Ahad, 26 Disember 2010

Azam Tahun 2011

Sebenarnya dah lama aku tak buat azam tapi oleh kerana ada Contest Azam Tahun 2011 tiba - tiba saja secara automatik aku berazam. Tambah - tambah bila tuan punya blog yang anjur contest kata,"Nak serious boleh, nak merapu pun boleh!" maka faham - faham jer lah semestinya azam aku dekat bawah nih ada kedua - dua jenis iaitu merapu dan serius. Hehehehe!

Baiklah! Jadi disini aku telah berazam 3 perkara yang datang secara spontan dalam kepala aku.


1) Aku Nak Kahwin



Walaupun aku masih tiada yang istimewa di hati tetapi inilah azam aku pada tahun depan. Walaupun dah tahu pasti akan mendapat tentangan daripada ibu bapa kerana masih belum habis belajar dan belum ada kerja tetapi nak buat macam manakan. Dah nama pun azam aku. Hohoho! Azam ini tercipta selepas tamat menonton anugerah skrin semalam. Fuh! Harap - harap azam seperti yang dijelmakan melalui gambar di atas mampu menjadi kenyataan. Hahaha!


2) Aku Nak Peluk Kucing Besar Nih


Kawan aku nih pergi bercuti ke London baru - baru nih dan ini tak silap kucing sepupu dia dekat sana kut. Siap ada bilik sendiri lagi kucing nih. Pertama kali aku tengok kucing sebesar nih. Mula - mula aku ingatkan serigala! Baru nak ucap tahniah dekat kawan aku sebab berani dukung serigala tetapi rupa - rupanya kucing. Aku teringinlah nak peluk kucing nih! Adakah ini dikira azam? Kira azam lah kan! Bukan senang nak peluk kucing sebesar alam macam nih. Hehehehe!


3) Aku Nak Melancong Dengan Menaiki Kapal Terbang


Usia dah masuk 2 dekad dah walaupun masih kelihatan belasan tahun lagi. Hahahahaha! Tetapi, seumur hidup masih belum berkesempatan naik kapal terbang. Jadi, aku berazam untuk pergi bercuti ke Sarawak, Sabah atau Brunei pada tahun 2011 dengan menaiki kapal terbang. Sebagaimana terujanya wajah kawan aku yang pertama kali naik bot dalam sejarah hidupnya maka begitulah juga aku inginkan - betapa terujanya wajah aku pertama kali naik kapal terbang dalam seumur hidup. Minta - minta azam ini tercapai tahun depan. Amin!


Jadi, itulah antara azam - azam aku yang serius dan merepek dimana aku campurkan sekali di dalam entry ini. Hehehe! Jadi, kepada sesiapa nak join contest nih bolehlah klik Entry Contest Ini

Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

51 ulasan:

  1. semoga azam anda tercapai.. gila gentang..besar gila kucing tu...

    BalasPadam
  2. sy nak nek kapal terbang gaks...wee

    BalasPadam
  3. 1. cpt2 la kawin dik....rugi kawin lmbat..nnti bw anak org kata bw cucu...hi.hi.hi...

    2.Fulamak, besarnya kucing tu...agak2 brapa la beratnya tu....

    3. Akak kalu boleh nk elak naik k.trbg nie..tiap kali naik asyik tringat2 camne la kalu k.tbg tu jatuh..sbb tu kalu naik k.trbg akak elak dr dok tepi tingkap.....hu.hu.hu...berkecai.

    BalasPadam
  4. mcm nak masuk je.. harap2 azam kaw jadi knyataan eih!

    BalasPadam
  5. hehe.
    harap2 kahwin tu menjadi.
    boleh jemput aku sekali kan ?
    XB

    BalasPadam
  6. Wah! Sikit punya panjang azam neh. comel! All the best utk contest ni ea, hans !

    Mari Baca :[Ikut style kamu tinggalkan link-- Hans . Hihi] :
    Jom download drama Antara Garisan :Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 !

    BalasPadam
  7. Wah! Sikit punya panjang azam neh. comel! All the best utk contest ni ea, hans !

    Mari Baca :[Ikut style kamu tinggalkan link-- Hans . Hihi] :
    Jom download drama Antara Garisan :Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 !

    BalasPadam
  8. waa.. besar betul kucing tuh..

