Rabu, 8 Disember 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 37

Siti Nurbaiyah pun berjalan dengan megahnya masuk ke dalam padang sambil tersenyum penuh makna kepada Firdaus yang hanya memerhatikan sahaja gerak - geri perempuan yang paling dibencinya itu antara acuh dan tidak manakala Asyraff pula mulai susah hati apabila memikirkan kembali keputusan yang dibuat olehnya sebagai ketua pasukan dengan membenarkan Siti Nurbaiyah bermain di dalam kumpulannya itu.


Asyraff : Betul ker tak apa yang aku dah buat nih? Boleh kah si Baiyah tu main? Adoi! Matilah  aku macam nih kalau pasukan aku kalah hari nih!

Firdaus : Hoi, Acap! Kau tunggu apa lagi tu? Cepatlah mula! Hah! Mana striker kumpulan kau yang hebat sangat tu? Hahahaha!

Asyraff : Eh, mana Baiyah nih? Eh! Hoi, Baiyah! Yang kau pergi duduk dengan penjaga gol tu buat apa? Posisi kau dekat sini lah! Adess!

Siti Nurbaiyah : Eh, kenapa aku kena duduk dekat situ? Aku kan penyerang! Sinilah tempat aku kan? Ker aku salah?

Asyraff : Mana ada penyerang duduk dengan penjaga gol pasukan sendiri! Adess! Sinilah!


Tiba - tiba kedengaran jeritan daripada Elmyra di luar padang...

Elmyra : Hahaaha! Baiyah! Kau nih kadang - kadang bengong juga kan? Hahaha!


Siti Nurbaiyah hanya memandang sahaja wajah Elmyra dengan pandangan yang penuh kemarahan. Kalau ikutkan hati mahu saja Siti Nurbaiyah memberikan tendangan percuma kepada Elmyra kerana mengutuknya di hadapan orang ramai tetapi kerana Elmyra kawannya maka dibuang terus sifat marahnya itu.


Siti Nurbaiyah : Cess! Tak guna punya perempuan! Owh, dekat sini ker Acap? Alamak! Sorry! Aku tak tahu lah pula!

Firdaus : Hahahahaha! Itu lah aku dah cakap dekat kau Acap! Tempat perempuan nih bukan dekat sini lah! Tempat dia dekat dapur tu hah! Degil! Main bola pun minah nih tak tahu ada hati juga nak main! Hahahahahaha!

Pemain - Pemain Lain : Hahahahahahaha!

Asyraff : Baiyah! Kau okay ker tak nih? Kau relaks jer beb! Biasalah! Dia tu memang psycho sikit!

Siti Nurbaiyah : Walaupun sebenarnya aku rasa malu gila nih tapi tak apa! Kau relaks jer bro! Tahulah aku ajar M.P.B nih!

Asyraff : M.P.B? Apa tu?

Siti Nurbaiyah : Mamat Perasan Bagus!


Pritttttttt! Wisel ditiupkan. Permainan bermula dengan kedua - dua pasukan saling berebutkan sebiji bola putih di atas padang rumput yang menghijau itu. Nampaknya pasukan bola sepak kumpulan Firdaus menyerang bertubi - tubi kubu pasukan Asyraff tanpa henti. Sudah 10 minit Siti Nurbaiyah bermain namun dia masih belum berpeluang untuk menendang bola walaupun sekali.

Tiba - tiba sebiji bola berhenti betul - betul dihadapannya. Siti Nurbaiyah tergamam seketika dan bertambah terkejut serta takut apabila melihat Firdaus meluru ke arahnya seperti seekor singa yang sedang menerkam mangsanya. Siti Nurbaiyah ditolak oleh Firdaus sehingga terjatuh ke atas tanah.

Siti Nurbaiyah : Adoi! Sakitlah! Apa nih main kasar! Tak guna betul!

Asyraff : Kau okay ker tak nih Baiyah! Kalau tak okay kau keluarlah! Risau aku tengok kau nih!

