sekali pun namun menjadi diri kita sendiri adalah lebih bererti daripada menipu diri sendiri semata - mata untuk dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Yakinlah anda sebenarnya mempunyai sesuatu kelebihan yang tidak ada pada diri orang lain.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Cepat! Tinggal Beberapa Hari Sahaja Lagi!


52 ulasan:

  1. alamak!! terlepas cerita hantu tuh!! adeiii!!!! oh yea.. pasal kisah.. lelaki obses n gadis benar n.. agaknya depa ni kurang kasih sayang kowt~ hehe~ kidding sajep~

    BalasPadam
  2. mendalam maksudnya entri kali ni
    sarat dgn nasihat dan peringatan
    thanks bro

    ak ada kelebihan tak? haha
    apepun yg kita ada, perlu bersyukur kan?
    apa yg kita tiada, perlu diusahakan bukan diada-adakan

    BalasPadam
  3. aku ada sorng kawan. kalau bercakap mesti nak menang.. even apa yg dia cakap tu macam betul.tapi aku still ada ragu2 gak.haha..

    Pendapat anda?
    Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

    BalasPadam
  4. nilah yg dimaksudkan dengan, penipu akan terus menipu..utk tutup pembohongan di yg pertama kali, dia akan menipu utk kali ke 2 dan seterusnya..rasanya setiap drpd kita pon tak lepas dari buat bnda camni..=p

    Jejaka Terhangat: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Merokok..!!

    BalasPadam
  5. Ayat last tu terbaik... Jadilah diri sendiri... Aku ni aku ke? he3

    BalasPadam
  6. gue kalo tgh ckp..
    tiba2 ada confuse..
    malas dah nak layan..
    heheee

    BalasPadam
  7. Kes bohong neh susah nak dibendung,ramai dikalangan kita berbohong dengan bersebab..
    biaselah terutama melayu "bohong utk menjaga hati"
    terlalu takut untuk berterus terang, kadang2 takut utk melukakan hati kawan..

    BalasPadam
  8. haha..ni kes pasal orang cakap nak lebat la ni..memang ramai orang camgini sekarang..macam semua benda dia tau..Kiz pun menyampah ngan orang camni..benda-benda ni sebenarnya memang realiti kehidupan sekarang..

    hmm..

    BalasPadam
  9. diorg teringin nk ahli keluarga baru kot.. haha

    BalasPadam
  10. gua ada kwn opis yg mcm tu...
    gua giler tekanan nk layan citer dia..
    pot pet pot pet all the time..
    sumtime tahap kesabaran den xde...
    huh~

    dia lebih kurang mcm nie ar;

    masa kecik, kalau dia tampar pokok kelapa, dedaun kelapa tu akan berguguran. bila dh besar, kalau dia tampar pokok kelapa tu, akan keluar api...
    dia kalau tampar org, serta merta org tu akan mati..

    *ntah benar, ntah tak...

    BalasPadam
  11. dpt plak yg cerite tu muke konpiden giler. hehe

    BalasPadam
  12. mungkin untuk tarik perhatian? kurang kasih sayang?eheeeee..kita n kwn kita pernah kantoikan ada sorang minah nih,sangat kelakar muka dia apabila terkantoi,itupun still xmengaku lagi dia menipu..wutevar lah, last2 dah malas nak layan citer dia..

    BalasPadam
  13. Citer antu? KAt tv3? Biler ni? Cmne akk leh terlepas plak ni...Ish,ish,ish...

    PAsal org2 yg obses ni akk sokong 102%...hehehe...

    Akk slalu la sgt jumpa org2 cmni Hans...Agak2 tak tahan nak dengar diaorg gebang lebih2 sgt, akk pasti akan memblahkan diri jauh dari org2 yg sebegini..Lagi di layan, lagi 'panassss' je rasanye...Hehehehe

    BalasPadam
  14. Sadis,sadis btol kalo jmpa org cmni kan...ahaksss

    BalasPadam
  15. haha...memang sakit hati gilaa kan kalo rmai sangat manusia yg bperangai macam lelaki obses ngan gadis benar tuh?...geraaaammm jee rasa macam nak cili mulut dyorg tuh...hahaha...

    BalasPadam
  16. biase le tue hans..ade je orang yang cerita taknak kalah nie..selalu tipu diri sendiri akhirnya terkantoi..malu seumur hidup..

    BalasPadam
  17. haihh.
    da penat da jumpe org mcmni.
    menyampah ase! haizz. saba jelaa.
    jgn dipikirkan mereka2,janji kita ni x jd mcam mreka.

