Jumaat, 31 Disember 2010

Sorotan 2010 Dan Juga Entry Terakhir Hans Punya Blog Untuk Tahun Ini

Alhamdulillah! Tahun 2010 bakal berakhir lebih kurang beberapa jam sahaja lagi. Memang tahun ini tahun yang menyeronokkan sebab banyak perkara baru yang aku buat, banyak kejayaan yang aku dapat dan banyak orang yang aku baru kenal dan menjadi kawan aku. Alhamdulillah! Jadi, disini aku kongsi gambar - gambar dan sedikit penerangan untuk gambar - gambar tu.


Ini dekat kawasan rumah sewa! Hohoho!


Picnic waktu malam dekat Dataran Shah Alam


1st Time Main Memanah! Not bad lah! Macam Marbawi Sulaiman kut aku! Hahaha!


Merasalah sekejap jadi macam Fara Fauzana dengan Faizal Ismail dekat studio fakulti nih.


Memang penat nak menyiapkan animation nih tapi puas hati walaupun tidur pun tak macam orang dah waktu tu. Seronok masa shoot benda nih! Pegang lampu besar yang panas tu. Berpeluh - peluh aku! Masa tu aku dengan kawan aku Ezzy dan Putat yang gigih shoot gambar. Dapat dengar member - member lain berdengkur. Hahahaha!


Hahahaha! Group aku buat pasal Hungry Ghost jadi faham - faham jer lah!
Macam - macam ada atas meja tu!


 
 Majlis Potluck Lepas Habis Kelas Bersama Lecturer Yang Bakal Jadi Advisor Aku.
Rendang lecturer aku buat memang sedap! Hohoho!


Kena tahan wad 3 hari seperti entry yang aku tulis sebelum nih
gara - gara kena demam denggi! Fobia aku!


Hari Bersejarah! Majlis Konvokesyen Diploma Aku!


Lepak Dekat Putrajaya Selepas Makan Meatball Dekat IKEA...Hehehe!


Seronok bila 1st time tengok filem 3D! Tapi ini yang 2nd time la tengok!
Step Up 3D! Memang best lah tengok 3D. Layannnn!


Melantak dekat flamming steamboat! 


Pergi Floria 2010 dekat Putrajaya! Dapat kelentong sesetengah member
kata pergi Cameron sebab banyak gambar bersama bunga kitaorang snap! Hahaha!


Masa nih tengah tunggu member - member balik dari Mcd nak buka puasa!
Sempat lagi photoshoot padahal dah lapar gila dah! Hahaha!


Photoshoot Fashion Victim! Shoot dekat depan toilet dengan surau dekat sebuah pasaraya.  Curi - curi snap jer nih! Hahaha! Yang lawak tu ramai orang bila datang nak pergi toilet tapi berpatah balik lepas tengok aku! Aku dengan kawan - kawan aku gelak jer sebab mungkin diorang ingat aku gangster kut dengan rambut panjang emas tu. Hahahaha!


Inilah benda yang enjoy tapi sangat memalukan aku! Hahahaha! Rambut aku dibelah tengah! Memang malu gila masa preview satu kelas! Hahaha! Seminggu kena bahan dekat rumah dengan kelas. Sakit jiwa tul aku waktu tu! Haha!


1st time dapat tengok teater selepas kawan kelas, si Jazli mengajak aku pergi tengok! Alhamdulillah! Tercapai cita - cita nak tengok teater! Terima kasih Jazli Safwan! Lain kali bawa aku lagi! Hehehehe!


Trip kelas elektif Com & Change ke Pulau Pangkor. Memang enjoy gila tapi yang sedihnya handphone kesayangan aku hilang dicuri! Haih! Baru nak jadikan telefon aku tu telefon antik! Tak guna punya pencuri! Tapi, yang pelik tu kehilangan handphone aku dengan kawan aku tu menjadi bahan gurauan dan ketawa kami satu kelas. Patutnya sedih tapi boleh pula jadi bahan buat orang gelak. Hahahaha!