    BalasPadam
  9. haha.azam no1 tu kompom dpt bnthn keras dr yang arif ibu ayh.haha..blajo kasi abeh dlu!

    yg no3 tu arp2 tcpai hans.gud lak! hehe

    BalasPadam
  10. wah. azam awk yg pertama memang macam tak boleh belah. har har har.

    BalasPadam
  11. semoga azam yg pertama tu tercapai. hahaha

    BalasPadam
  12. Aduss... mesranyer you dengan Lisa Suriani tu...

    BalasPadam
  13. haha semoga azam anda tercapai ehh..hehe
    yang lisa tu la x blh blah hehe
    :)

    BalasPadam
  14. bapak besar gajah tu...!!!perghhh..best kawin kan?hehe

    BalasPadam
  15. 1st kawen? wawaaaaaaaa...mantap.. bgs bro..cpt2 laa..

    BalasPadam
  16. nak peluk kucing tuhh jugakk ;) comel !

    BalasPadam
  17. semoga azam tue tercapai yer hehehe

    BalasPadam
  18. haha nak kawen jugak! tapi baru nak masuk 16 boleh ka?? *mood galak2 pagi2 nih :)

    kidding ja (:

    BalasPadam
  19. memang comel giler kucing tu ! nak jugak peluk !!! tp .......

    oh no ! phobic !!! HAHAHA *dush

    BalasPadam
  20. flight ticket pun dah murah skrg esp kalau booking awal.pegi la melancong jauh2 sket,hans...vietnam ke..hee

    BalasPadam
  21. Salam...

    Azam yang mantap...
    teruskan...=P

    BalasPadam
  22. untuk azam ko yg pertama sila langkah mayat aku dulu..haha

    BalasPadam
  23. ape2pun aku doakan impian ko tercapai! amin...

    BalasPadam
  24. hope ur dream will come true..haha..

    BalasPadam
  25. kahwin jgn lupa ajak weyh.aku sentap kalau ang lupa aku!

    BalasPadam
  26. haha..kawin2..smoga azam anda mnjadi kenyataan

    BalasPadam
  27. fuu, aku nak jugak kucing tu. tq bro joint my contest. cukup syarat.

    jgn lupa vote di facebook page di facebook nnti

    BalasPadam
  28. hoho.azam kahwin kita samalah..kih3

    BalasPadam
  29. hoho.azam kahwin kita samalah..kih3

    BalasPadam
  30. wah wah
    semua azam besar2 .
    hehehe

    gud luck!
    :D

    BalasPadam
  31. semoga azam tercapai... Gud Luck! ^_^

    BalasPadam
  32. Vote!

    Hahaha.. Jangan lupa ajak sy tau, kt majlis perkahwin awk..

    BalasPadam
  33. selamat tahun baru..aku lupa nak ucap kat ko! :)

    BalasPadam
  34. lorh..ko nak kawen ke tahun nie???
    ok..kalau ko x fullill azam ko,ape aku akan buat as balasan! hahaha

    BalasPadam
  35. gud luck hans..

    adakah sis telah vote slps tggalkan komen..

    nnt komen sis balik ye.. heheh =))

    BalasPadam
  36. wah.. if hans kawin dua lagi impian tu pasti tercapai..hehe

    yela, pi bulan madu naik kapal, masa bulan madu tu terusla carik miaw..ngeh

    BalasPadam
  37. semoga Azam Tahun 2011 hans tercapai !
    wootwoot !

    BalasPadam
  38. semoga semua impian mnjadi knyataan..

    BalasPadam
  39. hah...fly gi sabah jgn lupa datang rumah aku...masuk skali dalam wishlist 2011 ko ye...hehehe :p

    tercapailah!!!

    BalasPadam
  40. Salam

    Semoga tercapai apa yg dihajati..;)

    BalasPadam
  41. gud luck bro hans!
    ni dah kira mengundi ke??
    hahahahaha

    BalasPadam
  42. hohohohoho...
    undi sebab hans nak kawin lisa surirumah.
    vote 4 hans....

    BalasPadam
  43. kawen jgn tak tak....
    rugi tau kawen lewat.hehehe

    BalasPadam
  44. hoho.. ade geng tak penah naik kapal terbang nih. aku pun tak penah naik. bile tah nak naik.. huhuhu...

    BalasPadam
  45. woooooooo kucing macam tu berapa ribu lah tuh

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com