Sabtu, 11 Disember 2010

Rasa Macam Nak Goreng Tepung Jer Operator Pizza Hut Nih

Haih! Operator pizza hut nih telah memusnahkan impian dan wang aku lah pada hari ini! Tadi aku call lah nak pesan pizza Lava 6 ker apa kebenda namanya entah tapi yang banyak cheese tu lah! Dalam katalog mereka ada promosi 2 set combo dimana satu set adalah regular dan satu lagi adalah large. Set regular tu harganya RM33.50 dan ada dua biji pizza.


Gambar Ini Hanya Dusta! Hahahahaha!


Jadi, aku pun order lah set tu dan seperti biasa mestilah ada tambahan coleslaw. Hantu coleslaw lah katakan. Hahaha! 3 kali aku cakap aku nak set combo yang promosi tu! Lepas tu dia sebut balik harga dan harga selepas coleslaw pun sama juga iaitu RM33.50 dan buat aku rasa aneh sikit. Tapi, aku diamkan jer lah sebab nak pergi bilik air. Hohoho! Penghantaran selama 45 minit. Wah, mungkin sebab cuti sekolah jadi lama lah!

Tengah seronok aku bersantai - santai tiba - tiba abang pizza dah sampai dengan motosikal nya. Wah! Ini 30 minit pun belum lagi nih. Laju betul! Nasib aku dah prepare duit! Nasib cukup! Terlupa aku tengok filem Aku Tak Bodoh hari tu dah hilang RM10 aku. Fuh! Nasib cukup! Hahahaha! Aku bagi duit lepas tu dapat sekeping jer pizza! Aku tengok resit dan barulah aku faham kenapa harga sama. Rupa - rupanya, operator tu ingat aku order sekeping nih jer! WTF = What The Food!!!


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Rasa macam nak pergi jumpa operator pizza tu kemudian lumur dia dengan tepung gandum cap sauh lepas tu goreng dalam kuali besar! Aku baru bercita - cita nak makan pizza Hawaii chicken. Cess! Dah satu hal pula rugi duit aku! Patutnya boleh dapat 2 biji pizza dengan nilai yang sama! Ciss! Aku dah 3 kali cakap aku pesan set promosi kombo! Sob Sob Sob! Geram betul lah!!!!!

Kalau duit tadi buat beli satay pun puas hati! Benci operator pizza hut yang tadi tu! Benci kau! Nak goreng kau dalam minyak panas cap Alif! Goreng kau sampai hangit!(Gila Punya Marah Nih!) Hahahahaha! Haih! Nasib coleslaw sedap tapi pizza lava cheese tu biasa - biasa jer!

Bazir duit akuuuuuuuuuuuu! Aku dah tawar hati dengan servis Pizza Hut untuk hari nih!(hari nih jer lah! Esok lusa okay baliklah kut!). Sedih aku! Tak dapat makan dua biji pizza! Sob Sob Sob! Aku nak 2 biji pizzaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Pertama kali pizza hut sini salah dengar pesanan aku! Haih! Kesimpulannya, sila pastikan dengan betul adakah pesanan yang mereka ambil daripada kita adalah betul jika tidak mahu senasib dengan aku pada hari ini! Sob Sob Sob!

Bilalah nak ada Dominos dekat Alor Setar nih?


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang! 


46 ulasan:

  1. hari tu aku makan dengan Khairil Afzal blogger tu, yang ini lah~

    hehehe~

    BalasPadam
  2. hehe.. mkn dominos je la len kali.. huhu.. lps 30 min klu x smpai next time dpt free satu regular pizza.

    BalasPadam
  3. pergh
    kira kau dpt satu pizza large lah eh?
    o.O
    kesian dia pekerja baru lah tuh
    hohohoh =.="

    ker kau x habaq gne bahasa kedah ngn dia? sbb tu dia xpaham noh..

    BalasPadam
  4. zara : owh yer kah?

    ierayahaya : masalahnya dominos tak wujud lagi dekat Aloq Setaq nih...hahaha

    Fakhrur : large apanya...regular jer kut..dah lah sebijik...mana cukup! Haih! Geram betul lah aku!

    BalasPadam
  5. dia mamai la tu.. mentang2 la dah petang.. ambil order pun dengar tak dengar je la

    BalasPadam
  6. sian kat ko hans. hahaha. semalam aku baru mkn pizza. nyum2. jgn sedih2 yeee. haha

    BalasPadam
  7. Aku pun pernah kena Hans. Aku mintak 2 set hut platter, dia bagi satu. Dah la time tu ramai yang nak makan. Kejadahnya !

    BalasPadam
  8. woot! penggemar ufo bakar rupanya ko ni
    aku tak berapa suka pizza, tak taw la kenapa
    makan pun sikit..hehe

    BalasPadam
  9. asl nk goreng,, bakar dye sama itu tepung,,hehe jdkn ia pizza yg bst..