Aku membuat kerja gila dengan budak serumah aku dengan pergi interview artis - artis yang terlibat dalam The Crossing Series selepas dicabar pensyarah aku! Dah kena pakai nerd. Rambut kena sikat tepi! Seluar kena sinting! Tapi masa interview tu walau ramai pandang pelik mungkin ingat kitaorang gila tapi relaks jer lah! Hahaha! Sekarang tengok balik rasa malu pula! Haih!


Bersama Abang Bob, pelakon utama The Crossing dekat NTV7 tu. Tak silap aku dah habis dah siri tu! Rambut aku dalam ni macam ular. Penat aku setting tapi tak jadi sebab banyak sangat letak gel sebab sikat tepi sebelum tu. Hahahaha!


Aku dengan Erna serta kawan kitaorang Anis pergi buat VT dekat sini. Konon - kononnya dekat Mumbai! Memang seronok gila sebab semua orang India dekat situ bagi sokongan dekat kitaorang! Hahahaha! Fikir - fikir balik sampai sekarang aku ketawa! Macam tak percaya pun ada!


Drama Mandarin untuk semester nih memang best! Sebab result sebelum nih aku dengan member aku Ezzy dan Yatie agak berbahaya jadi semester nih kitaorang buat betul - betul punya. Ada satu scene tu aku jadi 'akak' dekat butik baju! Hahahaha! Nasib aku nih rabun jadi aku biar jer lah pakcik makcik yang datang beli baju tu tengok aku! Aku tak nampak diorang pun tapi konsentrasi aku agak terganggu sebab diorang tengok aku lama pula. Fuh! Memang semester kali nih banyak kerja gila aku buat rasanya.


Variety Show group aku! Selamber Jer! Alhamdulillah! Berkat kerjasama semua kawan - kawan sekelas akhirnya benda nih berjalan dengan lancarnya. Syukur - syukur!


Kegembiraan semua budak kelas aku sebab semua variety show kitaorang berjaya! Alhamdulillah!


Berkelah ramai - ramai satu kelas sambil BBQ dekat Sungai Congkak!
Layannnnn!


Akhirnya! Buat pertama kali dalam sejarah dapat menonton filem Tamil bersama kawan aku, Piqah dekat panggung wayang! Sumpah seronok 3 jam duduk dalam panggung tu! Memang best lah! Kawan aku si Piqah tu pun dah minat sama filem Tamil. Hohoho! Lepas nih nak ajak member aku si Erna tengok dekat Coliseum pula lah.


Akhir sekali keputusan exam aku melengkapkan kegembiraan aku pada tahun 2010 nih. Alhamdulillah! Terima kasih kepada kawan - kawan, pensyarah - pensyarah dan keluarga aku.


Jadi, itulah antara sorotan peristiwa hidup aku sepanjang 2010 nih yang aku ingat dan ada gambar untuk diletakkan! Okay! Inilah entry terakhir pada tahun ini! Jadi, berjumpa lagi ditahun hadapan(budget macam lambat lagi jer tahun 2010). Hehehe! Terima kasih kepada semua yang sudi follow, baca, komen, singgah dan menjadi sahabat kepada H.P.B Blog! Assalammualaikum dan salam sejahtera!



Kontes Yang Termanis dan Terpahit!

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya esok maka semestinya setiap tahun kita pasti mempunyai pengalaman yang paling manis dan paling pahit yang paling tidak mesti ada sekali kan? Begitu jugalah dengan aku dan apabila terlihatkan saudara Fyzal menganjurkan sebuah contest tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang 2010 nih maka aku sangatlah berminat untuk menyertainya.




Okay! Aku terasa ayat aku di atas sangatlah skema jadi kembali menjadi rock. Rock ker? Kuikuikui! Okay! Kita mulakan dengan pengalaman pahit dululah dan baru akhiri dengan pengalaman manis. Boleh tak saudara Fyzal? Bolehlah kan! Hehehehehe.