Siti Nurbaiyah : Tak apa! Aku okay jer! Kau jangan risau! Aku memang betul - betul tak puas hati lah dengan mamat tu! Aku mesti balas balik!
Siti Nurbaiyah pun kembali bangun dari jatuhnya dan bermain semula seperti biasa. Dilihatnya Firdaus sedang leka membawa bola lalu dia berlari sekuat hatinya ke arah Firdaus dan....GEDEBUK!


Firdaus : Hoi! Apa hal kau nih! Main kasar nampak! Tak puas hati kah?

Siti Nurbaiyah : Wekkkkkkkkk! Padan muka kau! Hahahahaha!


Siti Nurbaiyah membawa bola dengan lajunya dan beliau sudah sampai ke pintu gol namun tiba - tiba beliau telah dijatuhkan oleh seorang ahli pasukan Firdaus. Pengadil perlawanan mereka pada hari itu yang langsung tidak bertauliah, Bob telah membuat keputusan untuk memberikan sepakan penalti kepada Siti Nurbaiyah.

Firdaus : Hoi! Pengadil! Makan suap ker apa? Aku tadi jatuh dia tak tiup wisel pun! Ini perempuan tu jatuh dia tiup wisel pula! Cis!
Asyraff : Baiklah! Aku akan ambil sepakan penalti nih!

Siti Nurbaiyah : Bagi aku lah! Aku nak jaringkan gol!

Asyraff : Eh, aku rasa baik aku lah yang sepak! Lagipun ini penting nih Baiyah! Kalau tak gol macam mana?

Siti Nurbaiyah : Jangan risaulah! Ini Baiyah beb! Mesti gol punya! Tak percaya kau tengoklah!

Asyraff : Owh! Baik! Moga berjaya!


Siti Nurbaiyah mengambil tempatnya. Direnungnya bola itu dalam - dalam sambil mulutnya terkumat - kamit membaca sesuatu. Mungkin doa atau jampi serapah rekaannya sendiri! Siti Nurbaiyah mengambil nafas. Disedut nafasnya itu dalam - dalam sambil matanya dipejamkan. Dihembus nafasnya itu perlahan - lahan sambil membuka kelopak matanya. Dia kemudiannya berlari ke arah bola itu lalu sepantas kilat lalu menendangnya sekuat hati.


Elmyra : Gollllllllllllllllllllllllllll!

Firdaus : Alamak!

Asyraff : Wah!


To Be Continue.........


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

14 ulasan:

  1. terernye Baiyah..haha, tergamam si Firdaus tu.
    ~Iqah Irah

    BalasPadam
  2. hebat nya baiyah tuu.
    ekekeke.

    lawa takk?
    ada mcm lisa surihani?

    :P

    BalasPadam
  3. Uish...da lama ak x bca cter nih...da start blek or k yg terlepas?? (konpius)

    BalasPadam
  4. lamak..
    ak ade tertnggal lew..
    so..
    agak tdak paham..
    hehehehehee

    BalasPadam
  5. SS tak de ke?
    mamat syok sendiri..

    BalasPadam
  6. cte ni aku dh lupa kejab nk tgk balik episod yg lps2...

    BalasPadam
  7. Waaa...Ni first time akk baca ni..biler nak bukukan citer ni..Teringin beli yg dh berjilid...

    Lepaih ni nak bc dr mula laaa (Kalo ader masa la ye dik ^_^ )

    BalasPadam
  8. Jgn risau...KAlo reganye berpatutan, Insyallah akak beli...Ahahahaiiii... :D

    BalasPadam
  9. gol ke tak sebenarnya.. confuse aku. hahaha

    BalasPadam
  10. hans. terbaik. guwa bg lima bintang

    BalasPadam
  11. hurm,ade lg cerpen ni ye..rajen betul kamoo...buatla satu buku/novel ;)

    BalasPadam
  12. cerita sendiri ke? menarik juga ya. kalau ade sambungan nt jangan lupa alert

    BalasPadam
  13. http://3.bp.blogspot.com/_1LzuZUkZbV0/TOyX--M1EhI/AAAAAAAAAI4/o6KW2pfvoW0/s1600/sila%2Bhantarkan-.JPG

    BalasPadam
  14. wah! msuk jgk baiyah ni sepak? hahaha hebat jgk pmpuan ni

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com