    BalasPadam
  10. huhuhuhu..kesiannyerr..sabar jelah..

    BalasPadam
  11. baru2 ni sy terkena dgn dominos..lain yg di order lain yg di hantar...adeiii..mmg panassss hati di buatnya...

    BalasPadam
  12. nasib badankn...tp aku plg skt hati kdg2 ulang smpai 3x tp bl hntar tsalah jugak....

    BalasPadam
  13. btol 2..hehe.. kdg2 aie tgu dkt setengah jam.. bru sampai..

    BalasPadam
  14. Aku pon bru blik dqi pizza ni haa.. hng duk aloq staq kah? aku org asai aloq staq.. wah!

    BalasPadam
  15. da serik dgn pizza huhuhu

    http://elyanas.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. la ye ke..isk2..patutlah ang mengamuk...sapa suh tak ajak cahaya makan sekali..hikhik =P

    BalasPadam
  17. Aku sebenarnya tengah tahan nafsu nak tahan 1 tahun tak makan pizza tapi bila baca entry kau aku rasa ghairah nak makan pizza. Arrggghh!!

    BalasPadam
  18. isk isk tunggu macy bukak macy hut ok~

    BalasPadam
  19. penah jadi camtu kat outlet..
    last makan pizza pon by delivery last month..

    BalasPadam
  20. sis baru ptg td pi mkn pizza hehe..

    BalasPadam
  21. tak suka makan pizza dan segala2nya kat pizza hut.. huhu.. bikin sakit perut je..

    BalasPadam
  22. hahaha,,lawak,,kesian pon ade,,hehe

    BalasPadam
  23. kalau tggu domino kat aloq staq mmg lambat lagila,..haha

    BalasPadam
  24. ak dh komplot dgn mamat yg anta pizza tuh suruh anta satu je
    bukan apa, takut berat ko makin bertambah je,kah3

    domino lg best bro compare to pizza

    BalasPadam
  25. sabar jela...tula pasal domino still the best pizza delivery...dorg mmg jaga gile customer...operator smua cekap2....

    BalasPadam
  26. gereng je. jangan tangguh niat suji mu itu

    BalasPadam
  27. Hahahahaaa... geleng kepala aku baca entry pizza ko ni...

    Ibarat jatuh dihempap eskalator pulak ahahahahaa...

    Harap bawak bersabar yea~

    BalasPadam
  28. soalan sama yang i selalu bebel kat mak i.. bila kedah nak ada domino's ni???

    BalasPadam
  29. tunggu ape lg.. goreng je operator tuh buat cuk udang.. hahax!

    BalasPadam
  30. dia bru start keje kot.. heheh...
    xper2 lain kali cuba lagi...

    kau buat aku lapar hans.. dh lama xmkn pizza...

    BalasPadam
  31. ganas jugak bro hans nih..nak men goreng2 org pulak ye;)

    BalasPadam
  32. we want domino!!!
    apa kata ko buka francais kat alor star..
    hahahaaa

    BalasPadam
  33. memang suka dominos kalau untuk order melalui telefon

    RM1,000 Setahun Blogging

    BalasPadam
  34. complaint jer psl operator tu..
    rugi woo..
    tu msti dy x korek telinga..
    haish...

    BalasPadam
  35. Alahai... kesiannye...
    Hans, pasal contest tue... Vee nak Hans join tau...
    next week akan bagitau semua details dekat blog... alright?
    :)

    BalasPadam
  36. haaa..ini mesti terpengaruh dgn entry pizza sis aritu kann..hik3x...

    sabow...sabow...tu ler pasal sis xpenah nk order2 ke rumah ni...xreti tu satu hal ..kah3x...n then takut depa trsilap amik order ! kamu x marah budak yg hantor piza tu ke?xpun cakap dgn manager depa ke...

    dominos tu sodap ke?mmg d[t status halal kan?sis xpenah makan..shakey's penah le

    BalasPadam
  37. haha!ko ni hans,sabaq3 ;p

    anyway,dominos lg sodap dr pizza hut tau ;p

    BalasPadam
  38. ahahaha. itu yang malas nak order kat talian tu.. kakaka

    BalasPadam
  39. sound trouble kot..kuang2..ala.beli pizza rm1 dengan hot tiket je la..ayah ak aritu beli pizza 2 biji dgn rm2 hengget..hehehe..

    beli hot tiket hotlik..kredit dpat..pizza pun dpaat..kuang3

    BalasPadam
  40. kalau nak beli promo-promo ni baik pegi makan kat hut dia je.. delivery memang susah.

    lagipun benda gini aku tak suka makan kat umah, ilang nikmat..haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com