Pengalaman paling pahit aku rasa pada 2010 nih berlaku pada bulan Mei 2010. Kepada sesiapa yang sudah lama baca blog aku pasti mengetahui aku berhenti berblog selama beberapa minggu angkara gigitan nyamuk Aedes yang menyebabkan aku menghidap denggi dan ditahan di hospital selama 3 hari. Memang letih beb gua cakap sama lu bila kena denggi! Aku kena denggi tu waktu dekat Shah Alam. Masa tu tengah sibuk study untuk final exam bagi subjek yang carrymark dia aku dapat teruk gila. Kiranya kalau kau main -main confirm repeat. Kau bayangkan waktu tu betapa risaunya aku! Sudahlah subjek nih buku teksnya tebal dan walaupun hanya setengah jer bab yang masuk untuk final tetapi banyak beb nak kena baca!

Nak tahu kau kena denggi atau tak kena ambil masa selama 3 hari bermula hari pertama kau pergi jumpa doktor dan ambil darah! Mula - mula aku ingat aku keracunan makanan dan demam sebab masa pergi tu kena hujan sikit dan lepas balik tengok wayang dengan kawan aku, si Fizi dekat One Utama aku muntah - muntah dan badan aku panas gila. Aku ingat aku demam biasa jadi aku makan jer lah panadol. Alih - alih melarat dan waktu tu tak silap cuti umum. Nak tak nak aku kena pergi klinik swasta. Lepas tu tak pasal - pasal aku kena bayar ubat yang harganya nak dekat RM100. Bapak mahal! Terkejut aku! Nasib aku dah tergerak hati nak cucuk duit awal - awal dan nasib baik duit PTPTN dapat masa bulan 4. Kalau tidak mana nak cekau duit masa hujung - hujung semester macam tu? Hahaha!

Lepas tu, doktor dekat Pusat Kesihatan Uitm dah confirmkan aku kena denggi dan patutnya aku kena masuk wad. Tapi, kalau masuk wad macam mana aku nak ambil exam! Aku taknak repeat jadi aku minta suntikan supaya tahan sakit. Memang masa tu nak makan pun tak ada selera! Kena denggi nih kejap dia rasa macam okay dan kejap tak. Jadi, waktu okay tu aku paksa baca buku teks subjek tu. Masa dekat dewan peperiksaan, aku diperuntukkan 3 jam untuk jawab exam. 2 jam pertama tu aku macam biasa lagi tapi lepas tu aku menggeletar gila. Sampaikan meja aku pun bergegar - gegar sebab aku rasa sejuk sangat - sangat.  Kau bayangkan gigi aku bergetar - getar siap bunyi kut! Fuh! Sudahlah dewan tu memang sejuk ditambah aku yang demam nih. Lecturer yang jaga peperiksaan tu siap tengok aku lagi tapi aku dah memang tak boleh berlakon dah. Aku biarkan jer aku menggeletar sambil jawab soalan.

Esoknya bila nak balik Kedah aku tumpang kawan aku Si Piqah dengan Si Afifah. Balik naik kereta! Yang tak tahannya si Piqah kata muka aku dah macam hantu raya. Aku pun tak tahu masa bilanya dia jumpa hantu raya tapi memang masa tu muka aku macam kena sunburn. Panas gila badan! Dari Butterworth balik Alor Setar naik bas. Dalam bas tu aku dah macam nak mati dah rasa. Memang penat gila! Sampai Alor Setar terus mak ayah aku bawa pergi hospital. Sampai sana pula terus kena tahan wad. Rasa fobia gila kena denggi. Tiap - tiap masa diorang ambil darah aku. Tak campur lagi dengan yang suntik tangan nak ambil darah aku tapi tak kena urat. Bila tak kena urat kiranya suntik jer lah tapi tak dapat ambil darah. Kemudian, kena suntik lagi! Haih!


 Dapat Juga Bermalam Dekat Hospital Baru Nih


Dah tu pula setiap malam bila aku tidur mesti aku termimpi hospital dimana aku berada dekat wad yang sama dengan nurse dan doktor yang sama. Sampai kadang - kadang nurse datang tanya aku dah ambil darah belum lepas tu aku cakap dah ambil. Padahal sebenarnya belum tapi sebab tadi aku mimpi benda yang sama dimana aku ada dekat wad yang sama maka aku macam dah keliru aku bermimpi atau realiti. Wah! Dah panjang dah aku taip nih! Hahahaha! Senang cakap pengalaman pahit aku pada 2010 apabila aku kena demam denggi! Memang pengalaman yang pahit pada tahun nih!


