Ahad, 19 Disember 2010

Tiba - Tiba Teringat Kisah Lama

Cuba Teka Aku Yang Mana?


Tiba - tiba rasa macam nak mengimbas kembali kenangan lama! Hahaha! Gambar diatas tu adalah gambar kelas aku sewaktu di tingkatan 5. Tak silap aku jumlah pelajar kelas aku waktu tu ialah 36 orang dimana 6 lelaki dan 30 perempuan. Kiranya seorang lelaki ada 6 isteri. Kehkehkehkehkehkeh! Cuma ada beberapa orang yang tak hadir waktu gambar ini diambil.

Salah seorang budak kelas aku nih juga merupakan seorang blogger dan mesti ramai yang kenal kan kalau sebut nama pena dia dekat dunia maya nih -> Gadis Kampung Separa Bandar. Mungkin sebab zaman sekolah dulu kami berdua begitu meminati subjek bahasa melayu penulisan kut dan sebab itulah kami kini menjadi blogger. Tak begitu Gadis Kampung Separa Bandar? Hohohoho!

Seronok bila tengok balik gambar nih sebab dari situ aku boleh lihat diri aku dahulu dengan yang sekarang. Cuba tengok seluar manusia yang wajahnya diconteng tu. Agak - agak saiz berapa seluar dia pakai? Hahaha! Memang seronok sebenarnya dengan kelas aku nih. Dari dalam kelas nih jer dah macam - macam jenis dan ragam manusia aku jumpa.

  1. Ada yang suka bercakap seorang - seorang!

  2. Ada yang waktu tengah exam tiba - tiba dia bangun tawaf satu kelas lepas tu mengamuk - ngamuk baling pen dan kemudian kembali jawab exam macam tak ada apa - apa yang berlaku!


  3. Ada yang buat cikgu - cikgu menangis atau merajuk!

  4. Ada juga yang gangster tapi siapa sangka ambil pengurusan makanan. Bukan aku yang dimaksudkan sebab aku dulu skema! Hahaha!


  5. Ada yang memang pandai gila masak! Seminggu 3 kali bawa makanan makan ramai - ramai dalam kelas! Sedap kut! Hohoho!

  6. Ada juga yang tidak menjaga kebersihan diri sewaktu menyediakan makanan untuk amali kami semua di mana berkuku panjang dan berwarna hitam tetapi cikgu terpaksa juga merasa walaupun tak berapa nak rela. Hehehe!

  7. Ada yang jadi salesgirl. Hari - hari datang bawa katalog dan promosi dekat rakan - rakan.


  8. Ada yang setiap masa asyik tidur jer dalam kelas hingga meleleh air liur basi sampai cikgu tak tahu nak nasihat apa dah! Hohoho!

  9. Kena tarik telinga! Kena cubit perut! Kena berdiri atas kerusi! Kena halau kelas! Kena bawa kerusi lepas tu pusing satu bangunan! Itu antara denda - denda yang budak - budak kelas nih pernah dapat!


  10. Ada macam - macam puak juga dalam kelas nih macam kumpulan Mesyuarat Tingkap, 6 Wanita, Budak Pandai, Budak Diam, Geng Panas Baran, Lelaki Bersaudara dan banyak lagilah. Walaupun kadang - kadang masing - masing bertekak tetapi masih mampu dikawal dan best semuanya akan bersatu sewaktu kes - kes tertentu seperti spot check dan sebagainya. Hehehe!

  11. Kelas nih merupakan kelas yang menjadi tumpuan kerana keceriaan, kegilaan, keseronokan dan kerana banyaknya bunga di dalam kelas ini yang menjadi idaman kumbang - kumbang di luar sana.


Alhamdulillah lah dengan adanya facebook masih boleh berhubung dengan ramai lagi budak - budak kelas. Aku cubalah menjaga silaturahim tu agar sentiasa seperti dulu namun masa dah berubah. Tak semuanya akan sama seperti dulu. Ada yang dulunya kita rapat tapi sekarang dah kurang rapat. Ada yang dahulunya kita tak suka tetapi kini beramah mesra. Ada juga yang dulunya kita rapat dan sekarang menjadi semakin rapat. Ada juga yang cuba menjauhkan diri tanpa diketahui sebabnya. Dan yang best ada yang sudah berkahwin dan punya anak yang comel. Hah, aku bila pula yer? Hohoho!

Tetapi, gara - gara kelajuan internet yang lembab aku malas nak taip banyak - banyak. Tak berapa ada mood sangat cuma tak sabar nak tunggu budak - budak kelas nih buat reunion sebab nak jumpa semua. Setakat nih reunion paling best ialah waktu salah seorang budak kelas nih kahwin dimana dapat berjumpa dalam 12 orang sekali gus. Entah bila boleh jumpa ramai - ramai lagi. Nak tunggu aku kahwin kut gamaknya baru leh jumpa semua. Hahaha! Apa - apapun, kenangan yang indah memang sentiasa diingati walaupun perkara ini dah 5 tahun berlalu. Harapnya rakan - rakan kelas yang lain pun macam nih lah. Apa pandangan hang Gadis Kampung Separa Bandar?


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


29 ulasan:

  1. kelas aku pernah kena kuarantin sebab kes surat layang dekat cikgu.. walhal tak tahu pun sapa yg bg surat tu.. act mmg tak lehkeluar dari pagi sampai habis.. tapi aku n da geng selamba je keluar pergi kantin.. balik2 kena marah.haha

    kelas aku ada 4 org je lelaki, lagi sikit dari ko. :D

    Pendapat anda?
    Dalam hidup ini, kadang-kadang

    BalasPadam
  2. rindunye kt zaman sekolah,,waa,,rindu3x

    BalasPadam
  3. reunion paling berkesan ialah waktu kawan kita kawen. konfirm satu sekolah dtg

    BalasPadam
  4. hahaha...dahsyat nyee...boleh pulak tawaf 1 kelas time exam...hahahaha...

