Rabu, 29 Disember 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 41

Siti Nurbaiyah berasa risau apabila melihat sifat amarah Pakcik Rosman yang sedang erat menggengam tali pinggang berwarna hitamnya itu lantas dia cuba bersuara dengan selembut mungkin agar dapat melembutkan hati Pakcik Rosman yang sedang panas membara ketika itu.


Siti Nurbaiyah : Maaf pakcik! Bukan salah Myra tetapi saya yang seronok sangat bermain tadi sampai terlupa nak balik! Saya minta maaf yer pakcik!

Pakcik Rosman : Aku tak cakap dengan kau Baiyah! Kau pergi balik sekarang! Kalau tidak dengan kau sekali merasa habuan dari aku! Hah! Kau! Datang sini cepat! Makin aku biar makin teruk jadinya kau nih!

Siti Nurbaiyah : Pakcik! Mana boleh pakcik buat macam nih! Myra tak salah pakcik! Saya yang bersalah! Saya merayu pada pakcik jangan lah buat begini dengan Myra. Saya janji selepas nih saya akan hantar Myra pulang lebih awal. Sumpah!

Pakcik Rosman : Berapa kali aku nak bagitahu kau? Urusan keluarga aku kau jangan  masuk campur! Sebab dia berkawan dengan kau lah dia dah pandai nak menentang aku! Dia dah pandai nak kurang ajar dengan aku! Aku kata lebih baik kau balik! Kalau tidak memang kau dapat habuan aku! Myra nih anak aku! Tahulah aku mengajar dia!

Elmyra : Saya bukan anak pakcik!

Pakcik Rosman : Owhhh! Kau sekarang dah pandai nak melawan aku yer! Nah rasakan habuannya!


Libasan demi libasan diterima oleh Elmyra sebagai hukuman daripada ayah tirinya yang sememangnya terkenal di kampung itu sebagai seorang yang panas baran. Makcik Latifah hanya mampu menitiskan air mata sahaja memerhatikan anak perempuannya yang merayu - rayu meminta belas ihsan daripadanya supaya datang menyelamatkannya daripada terus dibelasah dengan teruk oleh suaminya yang memang langsung tidak boleh ditegur apatah lagi dibantah. Putih katanya maka putihlah juga jawapannya. Siti Nurbaiyah yang tidak sanggup lagi melihat Elmyra dipukul sedemikian rupa lantas berlari dan menolak Pakcik Rosman dengan sekuat hatinya.


Siti Nurbaiyah : Pakcik! Pakcik tak patut buat begini! Elmyra nih budak yang baik! Pakcik tu yang patut ubah diri pakcik! Jangan asyik berjudi dengan mabuk sahaja! Jangan jadi seperti peribahasa 'ketam mengajar anaknya berjalan'!

Pakcik Rosman : Kurang ajar punya budak! Kau siapa nak menegur aku? Kau ingat kau dah pandai sangat! Memang patutlah anak aku jadi kurang ajar! Ini semua sebab dia berkawan dengan kau! Nah, rasakan habuan kau!


Kini, keadaan menjadi sebaliknya kerana Siti Nurbaiyah pula yang menerima libasan tali pinggang itu kali ini. Menjerit Siti Nurbaiyah kesakitan gara - gara libasan yang singgah ditubuhnya itu benar - benar menyakitkannya. Makcik Latifah yang terkejut dengan tindakan agresif suaminya itu lantas berlari dan cuba menghalang tindakan suaminya itu.


Makcik Latifah : Sudah - sudahlah tu bang! Jangan sampai anak orang pun abang nak pukul!

Pakcik Rosman : Memang mereka nih nak kena ajar. Kecil - kecil dah melampau! Berani kurang ajar dengan aku nih! Dekat sekolah cikgu mereka ajar macam nih kah? Biadap betul!

Makcik Latifah : Abang tu yang salah! Semua nih takkan berlaku kalau bukan sebab sikap abang selama nih!

Pakcik Rosman : Kau jangan nak mengajar aku! Kau dengan anak kau sama jer! Nah, rasakan!


To Be Continue.........


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 


13 ulasan:

  1. sian jee. hans,episod sampai bape nih? heehee :P

    BalasPadam
  2. cerpen bersiri ke ni bro?

    bro.. jemput join kontes kenangan kat sini .. http://fyzals-territory.blogspot.com/2010/12/yang-termanis-dan-terpahit.html

    BalasPadam
  3. kesiannye nye depa~~lagi sambung kah...ayoo hahaa

    BalasPadam
  4. adeyh
    sowie2!
    aku dh lama tak ikut..
    so..
    x ingt apa2 dah..
    hahaha

    BalasPadam
  5. smpai semua kena libas.. sian2..

    BalasPadam
  6. aduyai..teghuk.. btw. jom join forum komuniti buat bloggers. http://syoknyerblogging.4forum.biz/

    BalasPadam
  7. best kot.
    ayat digunakan simple but nice.
    hehe.
    x sabar nak tunggu seterusnya.
    kip it ap!!

    BalasPadam
  8. SEKALI BAIYAH SOUND agak pedas jgk.. haaha

    BalasPadam
  9. bila nak sambung ni?hehe.. tak sabar dah..

    BalasPadam
  10. dah boleh dah ni bagi skrip kat penerbit filem u call me ok hahah

    BalasPadam
  11. kesian...kesian.....jadi mangsa kemarahan.

    BalasPadam
  12. ni kalau hantar kat Alaf 21,,boleh jadi novelis encik Hans ni... mesti Lisa Surihans bangga...huhu~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com