Baiklah! Kalau tadi pengalaman pahit dan sekarang pengalaman manis pula! Sudah tentulah pengalaman manis aku pada 2010 ialah pada hari Konvokesyen Diploma aku yang diadakan di Uitm Shah Alam. Alhamdulillah, selepas sembuh daripada denggi dan selepas 2 minggu lebih tu aku dan keluarga pergilah ke majlis tu. Sebab apa aku kata pengalaman manis? Sebab hajat aku selama nih nak tengok ahli keluarga aku ada menyaksikan aku mengambil segulung skrol diploma tu tercapai. Kalau nak tahu masa aku sekolah rendah sampai lah tingkatan 5 aku teringin sangat nak dapat apa - apa anugerah pada Hari Kecemerlangan Sekolah sebab aku nak mak ayah aku rasa bangga juga dengan aku sebab selama nih abang aku jer asyik dapat hadiah dekat sekolah. Hahahaa!

Tetapi, cita - cita aku tu tak tercapai hinggalah ditakdirkan alhamdulillah rezeki aku jadi pelajar terbaik Pengurusan Makanan sewaktu sekolah teknik dulu tetapi yang sedihnya masa tu aku pergi ambil hadiah tu dengan kawan - kawan aku jer. Masa tu bulan 8 ker 9 entah lepas budak - budak semua dah masuk Universiti. Aku masa tu sangkut lagi sebab tak dapat apa - apa tawaran! Mak ayah aku tak ikut. Mak aku tak sihat. Ayah aku pula ada kerja. Sumpah waktu tu aku rasa sedih gila sebab tujuan aku nak mak ayah aku rasa bangga dengan anak mereka yang naik ambil hadiah atas pentas sambil disaksikan ramai orang tapi orang lain yang tengok.


 Aku Dengan Member Baik Aku
Sewaktu Diploma Sampai Degree


Maaf! Gambar aku sekeping tu tak ada! Yang ada pun yang besar gedabak gantung dekat dinding rumah! Hahahaha! Jadi, bila mak ayah aku dapat tengok aku ambil skrol diploma aku tu memang aku rasa gembira sangat. Memang beratus orang ambil skrol yang sama. Walaupun aku bukanlah bijak pun sebab tak pernah pun dapat dean list masa mana - mana semester sewaktu diploma tetapi cukuplah bila aku ambil skrol diploma tu mak ayah aku ada dan memandang dengan penuh bangga. Bila orang tanya dekat keluarga aku,"Eh, 2-3 hari nih pergi mana? Rumah kosong jer!" dan bila keluarga aku cakap dengan penuh bersemangat,"Baru balik dari konvo dia dekat Shah Alam!" memang buat aku rasa bangga dan gembira! Paling tidak keluarga aku datang pada hari yang bagi aku cukup bermakna dan memang menjadi impian aku untuk berkongsi hari yang bersejarah itu dengan keluarga aku.

Alhamdulillah! Itulah pengalaman manis dan pahit aku sepanjang 2010. Maaflah! Mula - mula aku rasa aku nak taip biasa - biasa sahaja tetapi aku rasa entry ini adalah lahir dari jiwa aku yang ikhlas. Jadi, memang panjang tanpa dapat aku kawal! Walaupun entry nih untuk contest tetapi aku tak kisahlah menang ker tak sebab aku berasa sangat puas menulis entry nih sebab tahun 2010 nih adalah tahun yang banyak membawa tuah dalam hidup aku.

Akhir kata, aku harap tahun 2011 akan lebih hebat atau paling tidak mampu membuat aku berasa gembira seperti tahun 2010. Alhamdulillah!




Jadi, pada sesiapa yang nak join contest ini boleh click
Kontes Yang Termanis dan Terpahit!


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


Khamis, 30 Disember 2010

Slot Lagenda Putera Katak : Episod Akhir Hari Ini



Nampaknya siri Putera Katak yang mula ditayangkan pada 29 November lalu bakal berakhir pada hari ini bersamaan hari Khamis, 30 Disember 2010. Aku memang tidak ketinggalan menonton siri ini sejak episod pertama lagi. Sebelum Putera Katak ditayangkan, aku ada juga menonton Ulek Mayang tetapi hanya beberapa episod sahaja sebab aku tak terasa terhibur menontonnya. Entah! Rasa kurang seronok siri itu. Aku lah rasa tapi orang lain tak tahulah. Hehehe!




