Jumaat, 31 Disember 2010

Kontes Yang Termanis dan Terpahit!

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya esok maka semestinya setiap tahun kita pasti mempunyai pengalaman yang paling manis dan paling pahit yang paling tidak mesti ada sekali kan? Begitu jugalah dengan aku dan apabila terlihatkan saudara Fyzal menganjurkan sebuah contest tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang 2010 nih maka aku sangatlah berminat untuk menyertainya.




Okay! Aku terasa ayat aku di atas sangatlah skema jadi kembali menjadi rock. Rock ker? Kuikuikui! Okay! Kita mulakan dengan pengalaman pahit dululah dan baru akhiri dengan pengalaman manis. Boleh tak saudara Fyzal? Bolehlah kan! Hehehehehe.

Pengalaman paling pahit aku rasa pada 2010 nih berlaku pada bulan Mei 2010. Kepada sesiapa yang sudah lama baca blog aku pasti mengetahui aku berhenti berblog selama beberapa minggu angkara gigitan nyamuk Aedes yang menyebabkan aku menghidap denggi dan ditahan di hospital selama 3 hari. Memang letih beb gua cakap sama lu bila kena denggi! Aku kena denggi tu waktu dekat Shah Alam. Masa tu tengah sibuk study untuk final exam bagi subjek yang carrymark dia aku dapat teruk gila. Kiranya kalau kau main -main confirm repeat. Kau bayangkan waktu tu betapa risaunya aku! Sudahlah subjek nih buku teksnya tebal dan walaupun hanya setengah jer bab yang masuk untuk final tetapi banyak beb nak kena baca!

Nak tahu kau kena denggi atau tak kena ambil masa selama 3 hari bermula hari pertama kau pergi jumpa doktor dan ambil darah! Mula - mula aku ingat aku keracunan makanan dan demam sebab masa pergi tu kena hujan sikit dan lepas balik tengok wayang dengan kawan aku, si Fizi dekat One Utama aku muntah - muntah dan badan aku panas gila. Aku ingat aku demam biasa jadi aku makan jer lah panadol. Alih - alih melarat dan waktu tu tak silap cuti umum. Nak tak nak aku kena pergi klinik swasta. Lepas tu tak pasal - pasal aku kena bayar ubat yang harganya nak dekat RM100. Bapak mahal! Terkejut aku! Nasib aku dah tergerak hati nak cucuk duit awal - awal dan nasib baik duit PTPTN dapat masa bulan 4. Kalau tidak mana nak cekau duit masa hujung - hujung semester macam tu? Hahaha!

Lepas tu, doktor dekat Pusat Kesihatan Uitm dah confirmkan aku kena denggi dan patutnya aku kena masuk wad. Tapi, kalau masuk wad macam mana aku nak ambil exam! Aku taknak repeat jadi aku minta suntikan supaya tahan sakit. Memang masa tu nak makan pun tak ada selera! Kena denggi nih kejap dia rasa macam okay dan kejap tak. Jadi, waktu okay tu aku paksa baca buku teks subjek tu. Masa dekat dewan peperiksaan, aku diperuntukkan 3 jam untuk jawab exam. 2 jam pertama tu aku macam biasa lagi tapi lepas tu aku menggeletar gila. Sampaikan meja aku pun bergegar - gegar sebab aku rasa sejuk sangat - sangat.  Kau bayangkan gigi aku bergetar - getar siap bunyi kut! Fuh! Sudahlah dewan tu memang sejuk ditambah aku yang demam nih. Lecturer yang jaga peperiksaan tu siap tengok aku lagi tapi aku dah memang tak boleh berlakon dah. Aku biarkan jer aku menggeletar sambil jawab soalan.

Esoknya bila nak balik Kedah aku tumpang kawan aku Si Piqah dengan Si Afifah. Balik naik kereta! Yang tak tahannya si Piqah kata muka aku dah macam hantu raya. Aku pun tak tahu masa bilanya dia jumpa hantu raya tapi memang masa tu muka aku macam kena sunburn. Panas gila badan! Dari Butterworth balik Alor Setar naik bas. Dalam bas tu aku dah macam nak mati dah rasa. Memang penat gila! Sampai Alor Setar terus mak ayah aku bawa pergi hospital. Sampai sana pula terus kena tahan wad. Rasa fobia gila kena denggi. Tiap - tiap masa diorang ambil darah aku. Tak campur lagi dengan yang suntik tangan nak ambil darah aku tapi tak kena urat. Bila tak kena urat kiranya suntik jer lah tapi tak dapat ambil darah. Kemudian, kena suntik lagi! Haih!