    BalasPadam
  18. haha,macam akak angkat ko je ni,cakap berape api nk tolong,ade kawan yg hebat2 tapi habuk pon tarak,shotin pon tk pergi!macam kekasih lame pon ade jgk,sbb die kan sme mende die tahu sme mende die pernah,bak kate die dalam kelas 'i pergi tmpt ni','oh i tau','pakcik i keje situ'serba serbi nak tunjuk die tau,tapi tkla pandai sgt pon.
    org macamne pshyco kot,idup dalam khayalan sndri yg akhirnye mmg mnyusahkan org len je

    BalasPadam
  19. buat kiter pikir lagi n3 kali ni.....thanks for share... :)

    BalasPadam
  20. gadis gula - gula : mungkin lah kut

    penaberkala : entry motivasi tak ko rasa nih>?hehehe

    nizam : sama lah..orang macam nih kalau diorang cakap aku susah nak percaya walaupun betul..hahaha

    jejaka terhangat : rasa2 semua orang pernah menipu dalam hidup tetapi dalam hidup aku belum pernah menipu sampai tahap annoying macam dalam entry aku kali ini

    De Crewz : thanks

    BalasPadam
  21. mie : hahahaha...kenapa xlayan kan je?ekekeke

    ezzedin : yang ko cakap tu bohong jenis lain..entry nih lebih kepada bohong untuk meninggi diri...

    kizz : yes..anda memahami entry ini..hahaha..memang skrg ramai suka cakap lebat kan?

    izulman : adess...hahahaha

    pearls : ekau bancuh horlick letak racun tikus kasi orang tu minum...hahahaha

    BalasPadam
  22. macy : jenis2 macam tu muka semua confident...hahahaha

    rossoneri : hahaa...situasi ekau sama la macam den..dah kantoikan tapi still menipu lagi.hehehe

    adialuze : xpenah jumpa?wah,hebat..syukur la sis xjumpa

    Ad : hahaha..cili jgn tak cili

    Lalink : entah apalah diorang dapat kan?

    BalasPadam
  23. Syed : mana ada ku fikir pun...just share n hope if ada someone yg macam nih harap2 diorang berubah..sebab hakikatnya orang xsuka kita berperangai macam tu...kan?

    nunu aisha : hahaha...marah betul ko dekat akak angkat ko tu kan?ekekek...yang kawan baik ko tu rasa2nya sekarang dah okay..melalui pemerhatian aku la..hehehe

    azi nur : welcome...hehehe

    BalasPadam
  24. aku ada gak kawan yang jenis macam tu. gebang lebih. padahal loser. huhu

    BalasPadam
  25. kalau me, orang yg ckp besar ni tapi habuk takde tu layan kan je lah.. mlz nk lawan balik.. at the end, dia nk menang jugak kan.. so dari situ, kita dah tau dia ni spesis mcm mne... huhuhuuhhuhu..

    BalasPadam
  26. semua manusia ada perasaan ingin tahu dan suka benda2 suspen.. itulah pasalnya kita suka tengok cerita hantu walaupun kita tahu kita akan dibebani dengan perasaan takut

    BalasPadam
  27. aku pon ada sedara yang perangai sebijik macam ni...

    bila kita ceta, dia pon pernah alami benda cm ni, xpon sedara2 dia yg pernah alami...

    dasyat tuuuuu...

    TERKINI: UPDATE: BLOGGER@TIMES SQUARE MEET UP~CIK EPAL PON JOIN WOOO

    BalasPadam
  28. biasa ar hans, manusia tu ada macam2. kadang2 tuhan bagi kita jumpa manusia yang parangai huduh ni utk suru kita berfikir dan jadikan diaorng ni panduan dan sempadan.

    BalasPadam
  29. syuwai pun da kawan cam ni..lelaki.

    kunun2x dia ada penyakit itu la, ini la..

    ada 1 kali tu dia ckp baru jew lepas 0prati0n tp sakali teng0k masa petang2x tu jugak ada dia ampai2x d0k main bola..ceh~

    BalasPadam
  30. kekadang penipu ni, sebab dia terlalu duk tipu, last-last dia sendiri yang menyatakan apa yang dikatakan dia sebelum ni adalah tipu.

    dia duk pusing-pusing last-last balik semula.

    BalasPadam
  31. ceq tak suka betoi dgn org cakap besaq.. dah tu, buat tau ttg segala benda.. meluat aih!

    BalasPadam
  32. waa... x sangka orang yang desperate macam ni ada kat merata2 tempat rupanya...