    BalasPadam
  5. Weh banyak pengalaman sekolah.. masa-masa yang berlalu, masa zaman sekolah lah paling aku rindu.. aku tak rindu jadi kanak-kanak tak best.. time sekolah menengah tu lah best.. memang time terbaik untuk membesar..haha

    BalasPadam
  6. huh..aq bakal meninggalkan zaman itu..

    BalasPadam
  7. hoho...pengalaman melampau2...tapi penah gak dak kelas wat cikgu majuk... gila tul... skola sume pompuan..tapi perangai ngalahkan jantan..

    BalasPadam
  8. teringat masa sekolah menengah dulu banyak betul kenangan kan

    BalasPadam
  9. zmn skola paling manis dan mncabar skola menengah, aku sludop ponteng skola mkn kat kedai mamak je

    BalasPadam
  10. eh2? tawaf satu kelas time exam?? ckg ta mara ke? wah~ nak buat juga!! hehe

    aq tau sapa yang wat cikgu menangis atau merajuk! aq tau!! org tu mesti lah hans~ kan kan kan?? hehe~

    BalasPadam
  11. Bestkan mengimbau zaman sekolah dulu... :)
    Vee siap ada cd waktu kitorang semua picnic dekat baru feringhi lepas SPM... :)

    BalasPadam
  12. teringat masa aku form5 jgk... ha! yg no 1,3,8,10 smua aku pnh buat masa form5 dulu... hhehe ape2pun ko untung jgk dpt jmpa balik aku seriusly sampai skrg x jmpe2 dh classmate aku... sob2... smua lost contact

    BalasPadam
  13. pstt dulu skolah2 ada ckgu prktikal..yg pling bst dop usha ckgu tu lh..ensem tertari u..hehe

    BalasPadam
  14. bile bace n3 ni tibe2 rindu pulak jaman2 skolah dlu2...huaaa rindunyeeeee kawn2...gaduh2..gedik bile jumpe cikgu hensem...hahaaa sume ni tinggal kenangan yg btl2 sgt manis untuk dikongsi pade anak cucu nanti...hohoho~

    BalasPadam
  15. aku masih di bangku sekolah tp skolah ko best..kwn2 ko best..ak tak? sini semua pentingkan diri...

    huhu..kalau boleh xmo ingat... huhu...

    BalasPadam
  16. Hasrol : Hahahaha..bosan kut kena kuarantin...

    Is : kalau tak rindu memang pelik..hehehe

    Momtom : tak confirm juga...sebab bila dah kerja pun susah..masing2 dah duduk merata2...kerja lagi..xkan semua boleh datang

    AD : hahaha...nanti aku buat kisah lanjut

    Izzat : hahaha...btul lah tu

    Anwar : selamat mencipta kenangan yg indah

    Cikpepel : hahaha..biasalah tu

    Sharingfoz : memang banyak...

    Daya : aku ponteng makan ABC...hahaha

    Gadis Gula - Gula : haha..ada sebab dia tawaf..nanti den buat entry seterusnya

    Juliana : wah,ada cd..best la

    Wan : nanti aku buat sambungan plak...hehehe

    Irfan : erk..macam mana leh lost contact?kitaorang nih pun kalau ikut lost contact kut tapi sebab usaha masing2 maka dapat lah jumpa hampir semua budak kelas

    shera haifa : hahaha..cikgu kelas aku pun hensem..muka macam Zack Zaidi

    Azi nur : kehkehkhekhe

    Anip : kalau ada doremon kan best?hehe

    Amir Izzat : owh yer ker? sedihnya

    BalasPadam
  17. SAYE GADIS PALING NAKAL KAT SEK0LAH DULU WUUUUUUUUUUUUUUU

    BalasPadam
  18. macam2 karenah kalau nak diingat balik kan..hehe

    BalasPadam
  19. gila lagend gambo tu..haha..kadang-kadang bile teringat time study kita boleh tersenyum sendiri

    BalasPadam
  20. satu ulasan yang bgus...lorh..knpa ttup muka tu...smua nak tgk muka abg hans cmna time skola dlu

    BalasPadam
  21. haha dulu bee dalam kategori suka masak jadi ker tak jadi ker habis geng kena gak paksa mencekik...wakakaa

    BalasPadam
  22. masa kita sekolah dulu memang kadang2 rasa nak lempang je kawan2 sekelas..
    tapi bila dah berlalu zaman2 sekolah dulu baru la terasa kenangan itu sangt indah..

    BalasPadam
  23. rindu la zaman skolah..urmm kalo mase leh diputrkn balik;)

    BalasPadam
  24. masa tingkatan 5 lagi ko dah beruntung..buleh tukar tukar awek

    BalasPadam
  25. memori tinggal kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...huhu

    BalasPadam
  26. best baca entri ni. nice
    teringat masa chokely skola skola dulu. rasa tak nak membesar je.
    mmg sgt2 hepi. nakal gila dulu. letak minyak panas kat kerusi. baling baling pemadam. men perang perang dalam kelas. f5 perangai macam budak tadika.

    nak pergi wonderland ! jadi peterpan.
    kan kan kannnn.....

    BalasPadam
  27. 6L 30P, 1:5. 5 isteri untuk sorang laki la. adeh.

    point no. 2 tu paling tak boleh blah. haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com