Apa - apapun, adakah Putera Ammar yang kini masih lagi berkeadaan sebagai seekor katak berpeluang menjadi manusia kembali? Bagaimana untuk membuatkan ibu dan kakak Tina percaya bahawa katak itu sebenarnya manusia dari kayangan? Semuanya bakal terjawab pada hari ini. Saksikan episod terakhir Putera Katak di TV3 pada pukul 4.30 petang ini yer. Jangan lupa siaran ulangan di TV9 pada pukul 8.30 malam ini.



Lepas nih rindu nak tengok Nora Danish usap - usap katak hijau yang besar gedabak tu! Hehehe!





Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


Terima Kasih Pengundi - Pengundi Hans! Beliau Dah Menang Pilihan Raya Kecil Semalam! (^_^)Y

Nampaknya semalam berlangsung satu 'pilihan raya kecil' di blog Sharinginfoz yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu untuk merebut 'kawasan' yang dipertandingkan. Selepas penat berkempen akhirnya undian dikira. Maka diumumkan......




Drum roll pleaseeeee! Pemenangnya ialah...



HANSSSSS!!!!


Akhirnya, Hans telah memenangi pertandingan ini selepas begitu gigih berkempen dari pagi hingga ke petang sebelum berhenti terus di waktu senja gara - gara final Piala Suzuk AFF 2010. Nak tahu apa yang Hans menang? Meh usha bawah!




Muahahahahahahahaha! Kalau menang motosikal mau menjerit sampai satu Malaysia dengar. Hohoho! Hans sebenarnya telah memenangi sebuah buku yang diidam - idamkan oleh beberapa orang blogger pada kali ini.




Jadi, disini saya selaku manusia yang nama popularnya Hans tu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi Hans untuk menang buku nih. Dengan konsep undi yang Hans guna iaitu 'Paksa Rela' atau lebih tepat lagi kalau tak nak undi pun mesti kena undi Hans juga nampaknya membuahkan hasil. Hikhikhikhik!

Macam biasalah bila ada contest yang kena dapatkan undi daripada blogger - blogger nih memanglah terpaksa tebalkan muka sikit untuk meraih undi. Ada kadang - kadang tu tak sempat promote diorang dah undi. Ada yang sebab ingat Hans nih kawan mereka jadi mereka undi. Ada yang malas undi tetapi kerana konsep 'Paksa Rela' tadi mereka undi juga. Ada yang kata akan undi tetapi tak undi atau undi orang lain. Hehehe! Ada juga yang marah - marah dan tak nak undi. Ada juga nada - nada sinis yang cakap kenapa tak beli saja buku tu dan berkata bahawa Hans nih kecoh jer. Hahaha! Bagi Hans dah alang - alang berpeluang nak dapat buku tu secara percuma jadi cubalah sedaya upaya untuk menang. Kan?

Apa - apapun, Hans sangat - sangat nak ucapkan terima kasihlah kepada semua yang mengundi dan seronok bila tengok nama - nama yang mengundi tu sebab kebanyakannya selalu menjadi mangsa usikan Hans di twitter mahu pun facebook dan tak kurang juga yang Hans tak kenal tetapi sanggup undi.  


Terima kasih sekali lagi yer! (^_^)Y


Penggunaan Nama Hans Pada Entry Kali Ini : Apabila Terlampau Gembira! Hehehehe!


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


Juara Piala Suzuki AFF 2010 (^_^)Y = Gembira! Chakde Malaysia!


