Selasa, 14 Disember 2010

Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

Hah! Tajuk entry tu kalau korang perasan ada dua perkataan yang sama ejaannya tetapi berbeza maknanya. Untuk menunjukkan perbezaan itu aku meletakkan tanda > '' < ini terhadap perkataan gila yang satu lagi. Hehehehe! Hari nih aku menerima 'Pelawaan Manjadi Rakan' atau dengan erti kata lain ialah Friend Request di facebook aku.


Gambar Hiasan


Sekarang aku main approve jer tak kira siapa pun. Walaupun ramai orang kata merbahaya tetapi entahlah! Mungkin sebab aku malas nak menyemakkan wall aku kut dengan tanda - tanda request tu. Nak ignored takut nanti orang tu pembaca blog nih ker atau kawan lama yang sudah berubah wajah kah. Hurm! Rasa macam nak buat akaun khas FB untuk blog jer lah! Rajin tak aku? Semestinya tidak! Hahahaha!

Okaylah! Jadi, tadi adalah seorang manusia nih add! Lepas aku approve seperti biasa mestilah terus usha kan! Mana tahu kawan sekolah ker apa! Tapi gambar sekeping jer. Itu pun gambar tengkorak! Hahaha! Mutual friend pun tak ada! Pelik! Jadi, bermulalah penyiasat Hans Conan dalam mencari kebenaran :-

Detektif Hans Conan Yang Kacak

Hans Conan : Awak pembaca blog saya kah?

Lelaki Leluku : Tak!

Hans Conan : Mana jumpa fb saya?

Lelaki Leluku : Tak tahu!

Hans Conan : Kenal saya ker?

Lelaki Leluku : Tak!

Hans Conan : Habis tu?

Lelaki Leluku : Saja nak kawan - kawan!

Hans Conan : Awak tahu tak saya nih lelaki?





Lelaki Leluku : Tahu lah! Saja lah nak kawan.

Hans Conan : Owh! Ingatkan apa tadi!

Lelaki Leluku : Saya ada awek nama si polan anak kepada si polan!

Hans Conan : Tak tanya pun!

Lelaki Leluku : Biarlah! Aku nak cakap!

Hans Conan : Tak cakap pun!

Lelaki Leluku : %^$%^ hang!

Hans Conan : %^$%^ hang!

Lelaki Leluku : Hang nih! Aku padam juga kang!

Hans Conan : Owh, orang Utara?

Lelaki Leluku : Tak lah! Kelantan!

Hans Conan : Owh! Kenapa tak padam! Kata nak padam? Hahaha!

Lelaki Leluku : Hahahaha! Kau nih memang tak betul! Eh, umur berapa? Tinggal mana?

Hans Conan : Pergilah padam! Kata tadi nak padam!

Lelaki Leluku : Okay! Aku padam!

Hans Conan : Kenapa tak padam lagi?

Lelaki Leluku : Eh, bukan ker dah padam?

Hans Conan : Oh, tak padam lagi ker? Tak nak padam yer? Hahahahaha!


*Penggunaan Ayat Saya Dan Awak Menunjukkan Aku Tak Ada Mood Tadi*


Maka aku dengan selamba teruslah memadam beliau daripada facebook aku! Hahahaha! Entah! Aku tadi bosan - bosan tak tahu sebab apa. Sajalah dah dia tegur aku melayan lah kejap tapi aku rasa macam tak selesa jer terus lah aku padam. Jadi, tamatlah sudah riwayat Lelaki Leluku di facebook aku. Muahahahaha!


Kucing Dengan Senyuman Penuh Kejahatan! Muahahahaha!


Tadi juga aku rasa bosan dan aku tegur ramai orang jugalah dekat chatbox dengan menggunakan icon smiley jer. Hehehehe! Orang tanya apa - apapun semua aku buat lambang senyum jer. Banyak juga yang tension dengan aku tadi. Ada juga yang tak melayan! Hahaha! Seronok juga sekali - sekala buat eksperimen 'Senyum! Tak Perlu Kata Apa - Apa' nih!


Pakcik Senyum! Hahahaha!


Yeah! Aku dah tengok filem Estet semalam! Filem tu okay lah! Boleh tahanlah! Ada best ada tak tetapi mesej dia banyak juga yang sampai dekat aku! Apa - apapun, ending last dia macam kureng sikit. Bagi aku lah! Tak tahu lah bagi korang macam mana kan?


 


Yes! Dah jadi satu entry! Hahahaha! Sebenarnya ada benda aku nak taip tetapi malas pula. Malam nanti kalau rajin lah baru taip. Mood kemalasan melanda! Terima kasih kerana membaca entry yang tidak bermanfaat nih yer. Chalo beteh!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


37 ulasan:

  1. huhukk
    aku xbanyak friend request
    tapi lau ade, slalu nye aku check ah gak..~ xde approve2 smbarangan.. huhu

    pelik seyh laki leluku tuh..

    BalasPadam
  2. gambar lelaki dgn topeng tu muka dia ke? hmm.. boley tahan.

    kenapa awek dia nama polan BIN polan? adakah dia gay??

