Jumaat, 3 Disember 2010

Lu Langsi Lu Mati

Entry sebelum ini aku ada bertanya sama ada korang tahu ker tak filem apa yang menggunakan tagline 'Lu Langsi Lu Mati' kan? Hah! Kalau nak tahu itu sebenarnya adalah tagline untuk filem terbaru iaitu filem Kongsi yang akan ditayangkan pada tahun hadapan! Aku yang boleh tahu pun sebab tengok trailer dia dekat dalama panggung wayang tadi sebelum tayangan filem Ngangkung bermula.



Pelakon:

Shaheizy Sam :- Tumulak
Norliana Samsudin :- Detektif Maya
Fizo Omar :-  ASP Shariff
Azad Jazmin :- Mikail
Putri Mardiana :- Yati
Fida :- Maria
Zul Handy Black :- Kimpedu
Shafie Jaafar :- Tok Malik
Pooniah :- Victor
Chew Kin Wah :- Jimmy


Sinopsis:

Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.Apakah kesudahan filem kongsi ini?sama-sama kita nantikan...

Sumber Info:
  Disini

Belakang Tabir:
RUJUK SINI


Berdasarkan kepada trailer nih memang menarik perhatian aku sebab bagi aku filem ini bercorak aksi komedi. Hahaha! Walaupun nampak agak ganas tapi lucunya masih ada! Memang pilihan yang tepat aku rasa apabila memilih Shaheizy Sam dan Azad Jasmin menjadi pelakon utama di dalam filem ini.

Memang daripada trailer kita tidak boleh terus berkata filem ini bagus tetapi paling tidak ia juga penting sebagai pintu pertama untuk menarik perhatian penonton dan aku secara jujurnya memang tertarik dan tak sabar menonton filem nih. Heheheh! Jadi, layan trailer jer lah dulu yer! Hohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

34 ulasan:

  1. ada sstgh cerita, trailer bukan main gempak. tapi cerita.adeh..hampa..

    selalu cerita aksi2 la mcm ni. trailer penuh aksi. dlm cerita, aksi sikit je. semua dalam trailer tu, haa, tu la dlm filem.

    eh, lari topik lak.hehe

    Pendapat anda?
    Rambling on early December-jangan malu bertanya, nanti sesat jalan

    BalasPadam
  2. hehe.
    pantas lagi advance.
    XB
    tp cambest ah.
    sbb suka tgk komedi aksi ni.

    BalasPadam
  3. dh tgk trailer dia bulan lps
    nmpk cam best, ak tak sabar gak nk tgk
    ngangkung pun agk best, br je balik tgk ni
    xsmpt nk bloging mlm ni

    sam mmg ada aura sendirik la
    dh 2 filem dia bawa menjadi
    harap2 kongsi pun okla nnt

    BalasPadam
  4. rasa cm k tgk tp sempat ke tdk r...

    BalasPadam
  5. macam menarik..tapi ak xbape yakin nk g tgk cite melayu kat pawagam..haha...tah..takot hampeh :D

    BalasPadam
  6. ape2 yg shaheizy sam blakon mmg akan dtonton!=)

    BalasPadam
  7. haha..bkn mindset la bo..tp tah..ak dari dulu pom mmg tak png tgk cite melayu kt pawagam kecuali cite magik jek...tuh pm sebab ada diva ziana...result : cite tuh menarik..hehe...no offense la..

    BalasPadam
  8. lama dah tak tengok wayang ni.. nak pilih cerita mesti sesuai dengan anak-anak yang ada ni.. diaorang pun nak berhibur juga..

    BalasPadam
  9. kalau dibikin secara serius, rasanya lagi best nak tengok. takpela, wait n see first

    BalasPadam
  10. ilek ar bro..lu xbole nak hukum org berdasarkan ape yang lu nak..kalau lu makan oren tuh rasa masam.tak semestinya orang lain pon akan rasa benda yang sama. kalau lu rasa benda tuh mindset orang tu..u wil never really know wether is it true or not till u really know that person personally :D peace bro

    BalasPadam
  11. nizam : hahaha..tu la pasal..minta2 aksi dia banyak lah

    zami : tak tahu lah lagi..tgok trailer okay dah..filem tak tahu lah

    pena : sam memang pelakon serba boleh kan?

    syah : uish..kenapa cakap macam tu? ada rezeki sempat punya...

    taufiq helios : dah sampai 3 komen ko nih kenapa?hahaha...aku kata benda lain ko pula fikir bukan2..relax dowh..

    shera haifa : kan?

    lynn : wah,nih sah minat sam nih

    cikgu isza : budak2 rasa xsesuai filem cam nih kan cikgu?

    karl : maybe orang Malaysia suka komedi la kut

    princeduyung : tajuk dia kongsi jer pun..yg lu langsi apa nih tagline jer...hohoho

    BalasPadam
  12. ops!
    aku da taw lame tagline ni utk muvi neyh sbb aku bace lam blog farid kamil!
    hehe...

    nk tengok jugak!
    2nd filem farid kamil arah ney...=)

    BalasPadam
  13. gile lama x tgk wayang wehh..
    tau cite pn dr blog2 je..
    tu mujur ko ade buat sinopsis sikit2..
    kalu x haram xtau pa2..

    BalasPadam
  14. shaheizy sam sangat jahat dalam cerita ni =.="

    BalasPadam
  15. gue pun baru perasan tadi....
    boleh tahan gak..

    BalasPadam
  16. yeah.. cerita ini yang ditunggu2 sejak dari set penggamabaran lagi.. =)

    BalasPadam
  17. Lu Langsi Lu Mati! Hahaha kena tengok ini filem.. InsyaAllah :)

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  18. suka gile ngan shaheizy samm..pandai la pengarah sume amek dia mentang2 dia tgh up skang kan..nasib die ensem dan berbakat besar..hahaha

    cite ade polis2 lemahh laa klau cite melayu..hadoyaii..

    BalasPadam
  19. Lu langsi lu mati yeee...Tau langsi tu apa??

    Lama tak dngr perkataan ni.. Dulu ms keje jual langsir, slalu jmpa customer langsi ni...MAsa tu darah mendidih jeee...Pakkal la ingat lg tagline 'customer always right'...Hampeh... :P

    BalasPadam
  20. gua tak yah tengok citer2 tu pun dah boleh tau dengan adanya review daripada blog hans ni.
    tQ!

    BalasPadam
  21. hehehehe.. kekadang ade filem dia nya trailer je gempak. haha.

    BalasPadam
  22. Temulak? cam nama brand bedak je... huhuhu :P

    BalasPadam
  23. kalau shaheizy sam.. memang aku akan tengok arr nanti. :D

    BalasPadam
  24. kalau sam shaheizy berlakon, konpem box office la. haha.


    My latest entry : Pick Up Line Versi Harry Potter

    BalasPadam
  25. woooo...shaheizy sam....musti ku tonton...keh3

    BalasPadam
  26. ooo...pi tgk wayang x ajak aku..bes x ngangkung?

    BalasPadam
  27. ohh yer...huhuuhu, tak pernah perasan lak citer nie..thanks for info

    jap g nak g tengok warrior's way. jom kawan angkat sambil say ollloolllooollooo hai..hak hak hak

    BalasPadam
  28. aku sgt suke kalau cite mlayu wet psal samseng..
    n paling penting ada syeezy sam ..
    pasti kelakar..
    haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com