 Dapat Juga Bermalam Dekat Hospital Baru Nih


Dah tu pula setiap malam bila aku tidur mesti aku termimpi hospital dimana aku berada dekat wad yang sama dengan nurse dan doktor yang sama. Sampai kadang - kadang nurse datang tanya aku dah ambil darah belum lepas tu aku cakap dah ambil. Padahal sebenarnya belum tapi sebab tadi aku mimpi benda yang sama dimana aku ada dekat wad yang sama maka aku macam dah keliru aku bermimpi atau realiti. Wah! Dah panjang dah aku taip nih! Hahahaha! Senang cakap pengalaman pahit aku pada 2010 apabila aku kena demam denggi! Memang pengalaman yang pahit pada tahun nih!


Baiklah! Kalau tadi pengalaman pahit dan sekarang pengalaman manis pula! Sudah tentulah pengalaman manis aku pada 2010 ialah pada hari Konvokesyen Diploma aku yang diadakan di Uitm Shah Alam. Alhamdulillah, selepas sembuh daripada denggi dan selepas 2 minggu lebih tu aku dan keluarga pergilah ke majlis tu. Sebab apa aku kata pengalaman manis? Sebab hajat aku selama nih nak tengok ahli keluarga aku ada menyaksikan aku mengambil segulung skrol diploma tu tercapai. Kalau nak tahu masa aku sekolah rendah sampai lah tingkatan 5 aku teringin sangat nak dapat apa - apa anugerah pada Hari Kecemerlangan Sekolah sebab aku nak mak ayah aku rasa bangga juga dengan aku sebab selama nih abang aku jer asyik dapat hadiah dekat sekolah. Hahahaa!

Tetapi, cita - cita aku tu tak tercapai hinggalah ditakdirkan alhamdulillah rezeki aku jadi pelajar terbaik Pengurusan Makanan sewaktu sekolah teknik dulu tetapi yang sedihnya masa tu aku pergi ambil hadiah tu dengan kawan - kawan aku jer. Masa tu bulan 8 ker 9 entah lepas budak - budak semua dah masuk Universiti. Aku masa tu sangkut lagi sebab tak dapat apa - apa tawaran! Mak ayah aku tak ikut. Mak aku tak sihat. Ayah aku pula ada kerja. Sumpah waktu tu aku rasa sedih gila sebab tujuan aku nak mak ayah aku rasa bangga dengan anak mereka yang naik ambil hadiah atas pentas sambil disaksikan ramai orang tapi orang lain yang tengok.


 Aku Dengan Member Baik Aku
Sewaktu Diploma Sampai Degree


Maaf! Gambar aku sekeping tu tak ada! Yang ada pun yang besar gedabak gantung dekat dinding rumah! Hahahaha! Jadi, bila mak ayah aku dapat tengok aku ambil skrol diploma aku tu memang aku rasa gembira sangat. Memang beratus orang ambil skrol yang sama. Walaupun aku bukanlah bijak pun sebab tak pernah pun dapat dean list masa mana - mana semester sewaktu diploma tetapi cukuplah bila aku ambil skrol diploma tu mak ayah aku ada dan memandang dengan penuh bangga. Bila orang tanya dekat keluarga aku,"Eh, 2-3 hari nih pergi mana? Rumah kosong jer!" dan bila keluarga aku cakap dengan penuh bersemangat,"Baru balik dari konvo dia dekat Shah Alam!" memang buat aku rasa bangga dan gembira! Paling tidak keluarga aku datang pada hari yang bagi aku cukup bermakna dan memang menjadi impian aku untuk berkongsi hari yang bersejarah itu dengan keluarga aku.

Alhamdulillah! Itulah pengalaman manis dan pahit aku sepanjang 2010. Maaflah! Mula - mula aku rasa aku nak taip biasa - biasa sahaja tetapi aku rasa entry ini adalah lahir dari jiwa aku yang ikhlas. Jadi, memang panjang tanpa dapat aku kawal! Walaupun entry nih untuk contest tetapi aku tak kisahlah menang ker tak sebab aku berasa sangat puas menulis entry nih sebab tahun 2010 nih adalah tahun yang banyak membawa tuah dalam hidup aku.