Perlawanan yang sangat menarik tadi dan penuh debaran. Separuh masa pertama memang gawang kita kuat diasak sehingga pasukan Indonesia dihadiahkan sepakan penalti. Waktu tu aku dah memang cuak habis dah sebab 90% tendangan penalti pasti akan berakhir dengan gol. Ditambah nampak pula sinaran laser yang memang banyak gila. Hahahaha! Tetapi, memang menakjubkan dan seperti aku menonton filem Chakde India semalam. Penjaga gol boleh membaca fikiran lawan dan alhamdulillah tendangan penalti tu dapat diselamatkan dengan bergayanya oleh penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Memang beliau dan barisan pertahanan beraksi penuh bersemangat dan hebat hari ini. Kemudian, apabila gol pertama Malaysia berjaya disumbangkan oleh Safee Sali melalui serangan pantas memang menjatuhkan semangat pemain Indonesia yang sebelum itu sangat bersemangat untuk memburu gol. Namun dua gol yang terakhir tidak berguna lagi kerana mereka kalah dengan agregat 4-2. Bagi aku Malaysia sebenarnya menang perlawanan itu kerana sebelum ini pasukan lawan dengan yakinnya berkata mereka akan membelasah Malaysia dengan jaringan yang besar tetapi sayang impian mereka hanya tinggal kenangan.

Apa - apapun, semangat kesukanan amat tinggi telah ditunjukkan oleh semua pemain dan penyokong masing - masing. Alhamdulillah! Bagi aku semua pemain Malaysia malam ini adalah juara tetapi aku amat kagum dengan penjaga gol negara kita. Moga - moga prestasi beliau akan bertambah baik dan moga  kehebatan dan prestasi pasukan Malaysia akan lebih meningkat.

Syabas!

Tahniah!

Moga Lebih Berjaya Di Masa Akan Datang!

Chakde Malaysia!


Gambar Daripada Berita Harian


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


Rabu, 29 Disember 2010

Fokus Pada RTM1 Sekarang!



Walau apapun yang terjadi!

Tak kira menang atau kalah!

Janganlah terlebih memuji!

Janganlah terlampau dihina!

Moga kejayaan terus bersama kita!

Insyaallah!

Separuh Masa Pertama Sudah Berakhir!



Moga Separuh Masa Kedua Malaysia Lebih Banyak Menyerang!

Akhirnya Malaysia Menang!

Tahniah Kepada Semua Pemain Terutama Penjaga Gol Dan Pertahanan!


Superb!





Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


Tolong Vote Saya Sebab Saya Nak Menang Buku Nih! (^_^)Y


Hari tu kan saya ada join satu contest yang menawarkan sebuah buku sebagai hadiah. Kini saya bersaing dengan seorang lagi blogger untuk mendapatkan buku ini dan caranya ialah melalui jumlah undi yang tinggi.


Jadi, saya mengharapkan kamu semua sudilah mengundi saya dengan menyatakan

Saya Sokong Hans di ruang komen
ENTRY KEPUTUSAN CONTEST INI


Hopefully saya Menang! Hehehehehe!


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


Chak De! Malaysia



Tudiaaaaaaaaa! Nala punya besaq aku letak gambaq nih! Hahahaha! Punya berkobar - kobar semangat aku tengok filem nih tadi dekat RTM2. Tak mengantuk pun! Penuh pengajaran dan sangat patriotik! Filem Chak De! India memang menarik dan berharap pengarah Malaysia akan mengarah filem - filem kesukanan yang hebat seperti ini di kemudian hari.

Bila menonton filem ini dan tiba - tiba teringat tentang pasukan bola sepak Malaysia yang sedang bertanding pada piala Suzuki AFF 2010 nih. Walaupun filem Chak De! India tu mengenai pasukan hoki wanita dan pasukan bola sepak Malaysia pula ialah pasukan lelaki namun seperti ada satu persamaan pada mereka. Bermula dengan kekalahan dalam jumlah jaringan yang besar namun akhirnya bermula garang dan berjaya mara ke final kejohanan.




Jika di dalam filem Chak De! India menunjukkan pasukan hoki wanita mereka berjaya menjuarai kejohanan jadi aku berdoa agar pasukan bola sepak negara kita yang masih muda - muda belaka ini juga dapat mengikut jejak langkah yang sama. Moga pasukan negara mencapai kemenangan bergaya pada hari ini. Insyaallah! 


Berjuanglah demi negaramu Malaysia!

Kemudian berjuang untuk pasukan mu!

Dan akhirnya barulah berjuang untuk diri sendiri!

Chak De! Malaysia!


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!