    BalasPadam
  33. saya pun ada kawan seperti lelaki obses dan gadis benar ni ..dan saya sangat menyampah dengan mereka .Haha ^^

    BalasPadam
  34. hmm....biaselah..manusia ade pelbagai jenis warne warni yang mencorakkan dunia kan :)

    BalasPadam
  35. Ini namanya kaki kencing..Orang paling best untuk dikutuk dalam hidup aku ni..hehe

    Kalau nak mengenakan orang kaki kencing ni,senang je..Macam ni aku ajar hans...

    Biasanya orang kaki kencing ni bro,dia mesti ada trade mark untuk memulakan cerita...Sebagai contohnya"Aku bukan nak cakap apa la","dulu aku pernah kena macam ni","oh pak cik aku bla bla bla..." ni antara contoh ayat yang biasa diaorg guna (lain org lain cara).

    Apa patut ko buat,ko ajuk balik je apa yang dia cakap dengan cara menyerapkan segala percakapan dia kat dalam percakapan ko (masa dia ada)..baru rasa menganjing sikit..

    Ko guna je trademark dia tu setiap kali dia ada..Kalau dapat pakat dengan kawan2 lagi best..

    P/S:P:Org macam ni dia tak kan insaf,jadi kita preasure dia sampai dia insaf..terbaik

    BalasPadam
  36. Betul tu jadi diri sendiri adalah yang terbaik plus sedia mendengar pendapat orang lain!

    BalasPadam
  37. haha.. lawak la dialog kat entri ni..

    BalasPadam
  38. b urself.mmg btl ungkapan b urself tu.cume biar la pada tmpt.biar pd perkara positif.kdg2 org slh guna ungkapan tu.degil ke taknak dgr kata ke payah jugak tu.sbb ape.sbb pkai prinsip b urself.heh..

    yg psl org ckp nk lebih dr org tu biasenye die nk dipandang hebat.nak kan perhatian org.nk nmpk die mmg byk knowledge.xsalah mende tu.tp jgn la smpai terjerat diri sendiri kan.hehe

    BalasPadam
  39. zikery : hahahahaa

    misz : den kadang2 den persoalkan balik

    sw3tdarling : yups

    gksb : haahha..sedara terus hang...

    tuan penasihat : betul tu

    syuwai : itu spesis lain plak dah tu...hahaha

    izzat : betul3

    eny : hahaha..cheq pun meluat

    red : ada merata ja

    alia : hahaha...ada ke orang xmenyampah?heheheh

    Eman : gebang lebih orang cakap..hehehe

    Adam : erk?

    Tun Teja : betul tu

    P.K.E : aku dah pernah buat dah apa ko suruh tu.,..heheheh

    Yousuf : betul4

    Ezany : lawak ekk dialog tu? den rasa cam serius jer..ekekeke

    Dyna : yups... be yourself di dalam entry nih mestilah ke arah positif

    BalasPadam
  40. entri nie menarik...terus suka n follow

    BalasPadam
  41. penat la kalo jumpe orang macam nie kan
    asik nak menang je
    huh~

    BalasPadam
  42. biasala tu..manusia kan ada ego masing2...kelemahan semua manusia

    BalasPadam
  43. Ramai sangat kewujudan orang seperti ini.. Dalam blog pon kadang-kadang ada cuma kita tak tahu saja.. Lama-lama kenal baru kita nampak.. Hmmmmm.. Mungkin rasa untuk nampak diri tinggi dan besar barangkali..

    BalasPadam
  44. inila manusia!


    jrg nak jadi dr sendiri.

    BalasPadam
  45. woot!! seram haha..nway nice entry.

    BalasPadam
  46. selalunya aku kumpul je point diorang.. agak2 salah cakap je terus bagi combo sampai terdiam hahaaha

    BalasPadam
  47. perangai~~ ya saya pun ada kwn dulu yg kononya sixth sense. masa tu budak2 lagi. sume dak2 pun takot lah.. dok percaya bulat2 dia ckp apa. las2 ada satu insiden berlaku kat dia, tiba2 dia kata dia bukan sixth sense dah.. LOL boleh plak kan? manusia ni mcm2. nk jd berpengaruh sanggup ada2 kan benda yg takde.

    BalasPadam
  48. biasalah hans, manusia mcm ni memang tak boleh tgk org lebih dari dia..ni klau jiran sebelah rumah beli TV LCD yang 4 kaler tu dia pun meroyan nak beli gak....huhuhu

    MUSH

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com