Akhir kata, aku harap tahun 2011 akan lebih hebat atau paling tidak mampu membuat aku berasa gembira seperti tahun 2010. Alhamdulillah!




Jadi, pada sesiapa yang nak join contest ini boleh click
Kontes Yang Termanis dan Terpahit!


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


22 ulasan:

  1. Yeahhhhhh hans....akhirnya aku dapat tengok muka kawan angkat aku nie..huhuhuhu

    niway, happy new year okay. semoga your new coming year 2011 lebih bermakna okay


    Geng Lepak | Kontes Lepak | Hadiah menarik dari Langkawi

    BalasPadam
  2. noname : yang muka aku besar gedabak dalam banner tu apa kejadahnya?hahahaha...apa daaa..thanks kawan angkat

    BalasPadam
  3. semoga kau menang kontest ni hans.. aku xingat ada kenangan manis ke pahit.. jadi xlayak masuk kontest.. kah3..

    teruk betul yerk bile kena demam denggi ni.. aku dhlh xsuka g hospital.. hrp2lah xkena..

    BalasPadam
  4. syah : entah..mula2 memang rasa nak menang..tapi aku rasa aku puas taip entry nih...menang ker tak aku tak peduli lah..aku taip entry nih sepenuh hati...

    jangan lah kena denggi weih...memang sakitlah kalau kena

    BalasPadam
  5. hans,kullu sanah wentum bikhoir..slmt thun bru..moga thun ni mjd iktibar & booster utk thun dpan.Insya Allah..

    p/s:don't 4get to view my blog..
    jazakallah!!

    BalasPadam
  6. aku dapat rasakan waktu ko menulis entry ni, sememangnya ko menulis dengan sepenuh hati bro...congrats!!!seksa doh kalau terlantar sakit,haish.aku dah lama graduate.tahun 2006...tapi aku budak poli jer...

    ko kena tags la bro..boleh accept tak?hehehe
    http://amry85.blogspot.com/2010/12/good-friends-are-always-close-to-hearts.html

    BalasPadam
  7. aku ada kenangan pahit ke 2010 ni? nak fikir dulu laa..

    BalasPadam
  8. bravo bravo hans. haha. slmt tahun baru. :)

    BalasPadam
  9. yow abg hans!
    ada juga pic hehe...
    banyak pengalaman tu
    :P

    p/s : Entry Terakhir Kah? layans~

    BalasPadam
  10. adil la tu..ada duka n ada suka.....

    BalasPadam
  11. knangan pahit aku lbh byk dr yg manis..huhu

    BalasPadam
  12. bhy denggi tue..ak thun dpn graduate..x sabr ni..hehee

    BalasPadam
  13. tahniah atas kejayaan ko,hans
    tumpang bangga

    BalasPadam
  14. salam, serius sebelum ni aku ingat kau perempuan. huhu.

    nyway, all the best utk hpb. thumbs up!

    BalasPadam
  15. hidup memang penuh dgn pahit manis..
    tp syukurlah denggi tu xteruk..

    BalasPadam
  16. sangat ngeri eh dapat denggi? hadoii. siap mimpi macam ala2 halusinasi dah. mujo takde ape2 kan. Alhamdulillah :)

    and, congratulations for your graduation :)

    BalasPadam
  17. hohoh. goodluck weh.
    n tahniah sebab grad sume.

    BalasPadam
  18. cemburu lihat orang lain berjaya. moga hari esok lebih baik ya :)

    BalasPadam
  19. life is hard kan tp penuh ngan kenangan.. ade y best n ade y xbest.. bg aku 2010 agak best..

    BalasPadam
  20. gud luck.

    aku suka baca kenangan manis kau..aku pun nak buat keluarga aku hpy gak..tngu bulan 8 nti lah..
    i will get my scroll..wish me..
    =)

    BalasPadam
  21. thanks bro sebab join. aku pun dengan penuh perasaan baca entri ni. aku pun ade sekali tu nyaris kena denggi dah.platlet darah dah lain macam, tp alhamudillah sehat sebelum kena admit.

    pengalaman manis tu memang manis. siapa yang tk seronok bila convo kan. :)

    nice entry la bro.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com