Sabtu, 11 Disember 2010

Apabila Membaca Tanpa Cuba Memahami Isi Maka Lainlah Jadinya

Fuh! Baru habis menonton filem Bollywood di TV3 sebentar tadi. Tajuknya Anamika dan memang seronok sebab tak pernah menonton lagi filem itu. Nampaknya pada setiap petang langit yang cerah akan berubah menjadi mendung. Barangkali akan hujan nampaknya.

Baiklah! Berbalik pada tajuk entry pada kali ini yang rasanya tidaklah berbunga - bunga atau sukar untuk difahami. Membaca tanpa cuba memahami itu memang selalu terjadi di antara kita. Selalunya kita menerima sahaja apa yang kita baca atau pun kita telah meletak satu tembok di antara pemikiran kita dan pemikiran orang lain. Bagi kita apa yang kita cakap itu adalah betul dan walaupun kadang - kadang apa yang orang lain cakap itu ada benar dan logiknya tetapi kita masih menolak kerana merasakan diri kita betul.

Hakikatnya, kebanyakan orang ada sifat ini dan tidak terkecuali juga aku. Ingin juga aku mengulas disini bahawa kehidupan di zaman sekarang semakin berbeza berbanding dahulu. Cara mendidik itu kena lebih bijak. Tidak salah untuk memarahi atau menasihati cuma jangan biarkan perkara itu memakan diri atau memusnahkan orang - orang yang anda sayang jika anda salah menggunakannya.

Buktinya ada di depan mata. Bukan semua cara itu mampu menyelesaikan masalah. Kadang - kadang kita kena mengakui cara kita tidak sesuai untuk dipraktikkan oleh semua orang. Berkenaan entry sebelum ini bukannya bertujuan untuk mengajar anak - anak muda supaya bersikap kurang ajar atau sebagainya yang negatif tetapi cuma sebagai satu pengajaran. Sudah namanya anak itu berfikiran mentah. Jika ada yang pandai berfikir baik buruknya tindakan mereka itu alhamdulillah namun jika terus ikutkan hati alamat padah yang menanti.

Jadi, kepada yang membaca tapi tidak cuba memahami atau pun buat - buat tidak faham atau merasakan anda ada cara yang lebih bagus itu terpulang kepada anda. Kisah yang ditulis itu ialah berdasarkan pengalaman beberapa rakan yang dikenali oleh ku. Ada yang berjaya dan ada yang hanyut gara - gara sikap keluarga mereka sedemikian rupa. Jadi, jika ditanya aku menulis secara sedar atau tidak maka aku dengan yakinnya bercakap aku menulis secara sedar dan apa yan ditulis memang benar - benar berlaku.

Jangan terlalu berprasangka dan mencari perkara yang negatif sahaja. Itu perkara 10 tahun yang lepas. Bagaimana dengan sekarang? Hakikatnya dunia lebih mencabar dan budak semakin matang tanpa bimbingan yang cukup. Terserah jika mahu berfikiran atau berkata apa - apa. Cuma alhamdulilah respon daripada ibu bapa yang membaca adalah baik dan bersetuju. Itu sudah cukup untuk aku. Apa - apapun, masing - masing ada pandangan sendiri dan aku tetap berpegang pada yang ditulis. Kamu? Ikut sukalah. Hahaha!

Owh,nampaknya aku kena cepat mengarang untuk sambungan episod terbaru siri Antara Dia, Kau Dan Aku. Jadi, nantikan episod terbaru yer! Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

5 ulasan:

  1. alamak bro..kenapa nie? Mesti pasal entri tadi kan? biasa ar tue..kadang-kadang apa yg disampaikan melalui tulisan itu tidak dapat difahami disebabkan ego kot.entah..wallahualam.

    yg penting..apa yg kita sampaikan itu benar...


    p/s: ak keliru nie..adakah ak memahami entri diatas? hurm..hehe

    BalasPadam
  2. amirul izzat : hahhaha...betul la tu ko faham..xlah..tadi ada komen yang cakap aku sokong anak2 kurang ajar dengan ibu bapa...aku pun pelik...haha...so,aku rasakan dia tak cuba untuk memahami entry aku lah kut...jangan risau..no hal lah..

    BalasPadam
  3. masalahnya ramai yg nak tunjuk pandai sedangkan tidak mengerti atau kurang faham sesuatu itu

    BalasPadam
  4. sy pon tgok citer Anamika., hahaha

    BalasPadam
  5. anamika.mak saya tengok.saya jeling jeling je.macam best gak. =)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com