    BalasPadam
  3. HANS....SECRET ADMIRE KOWT..TU YG SUSAH NAK PDAM AHAHAHA

    BalasPadam
  4. Mra : Tahu tak per :)

    Ashraf : oit ayap :)

    dya : owh,ku xperasan tadi..sudah ubah.. :)

    BalasPadam
  5. gua susah sikit nk approve..
    hahaha...
    gua lagi jahat....

    BalasPadam
  6. banyak friend request & tak tau nak buat apa...

    huhu

    BalasPadam
  7. hahahah.. aku nak senyum kat sini.

    :)

    "senyum..jangan kata apa-apa.."

    senyum...

    :)

    cukup ar..haha

    kalau aku,ak tak apprve

    BalasPadam
  8. friends request aku da belambak da...
    mls nak approve ..haha

    BalasPadam
  9. rejek fren request yang saya tak kenal.. hahaha

    BalasPadam
  10. HAns..Yg gambo ngan topeng tu, adalah itu muka sebenar The Mask Magician?? Saje je nak tau...Hehehe

    Apa plak n3 takde pekdah..Ada pekdah la ni...n3 memberi tau kat org agar jgn sesuka ati nak accept fren request kat fb tuu..Ahakss

    BalasPadam
  11. aku xpena tgk filem estet tu..hehehe..haiihh~ ak approve kalau kenal org jer..hahha

    Latest Entry :
    -> Lubang Terbesar Di Dunia Terletak Di Siberia
    -> Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar Itu Salah, Harap Maklum !

    BalasPadam
  12. hmm ko main approve je, tgok2 ter-add die lg skali..hahaha

    BalasPadam
  13. Sebab tuh Pojie buat fanpage like button kat blog. Jadi readers boleh klik kat situ. Mana yg rapat jer Pojie approve..

    PojiePooh; Hanya Satu...

    BalasPadam
  14. aku lelaki jarang add ak byk pmpuan je smua kebanyakan indon... aduh...

    BalasPadam
  15. sye pernah knl dgn sigila juga....gila seks 2...dlm FB die penuh pic pempuan yang nauzubillah!

    BalasPadam
  16. luku je kepala mamat tu.haha.. aku tak jumpa lagi la kes pelik2 macam ni..

    Pendapat anda?
    Dalam hidup ini, kadang-kadang

    BalasPadam
  17. benci tau, muka pakcik senyum tu menggoda aku.

    ahhh!

    BalasPadam
  18. Huhuhu. Kalau aku plak yg tak kenal, aku tak approved. Biar jek lama2. Tapi kalau pensyarah aku yg add, aku ignore terus! Pedulik apa aku. Hahaha...

    BalasPadam
  19. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

    Salam kunjungan salam ziarah…. wooooo kalau abang tua ko tak mau tapi kalau aweks-aweks cun ko add yee...

    mmg pun aku tak akan approved pun kalau aku tak bebetul mengenali orang tu... takut gakkk

    BalasPadam
  20. aiii, dapat peminat laki nampak..hak hak hak..kan aku dah cakap...

    BalasPadam
  21. paling tak suka bila org tak kenal add ... :)

    BalasPadam
  22. belum pernah lagi jumpa dgn org mcm ni kat fb. -_-

    selalu kalau yg x kenal mmg x approve pun. :D

    BalasPadam
  23. hahahaha...abg hans...cita mmg bleh gelak keras perot la...nama tu sedap jgk la...hans conan..boleh gagah...nama laki tu pon.smcm jea...laki sama laki cht jadi cmtu la..tmbh2 x kenal plak...hehehe

    BalasPadam
  24. lelaki leluku mmg terbaik dari ladang !
    selalunya , check jugak sapa yg add , tp klau 'rajin' sgt , tekan je Approve tu ! cepat. hee

    BalasPadam
  25. hahaha ada peminat kelantan tu hahaha

    BalasPadam
  26. haha. macam2 hal kan.
    aku ni jenis tak approve org tak kenal jgk. tp cuti ni sebab dh bosan sgt, main approve je sume2. ada skali tu bdk dajah3 add aku, lepas tu dia lak beria tanya aku sape siap pksa suruh jawab. lol

    BalasPadam
  27. Biasa kalau orang main add je, ada la tu dia nak promote mlm ke link apa ke.. aku jarang approve orang, kenal pun consider banyak kali nak approve ke tak.

    BalasPadam
  28. yeah...akhirnya...ade gak mase aku untuk membaca en3 hans conan nih..btw tq..=)

    BalasPadam
  29. Wah.....kau sajer je kacau orang ek. babap kang. hahah

    BalasPadam
  30. haha...jangan gay yg add sudah..anyway kadang2 aku pun nyampah nak approve org..tgk wall dulu..kot2 promote bisness terutamanya mlm mmg tak approve la jawabnya..hehe

    BalasPadam
  31. Wow! Ada lelaki minat u ke bro :P hahaha

    filem estet syiok kah?

    BalasPadam
  32. hehehe..penah la dlu tora letak fb badge kt blog huh mmg x lrat nk approve le tiap ari je ada ja requeest bkn x nk approve tp x sume yg btol3 nk bkwn sesaja add je mls ler =) nti kwn3 len nk add dah x leh kn kekeke bajet femes lak =) pe3pn btol la x leh nk approve cmtu je kn =)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com